MAHATHIR DIKAWAL KERETA PERISAI
Wak Reformasi
Mesyuarat MT UMNO berkonsepkan Mesra Rakyat semalam yang di adakan di Perak tidak
dipraktikkan seperti yang dilaungkan. Mahathir dikawal ketat oleh anggota polis dan
tentera yang lengkap bersenjatakan M-16. Kereta-kereta perisai membenteng tempat mesyuarat
MT UMNO. Jelas Mahathir dalam kebimbangan ekoran kes kecurian senjata baru-baru ini.
Beliau terasa kemungkinan ada unsur politik dalaman yang akan mengancam nyawa beliau
sendiri. Memanglah orang yang bersalah akan cepat merasa terancam dan segera menyangka
setiap perkara yang berlaku itu sebagai perancangan menjatuhkan beliau.
Apa yang
pasti menurut sumber dalaman tentera, kecurian secara profesional senjata api itu
dirancang dan dilakukan oleh orang dalam dan bekas pegawai kanan tentera sendiri. Apa
motif sebenar mereka inilah yang membuatkan Mahathir tidak lena tidur.
Nampaknya
mulai sekarang kita akan lihat Mahathir semakin terpisah dari orang ramai dan semakin
terkubu dalam benteng kukuh istana putra jayanya. Ahli UMNO yang ingin melihat Mahathir
bermesra dengan akar umbi dan rayat jelata seperti yang didesak dalam perhimpunan agung
UMNO yang lepas hanya tinggal khayalan semata-mata.
Kini Kor Risik tentera bekerja
keras mengenal pasti dalang yang mencuri senjata. Senjata yang sebegitu banyak cukup untuk
melakukan rampasan kuasa atau membunuh ramai pemimpin kerajaan terutamanya ketika mereka
berkumpul di atas pentas ketika menyambut hari kemerdekaan Ogos ini. Agong sendiri yang
mengetuai ATM mungkin akan turut terkorban.
Kita berharap perkara buruk sebegini
tidak menjadi kenyataan. Namun ia tetap menjadi igauan buruk Mahathir dan kroninya.
|