MGG39/0701
KEADILAN YANG TERANCAM: ISTERI TUN EUSOFF IALAH .... (Justice
In Jeopardy: Tun Eusoff's Wife Is.....)
Ketua Hakim Negara, Tun Eusoff
Chin, telah berusaha berhempas pulas untuk melegakan ketegangan yang muncul disebabkan
hubungannya dengan sahabat pilihannya ketika bercuti dulu. Semua alasan mengenai hubungannya dengan Dato V.K. Lingam dulu, masih tidak diterima-pakai. Ada sebabnya perkara
itu berlaku, kerana dia sengaja tidak mahu mengubah keadaan itu. Dia telah berbohong
dengan cara dia terserempak dengan Dato V.K. Lingam. Di zoo katanya, dan di New Zealand
pula. Kemudian dia kemukan pula setimbun resit dan baucher kredit kad sebagai bukti
pembayaran yang dilakukannya ketika bersantai dulu. Dia jua mengugut untuk mendakwa
sesiapa yang sanggup mentohmahnya.
Itu semua adalah satu usaha seperti yang
dilakukan oleh Hakim Nathan membuat pengumuman betapa bangganya beliau menerima kehadiran
anaknya sebagai seorang peguam di hadapannya. Sedangkan pengumuman itu adalah satu topeng
untuk mengalihkan pandangan terhadap beberapa kontroversi yang sedang diharunginya.
Usaha
itu gagal juga. Perhubungan di antara dua insan ini memang sudah lama terpahat sebelum
mereka keluar daripada Malaysia untuk bercuti di bulan Disember 1994 itu. Agen
pelancungan yang dikuasai oleh Tan Sri Vincent Tan telah mengirimkan agenda percutian
kepada Dato Lingam. Kalaulah alasan yang dibuat oleh Tun Eusoff itu mahu diterima-pakai pertemuan
secara 'terserempak' dengan Dato Lingam di negara orang tentunya merapatkan lagi
hubungan mesra mereka berdua. Memang terlalu mesra sehinggakan ia menggugat kewibawaan
suasana pengadilan di mahkamah Malaysia.
Dato Lingam memang mempunyai beberapa
peguam yang berkawan baik dengannya yang menggunakan khidmatnya. Sejak kebelakangan
ini dia ada memberikan tumpuan kepada sebuah firma guaman yang dikuasai oleh isteri Ketua
hakim Negara. Seorang peguam yang menjadi bekas Setiausaha Agung parti MCA pernah
menerima banyak keperluan khidmat guaman daripada Dato Lingam. Tiba-tiba beliau
menghadapi peristiwa disisihkan secara tidak semena-mena. Hampir semua kes yang
dikendalikan oleh Dato Lingam kini bermula daripada kamar Toh Puan Rosaina. Memanglah
tidak ada salahnya perkara ini. Laporan Bowman ada mengkiaskan betapa Dato Lingam
diberikan taraf keistimewaan oleh Toh Puan Rosaina. Ketika Dato Lingam mahu berlepas
ke Mayo Clinic di Rochester New York, Toh Puan Rosaina pernah berada di rumahnya untuk
mengucapkan selamat jalan. Badan Pencegah Rasuah pernah mengambil (merampas) satu
mangkuk pyrex (ataupun kristal -penterjemah) yang dipulangkan oleh Toh Puan Rosaina kepada
isteri Dato Lingam. Beliau tidak fikir mangkuk itu adalah kepunyaannya.
Ketua
Hakim Negara pernah mengugut untuk menyaman sesiapa yang cuba mengaibkannya. Dia patut
menyaman Mr. Dan McCarthy yang menyediakan laporan Bowman itu. Malahan beliau juga patut
menyaman Dato Rais Yatim yang mulakan kisah percutian di New Zealand yang
mencetuskan pertemuan 'terserempak' itu. Sedangkan percutian mereka yang bermula
dari Singapura telah ditemani oleh Mr. Tan Chong Pow, seorang juru iring kepercayaan Tan
Sri Vincent Tan. Kenapa agaknya?
Dato Lingam telah mendapatkan satu telefon bimbit
'Mutiara' yang memang dikhaskan kepada Vincent Tan. Bukankah beliau itu seorang peniaga
bertaraf antarabangsa yang tidak ada tolok bandingnya? Dalam Laporan Bowman itu ada kisah bagaimana
Dato' Lingam telah menghadiahkan telefon bimbit Mutiara kepada Tun Eusoff, kepada
beberapa orang hakim, dan juga kepada Rahim Nor. Rahim Nor adalah bekas Ketua Polis Negara
yang menjadi terkenal seluruh dunia kerana caranya membaham seorang bekas timbalan perdana
menteri ketika matanya ditutup dan tangannya diikat dari bahagian belakang.
Dato
V.K. Lingam telah membayar semua bil bulanan telefon bimbit tersebut dengan bayaran tunai. Kenapa?
Kini,
Dato V.K. Lingam sedang membuat satu rumah yang layak dipanggil sebuah mahligai. Dia
terlalu yakin dengan perlindungan daripada Ketua Hakim Negara membuatkan beliau angkuh
dengan beberapa bantahan yang dikemukakan oleh para arkitek daripada Majlis Bandaran
Petaling Jaya. Arkitek berkenaan tidak dapat bertindak lanjut kerana fail mengenai kes itu
telah hilang secara misteri. Memang, fail yang penting amat mudah lesap kerana pergi
bercuti ke Ouagadougou apabila diperlukan. Pejabat V.K. Lingam memang mudah membayar segala
bil telefon yang menggunakan phone-bimbit Mutiara pemberian Vincent Tan itu. Kekerapan
bayaran percuma inilah yang menjadi bualan juru wang syarikat Mutiara.
Badan
Pencegah Rasuah (BPR) dan juga Attorney General Tan Sri Mokhtar memang amat faham akan
cerita ini tetapi mereka tidak fikir ada sesuatu yang pelik dalam hal ini. Tetapi,
bukankah Attorney General dan isterinya pun pernah bercuti ke Itali dengan Vincent Tan,
Dato Lingam dan juga isteri mereka? Sekarang timbul pula persoalan siapakah yang
membiayai percutian Tan Sri Mokhtar itu? Dengan lain perkataan, dia pun ada cerita misteri
yang tersimpan dalam almari tengkoraknya? Kerana itu saya tidak akan terperanjat kalau Tan
Sri Mokhtar akan dilantik menjadi Hakim Mahkamah Persekutuan, kalau pun tidak sebagai
pengganti kepada Tun Eusoff Chin.
Keadilan di Malaysia adalah lebih sesuai
dikendalikan oleh para hakim yang menyimpan banyak tengkorak dalam almari mereka. Inilah
cara Tan Sri Vincent Tan mengemudikan sistem kehakiman di negara ini. Memang menakjubkan
sehinggakan beliau sanggup menyaman saya dan dalam waktu yang sama beliau mengheret
kewibawaan seorang hakim mahkamah tinggi, seorang hakim mahkamah rayuan, seorang hakim
mahkamah negara dan seorang attonery general. Lagi pun ketua hakim negara tidak pernah
menjangkakan betapa persahabatan yang dijalin dengan umpanan begitu bukan sahaja
mengaibkannya malahan sudah menjelekkan rakyat biasa. Kalau tidak kerana itu semua
bagaimanakah pula isterinya boleh menjadi peguam kepada Dato Lingam?
Tun Eusoff
diberi enam bulan lagi sebagai khidmat lanjutannya. Inilah titik yang akan menjadi
nokhtah kerjayanya. Perkara itu pernah dialami oleh orang yang digantikannya dulu, Tun
Hamid Omar. Inilah juga pengalaman yang dijangka akan dilalui oleh penggantinya pula.
Kalaulah insan itu bernama Tan Sri Mokhtar.
Diterjemahkan oleh -MT-
|