MENJANA KEMENANGAN BA DALAM TAHUN 2004

CURI SENJATA: RANCANGAN BUSUK MAHATHIR

Hari ini negara digemparkan dengan kecurian pelbagai senjata dari kem-kem askar di Gerik. Semua rakyat yang cintakan keadilan wajib awas dan waspada kerana semua ini adalah sebahagian dari taktik licik dan rancangan busuk Mahathir.

  1. Rancangan ini diatur dari dalam. Buktinya, jika betul ada kecurian berlaku pasti orang yang melakukannya tahu selok belok kem ini. Hanya orang dalam saja yang tahu sistem dan aturcara kem askar.
  2. Biasanya media kerajaan Mahathir akan menutup berita ini dari pengetahuan umum. Tapi kali ini semua nya dihebohkan. Menghebohkan kepada umum adalah sebahagian dari rancangan tersebut.
  3. Kecurian ini jika betul berlaku akan memalukan Najib Razak. Dia baru dimalukan dengan kes kapalterbang Skyhawks yang tersadai dalam belukar.
  4. Pak Lah juga akan malu kerana dia adalah menteri hal ehwal dalam negeri.

Kecurian ini dirancang dan dihebohkan bertujuan :

  1. Menyediakan senario untuk menakutkan rakyat yang negara telah terancam.
  2. Menghasut dan memperdaya rakyat untuk melakukan sesuatu dan kemudian kerajaan akan bertindak.
  3. Untuk terus menghalalkan ISA.
  4. Untuk memberi mandat, kuasa dan erti yang baru kepada SB yang morale telah merosot akibat rasuah politik wang Umno.
  5. Untuk memerangkap rakyat yang semakin marah terhadap Mahathir.
  6. Untuk menakutkan kembali pasukan tentera yang semakin dilihat pro Barisan Alternatif. Hasil undi pos di Telok Kemang adalah bukti terakhir tentang sokongan askar.
  7. Untuk memadamkan api reformasi yang terus membara.

Tidak munasabah yang senjata ini ingin dibeli oleh gerila Acheh atau Tamil Tigers. Ada bertan-tan senjata yang bersepah-sepah di Pakistan hasil dari perang Afghan. Senjata-senjata juga dapat dibeli dengan harga murah dari Laos, Vietnam dan Kamboja hasil peninggalan perang Vietnam.

Gerila yang beridealoji dan tersusun rapi seperti Gerakan Acheh Merdeka atau Tamil Tigers tidak bertindak bodoh seperti yang berlaku di Gerik.

Betulkah senjata telah dicuri dari kem ini ?

Tiga Pajero dengan 15 orang penumpang agak munasabah. Tetapi amat tidak meyakinkan apabila Pajero ini dimasukkan dengan 100 pucuk M16 bersama senjata-senjata yang lain. lagi. Senjata-senjata ini terisi dalam kotak dan jika dimasukkan ke dalam Pajero pasti mengambil ruang. Kemana 15 penyamun ini akan duduk ?

Perhatikan tiga buah Pajero dan cuba bayangkan bolehkan semua senjata-senjata tersebut disumbatkan ke dalam kereta ini ?

Jadi awas dan waspada kerana Mahathir sedang merancang. Mahathir sedar bahawa rakyat telah terlalu benci kepada Umno dan kerajaan. Ini adalah sebahagian dari rancangan licik Mahafiraun untuk meneruskan kuasa. Rancangan licik ini hanya permulaan. Jangan terpedaya.

Dari Ajen Risikan Pemuda Umno Yang Belot.

Sampaikan pandangan serta informasi kepada mindarakyat@hotmail.com 

 counter.bloke.com