MENJANA KEMENANGAN BA DALAM TAHUN 2004

KECURIAN SENJATA DAN SAMAN PETRONAS

Pemberita Nestea

Dalam masa sehari dua kebelakangan ini beberapa isu telah ujud atau diwujudkan di negara kita oleh pihak UMNO/BN yang boleh dianggap sensasi. Pada umumnya isu-isu tersebut dijana sedemikian kerana, pada hemat saya, hendak mengalihkan tumpuan rakyat daripada kenyataan hakiki bahawa Mahadead seorang PM telah melakukan satu jenayah korupsi penyalahgunaan kuasa apabila menahan BPR dari menyiasat perbuatan rasuah kroninya, Ali Abul Hassan. Keghairahan UMNO/BN membangkitkan isu-isu semasa bagi mengelabui fikiran dan tanggapan rakyat terhadap pengkhianatan mereka telah mempamerkan betapa cetek dan dangkalnya pemikiran mereka serta betapa 'irresponsible'nya mereka kepada amanah rakyat yang dipertanggungjawabkan kepada mereka.

Saya memilih dua isu untuk memberi sedikit komen iaitu:-

1.Shahidan a/l Kassim selaku MB Perlis yang ingin menyaman Petronas kerana memberi royalti petroleum 5% kepada negeri Terengganu ke atas pengeluaran bahan tersebut dari perairannya.

Jikalau saya tak silap Shahidan ini adalah berkelulusan undang-undang (loyarlah) dan pernah menjadi Ahli Parlimen, institusi yang menggubal segala undang-undang di negara kita. Shahidan sepatutnya lebih arif betapa royalti 5% telah dimaktubkan dalam Perjanjian antara negeri Terengganu dan Petronas di bawah Akta Pembangunan Petroleum 74.Tidakkah Shahidan menggunakan pengetahuannya atau ilmu yang dituntutnya untuk menentukan fakta sebelum membuat kenyataan menyaman? Tambahan pula sebagai seorang yang pernah duduk dalam Dewan Rakyat dipihak majoriti Shahidan patut ingat kepada Akta-Akta yang pernah diperbahaskan dan diluluskannya. Atau adakah ini menjadi 'reflection' sebenar bahawa ahli-ahli Parlimen UMNO/BN sentiasa tidur dan cuai melaksanakan amanah rakyat sehinggakan apa yang dilakukan dan undang-undang yang diluluskan tidak dihayati dan difahami oleh mereka?

Kita boleh faham apabila Mahadead berkata dia mahu menarik royalti 5% petroleum dari Terengganu sebab bayaran itu hanyalah atas ikhsan kerajaan UMNO/BN kerana dia bukan loyar, dia TUA NYANYOK, dia tamak duit untuk 'bailed-out' Mirzan, Daim dan kroni. Kita faham juga apabila Wan(g) Cotar meng'echo'kan kenyataan Mahadead kerana dia Ula(r se)mak, nyanyok juga dan dia tidak berpeluang mengkebas royalti itu lagi. Bagi Shahidan, Tok Empat Kg. Perlis, apa sebenarnya dalil atau alasan dia? Penghasut, Hasad dan Dengki (PhD)kah?


2.Kecurian senjata dalam bilangan yang banyak dari kem tentera di Perak.

Sebuah kem tentera adalah satu tempat yang sekuritinya amat ketat apa tah lagi tempat simpanan senjatanya. Berbagai peraturan harus dilalui dan diluluskan sebelum seseorang boleh masuk keluar sesebuah kem tentera. Akan tetapi meletup pula kisah kecurian senjata yang banyak dari kem tentera di negara kita. Apakah kiasan atau hikmah dari kejadian ini?


Dari apa yang telah diperbincangkan 'kecurian' tersebut dilakukan menerusi 'imposter' yang memakai uniform pegawai dan memerintahkan seldadu-seldadu yang menjaga senjata-senjata tersebut meluluskan dia membawa keluar senjata-senjata yang dicuri itu. Pada hemat saya peristiwa ini memberi gambaran terhadap situasi yang lebih besar dan menyeluruh di negara kita kini. Satu situasi dalam mana yang ZAHIR (appearance) lebih menonjol dan gah dari yang BATHIL (inner truth or essence). Seldadu-seldadu yang harus berpandukan peraturan-peraturan yang ketat sebelum senjata-senjata tersebut dipunggah sanggup membelakangkan peraturan-peraturan tersebut kerana melihat seorang yang beruniform berpangkat tinggi mengarahkannya. Yang sepatutnya berani menjadi takut sehingga sanggup melacurkan peraturan demi melihat mereka yang zahirnya berkuasa. Jadilah peraturan-peraturan yang telah ada itu tertakluk atau diguna pakai untuk orang-orang biasa saja dan tidak diapplikasikan untuk orang-orang yang kelihatan berpangkat.

Bukankah ini hakikat sebenarnya di negara kita ini sekarang? PEROMPAK, PEMBOHONG, PENIPU yang disaluti dengan kezahiran gelaran dan pangkat yang diberi amanah untuk menjaga dan mentadbirkan negara telah dengan wenangnya menggenepikan segala peraturan dan undang-undang negara untuk mereka sendiri untuk mengsonglapkan harta rakyat untuk anak-pinak serta rakan taulan mereka. Mereka juga bebas dari tata susila kemanusiaan dan peradaban madani untuk menegakkan kekuasaan mereka ke atas rakyat sekelian dan YANG ANIHNYA rakyat pula (seperti seldadu-seldadu di kem tentera itu pula) takut dan gentar kepada 'wajah dan kulit zahir' mereka. Benarlah seperti kata bijak pandai bahawa rakyat akan dapat pemimpin atau pimpinan yang mereka restui (the people deserve the leadership they choose).

Soalannya, adakah kita rakyat Malaysia merestui kepimpinan yang rakus dan mengamalkan double standard sedemikian? Tidak ada yang waras dan mempunyai harga diri, saya kira, merestui keadaan ini.

Oleh hal yang demikian kita haruslah meninggikan tekad dan iltizam kita untuk menghapuskan kezaliman yang ujud di negara kita ini dengan berjuang dengan apa jua cara bagi memajukan kebenaran dan keadilan. Mulailah dengan tidak mahu mempercayai segala apa yang dilafazkan oleh Mahadead dan jongos-jongos politiknya dan jauhi diri kita dari segala apa yang berbau UMNO/BN. Insya-Allah segala yang benar akan menyerlah jua.

LAWAN TETAP LAWAN.
ALLAHUAKHBAR!

Sampaikan pandangan serta informasi kepada mindarakyat@hotmail.com 

 counter.bloke.com