MENJANA KEMENANGAN BA DALAM TAHUN 2004

MGG36/0701

VINCENT TAN SAMAN PUTRA YDP AGONG?

Artikel ini ada dua kandungan: Satu, Petikan yang dibuat oleh BERNAMA dan dikirimkan kepada MGG Pillai oleh RANA KLEON. Kedua, Komen MGG mengenai berita itu. -MT-

Firma Australia Menafikan Menyaman Warga Istana Selangor

Melbourne, 30 Jun (Bernama) --  Sebuah syarikat di Australia yang dikuasai oleh Berjaya Group telah menafikan betapa mereka telah menyaman Tengku Sulaman Shah, putera kedua Yang Di Pertuan Agong, di  Supreme Court of New South Wales, Sydney.  Pengarah Urusan Carlovers Carwash Pty. Ltd. Andrew Teh telah memberitahu Bernama bahawa dia tidak pun mengetahui adanya satu tindakan mahkamah terhadap Tengku Sulaiman walaupun telah terdapat dua kes yang difailkan  di mahkamah  di mana syarikat itu adalah pendakwanya dan Tengku Sulaiman adalah yang didakwa.

Teh berkata bahawa itu adalah satu kesilapan yang disebabkan sesuatu. "Kami tidak mengambil sebarang tindakan mahkamah" katanya. "Tengku Sulaiman adalah salah seorang pengarah syarikat kami. Bagaimanakah kami mendakwa salah seorang pengarah syarikat? Saya tidak tahu sebarang tindakan yang tertangguh. Itu semua adalah satu kesilapan."

Carlovers Carwash adalah sebuah syarikat yang berdaftar di NSW dan tersenarai di Australian Stock Exchange. Pengerusi Eksekutif Berjaya Tan Sri Vincent Tan menguasai Carlovers Carwash dengan memegang 72.6 persen ekuiti yang dipunyai oleh Berjaya. Kecuali Andrew Teh, semua ahli lembaga pengarah syarikat yang lain adalah merupakan rakyat Malaysia.

Di samping itu, sebuah syarikat lain yang juga dikuasai oleh Berjaya: Video Ezy Pty. Ltd. Dijangka menghadapi Australian Federal Court kerana dituduh oleh satu organisasi konsumer menaikkan harga video sewaan  sebelum tarif baru Goods and Services Tax dikuatkuasakan. --BERNAMA

Komen MGG Pillai:

Ada beberapa soalan yang boleh dikemukakan di sini:

Kalaulah Carlovers tidak mendakwa Tengku Sulaiman, apakah kesilapan yang dimaksudkan  oleh Andrew Teh itu?

Soalannya sekarang, apakah Carlovers pernah mendakwa Tengku Sulaiman ataupun tidak.  Adakah usaha ke arah itu dilakukan? Kenapa?

Kalaulah Tengku Sulaiman menganggotai majlis pengarah syarikat Kumpulan Berjaya, adalah mustahak Carlovers membersihkan dirinya. Apakah sebenarnya kesilapan yang berlaku sehinggakan Tengku  Sulaiman didakwa di Australia dan tidak di Malaysia?

Yang meremehkan perkara ini ialah: Gelaran Dato' (DSSA) yang disandang oleh Tan Sri Vincent Tan itu adalah penganugerahan daripada ayahanda Tengku Sulaiman.

Diterjemahkan oleh -MT-

Sampaikan pandangan serta informasi kepada mindarakyat@hotmail.com 

 counter.bloke.com