SIASATAN KOR RISIK MEMBIMBANGKAN MAHATHIR
Wak Reformasi
Maklumat dari Kor Risik Tentera menyatakan senjata-senjata yang dirampas itu telah dengan
serta merta diagih-agihkan di sekitar Lembah Kelang, Negeri Sembilan dan Selangor. Tidak
ada satu pun yang dibawa ke luar negara melalui sempadan.
Maklumat itu juga
menyatakan mereka yang terlibat dalam gerakan ini agak ramai dan amat terancang. Apa
muslihat gerakan mereka ini masih dalam siasatan ATM.
Khabarnya, sebaik saja
berlakunya peristiwa kecurian ini, Dato' Najib dan beberapa orang Panglima Tentera
dipanggil mengadap oleh Mahathir untuk mendapatkan penjelasan. Apa yang pasti Dato' Najib
telah ditegur oleh Mahathir terhadap insiden yang memalukan negara ini.
Sementara itu, kalangan pegawai dan anggota ATM yang sudah menyampah dengan Mahathir dikatakan
'gembira' dengan kes kecurian senjata ini. Kata mereka dengan sinis berkata,
"tengoklah sikit hari lagi adalah orang yang kena tembak". Yang ketakutan dan
rasa terancam bukan rakyat terbanyak tetapi segelintir pemimpin.
Walaupun ramai
yang membuat berbagai andaian dan teori sehingga menyatakan ini semua konspirasi Mahathir
sendiri, tetapi untuk mengetahui apa yang sebenarnya berlaku, kita sama-samalah tunggu
kerana pihak tentera (kor risik) sendiri mengsyaki tentera sendiri yang terlibat. Senjata
yang hilang sebenarnya lebih banyak dari yang direkodkan kerana sudah menjadi amalan
strategi keselamatan untuk tidak merekodkan dan mendedahkan bilangan semua simpanan
senjata dalam satu setor. Jumlahnya cukup banyak dan mampu memberikan ancaman besar
terhadap keselamatan 'negara'.
|