MGG41/0703 KECUAIAN KAWALAN MEMUDAHKAN RAMPASAN SENJATA
DI KEM TENTERA (Security Lapse As Robbers Seize Weapons From Military Camp)
Lima
belas manusia bersenjata, memakai uniform tentera dan pangkat Leftenan Kolonel, Mejar,
kapten dan anggota biasa telah berjaya menyusup dua kem tentera di Gerik untuk mengaut
senjata dalam satu operasi nekad di subuh hari. Kejadian berlaku pada jam 3,00 pagi
dan 4.15 pagi bergantung pada akhbar mana yang anda baca berita itu. Kejadian itu
sepatutnya mampu menggerakkan loceng penggera. Tetapi, ia tidak pun berlaku. Pasukan
pengawal di pintu masuk menjadi kaku apabila diberitahu adanya operasi pemeriksaan
mengejut, dan membenarkan pasukan pelawat masuk ke kawasan kem mereka. Sekurang-kurangnya
100 laras rifle M16, beberapa laras senapang jenis 'Steyer' sepuluh mesengan, beberapa
seb mesengan, stengan, pelancar roket, beribu butir peluru dan kelengkapan tentera biasa
yang telah hilang. Di satu kem, 14 orang askar telah diikat dengan tali dan mulut mereka
ditampal plaster. Menteri pertahanan telah menyatakan ketakjubannya terhadap cara operasi
itu dirancang dan dilaksanakan. Tetapi dia tidak pun sanggup menyuarakan kecuaian kawalan
yang telah berlaku dan kemungkinan ditubuhkan satu mahkamah tentera. Apa kala rangkaian
arahan terputus dan kawalan keselamatan terancam, kehilangan yang berlaku tentunya
menakutkan. Tentu sekali ada pegawai yang tertentu yang akan digantung perkhidmatannya,
dibuang ataupun dihadapkan ke mahkamah tentera. Saranan Timbalan Perdana Menteri agar
diperketat kawalan memang boleh dipuji tetapi telah terlambat. Pasukan yang menceroboh itu
memang amat arif akan keadaan sekeliling kem itu. Mereka mungkin merupakan askar yang
telah bersara, melakukan rompakan itu bagi pihak diri sendiri ataupun untuk orang
lain dari negara asing. Malahan mereka mungkin merupakan orang asing jua. Banyaknya senjata
yang dicuri itu dan kalau mahu diseludup ke luar negara tentunya menimbulkan kesan
yang menakutkan. Kalaulah kumpulan asing yang terbabit dalam perkara ini, mereka mungkin
datang daripada pasukan GAM, di Acheh ataupun pasukan Tamil Eelam daripada Sri Lanka.
Kalau perompak itu bukannya datang daripada dua kumpulan asing ini, bererti kita perlu
berwaspada akan kemungkinan meningkatnya jenayah bersenjata dan rompakan.
Kawalan
keselamatan di kem tentera telah lumpuh. Peraturan yang standard mengarahkan agar para
pengawal tidak membenarkan sesiapa juga masuk kem tentera itu, apatah lagi ketika jam 3.00
ataupun 4.15 pagi. Perkara ini tidak dipatuhi dan kelemahan keselamatan semacam ini memang
tidak boleh diterima akal. Ketua Turus Angkatan Tentera patut meletakkan jawatannya.
Begitu juga dengan ketua briged, batalion dan juga pemerintah kem itu. Malahan, menteri
pertahanan pun harus meletakkan jawatannya. Tetapi, dalam budaya Bolehland, kalaulah
seorang Leftenan Kolonel disekat daripada memasuki kem tentera dia sudah pasti melakukan
balas dendam terhadap gad yang menyekatnya itu. Air mukanya adalah lebih penting daripada
keselamatan negara. Perkara semacam ini harus dihentikan. Pegawai tentera yang sengaja
melakukan kerja remeh temeh perlu didenda.
Apakah rompakan itu satu kerja orang
dalam? Salah satu serbuan itu telah dilakukan ke atas ibu pejabat batalion. Dari situ
mereka berjaya merampas M-a6, Raifal Steyer, Stengan, beribu butir peluru dalam
pelbagai saiz telah juga dilarikan. Barang rampasan itu tidak mungkin mampu diangkut
dengan Proton Perdana. Lebih dari satu lori muatan tiga tan diperlukan untuk melarikan
barang rampasan itu. Mungkin tiga lori telah digunakan. Lokasi rompakan dan cara rompakan
itu dilakukan menunjukkan barangan rompakan itu mampu dilarikan ke seberang sempadan
sebelum fajar menyinsing. Kalaulah barangan itu diperlukan untuk diagihkan di tempat
lain di negara ini, tidak ada satu sekatan keselamatan yang mampu dan berani menyekat
untuk memeriksa trak yang berisi muatan peluru dan senjata seperti itu.
Apakah
impaknya episod ini? Kita mungkin menjangkakan kalau mengikut amalannya, akan bertambahnya
peristiwa rompakan bersenjata di bank, kedai emas, dan beberapa tempat perniagaan yang
bernilaian harganya. Cara serbuan itu diatur dengan terancang sudah mampu meyakinkan
akan berlakunya rompakan bersenjata bersistem juga. Barang rampasan itu mungkin disorokkan
di perkampungan pendatang haram di negara ini. Kalaulah tidak ada sesuatu yang positif
dilakukan, beberapa kumpulan haram di rantau ini akan sedar betapa mudahnya mendapatkan
kelengkapan bersenjata di negara ini dan tentu sekali mereka bersedia menawarkan harga
yang tinggi untuk membelinya. Tidak kiralah betapa cekapnya polis negara ini (yang
mengikut amalan Bolehland mereka memangnya tidak cekap pun) wujudnya senjata begitu
banyak di tangan sekumpulan manusia yang masih bebas itu pasti menimbulkan rasa
kecut-perut di kalangan rakyat negara ini. Sekarang ini terlalu ramai rakyat Malaysia yang
memiliki pistol dan revolver. Yang memiliki senapang patah memanglah tidak seberapa.
Tetapi, keadaan sudah berubah kini. Apakah yang dapat menyekat senjata itu diseludupkan ke
luar negara dan kalau berlaku rompakan yang menggunakan senjata itu siapakah yang dapat
menyekat sesiapa yang mampu menuduh pihak angkatan tentera Malaysia yang melakukan kerja
maksiat itu? Dalam tahun 70-an pihak polis telah mendapati segelintir ahli parlimen
yang menyewakan senjata mereka kepada perompak untuk berkongsi sama akan harta rompakan
mereka. Oleh kerana mereka itu adalah ahli Barisan Nasional perkara itu dipengapkan sahaja.
Pada
kali ini keadaan lebih serius sudah pun berlaku. Pegawai yang bertanggungjawab mesti
dikenakan hukum undang-undang yang ketat. Menghukum para penjaga pintu kawalan akan
melunturkan prinsip menghukum pihak teratas yang terbabit. Besar kemungkinannya ada
pegawai yang telah memberikan arahan agar pasukan kawalan membenarkan tetamu itu masuk
tanpa merekodkan butir peribadi mereka. Bagaimana rompakan itu berlaku bukanlah menjadi
isu penting sekarang ini seperti yang digembar-gemburkan oleh media massa. Cara
keselamatan itu dapat dirobek yang harus menjadi isunya dan yang patut menerima padahnya.
Kalau tidak, tidak ada perubahan yang akan dilakukan. Cubalah masuk ke pejabat Perdana
Menteri di Kuala Lumpur. Anda akan mudah diberikan laluan untuk masuk, melainkan kalau
anda memakai slipper seperti saya. Kalau anda berpakaian kemas dengan kasut kulit yang
berkilat, para pengawal mudah mempercayai anda tanpa sebarang keraguan. Satu variasi
fahaman seperti ini telah mencetuskan masalah di Utara Perak. Tentunya ia melambangkan
masalah yang lebih besar lagi.
Saya berani mengatakan bahawa perkara ini
disiarkan kerana jumlah senjata yang banyak yang telah dirompak itu. Kita jarang sekali
diberitahu apabila ada senjata yang dicuri di Batu Cantonment dan bagaimana adanya
senjata kita yang digunakan oleh kumpulan GAM di Aceh. Bagaimana pula dengan beberapa kes
kehilangan senjata di kem tentera dan di balai polis. Kem tentera memang mudah diserbu
kerana kurangnya tentangan terhadap serangan serupa itu. Pihak berkuasa tidak akan
memandang perkara ini sebagai satu kelemahan dalam sistem kawalan. Beberapa tahun yang
lalu satu pasukan khas komando Malaysia telah menyusup masuk kem tentera di Singapura.
Pasukan tentera di republik itu telah bertindak menghukum beberapa orang pegawai termasuk
seorang Leftenan Kolonel, Itulah tindakan yang patut dilakukan. Bukannya dengan cara
Dato Najib membuat kenyataan betapa kejadian itu dirancang secara profesional dan rapi.
Kalaulah tidak dilakukan sesuatu yang berkesan dalam mencegah berulangnya perkara ini,
kita boleh jangkakan ulangan serbuan seperti ini akan berlaku lagi. Menteri pertahanan
mungkin tidak sedar betapa silapnya beliau dalam membuat kenyataan yang memperlekehkan
kementerian pertahanan itu di mata orang ramai. Apakah Perdana Menteri akan memecat beliau
kerana kebocoran kawalan keselamatan itu? Tentu sekali tidak. Apakah menteri itu
bersedia meletakkan jawatannya? Tentu tidak. Bukannya beliau yang membenarkan perompak itu
masuk ke kem tentera tersebut. Bagaimana pula dia mesti bertanggungjawab?
Tidak ada
seorang menteri pun yang pernah dipecat daripada jawatannya kerana ketidakcekapan.
Untuk dipecat anda mesti bersedia mencabar Insan Yang Fikir Dia Adalah Dewa Ke atas Yang Ditaklukinya. Perkara ini sudah pun difahami oleh
Insan Yang Mesti Dihapuskan
Dengan Apa Jua Cara. Kita mudah berkhayal akan mereka yang kita mahu hapuskan. Tentu
sekali ada pengeluar filem yang mahu melancarkan filem berdasarkan episod yang berlaku.
Sememangnya kita mudah berpesta dalam kegemaran kita untuk mempertontonkan kebodohan
diri kita sendiri.
Diterjemahkan oleh -MT-
|