|
GILIRAN ABU HASSAN JADI MANGSA SERANGAN
Oleh Pena Suasa SERANGAN sudah bermula. Mingguan Malaysia memulakan serangan terhadap Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Abu Hassan Omar yang tidak dilantik semula menganggotai MT Umno. Walaupun alasannya kerana kesilapan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) tetapi jelas, usia Abu Hassan dalam karier politik mahu dipendekkan. Seperti biasa, kepala segala perancangan jatuh menjatuh dalam Umno ini diketuai Zainuddin Maidin (ZAM) yang akan menggunakan platform yang dia ada untuk menurun dan menaikkan sesiapa yang dia sukai. Orang pertama sasaran ZAM kali ini ialah Abu Hassan. Jika serangan ini berjaya, seperti biasa kumpulan Utusan akan meneruskan serangan berikutnya, mungkin Dato’ Seri Adnan Yaakob dan ‘rakan-rakan yang sewaktu dengannya’. Tunggulah. Kita perhatikan permainan ZAM ini. Elok betul Umno menyimpan orang seperti ini. Dr. Mahathir akan memberikan macam-macam jawatan lagi kepadanya. Maka, naik tocanglah “mamak” ini. Sesetengah orang-orang Umno berfikiran, kalau apa yang tersiar dalam Utusan, mestilah arahan dari Perdana Menteri. Sama ada benar atau tidak, bukan soalnya. Yang penting ZAM akan terus melakukan sesuka hatinya dan kesan jangka panjang atau jangka pendek tidak dihiraukan. Semua penyokong Barisan Alternatif (BA) dan para simpatisan hendaklah terus memboikot Utusan. Akhbar “yahudi” ini yang kini diketuai ZAM dan rakan sewaktunya, Astora Jabat perlu ditinggalkan. Kita boleh membaca tetapi jangan membeli. Jika perlu, berkongsi membaca di mana-mana yang terdapat peluang membaca secara percuma, sekadar untuk mengetahui pembohongannya dan selain dari itu, ada juga ruangan yang tidak wajar ditinggalkan seperti keputusan perlawanan bola sepak Liga Perdana. Kita sama-sama tengok, apakah akhir hidup manusia bernama ZAM ini kerana dia sekarang yang sedang sibuk menyiapkan bukunya memoir hidupnya sebagai wartawan pengampu yang berjaya menipu Dr. Mahathir hingga dilantik menjadi Senator dan Timbalan Pengerusi Eksekutif Kumpulan Utusan. Bagi MB Selangor yang kecewa dengan permainan orang-orang Umno kerana menipunya ketika bertanding Naib Presiden Umno, tentulah bersedia mengundurkan diri dari kerusi MB kerana dia sudah cukup segala-galanya. Sudah pernah menjadi Menteri dan kini Menteri Besar. Sebenarnya kalau Abu Hassan faham politik Umno Selangor, dia tentulah tidak kecewa. Orang yang rapat dengannya mempermainkannya. Orang pertama ialah Shariff Jajang yang menelurkan idea supaya Umno Selangor hanya menyokong seorang calon Naib Presiden, iaitu Abu Hassan. Dia sendiri tidak buat kerja untuk menjamin kemenangan Abu Hassan. Orang kedua yang mengecewakan Abu Hassan ialah Dato’ Seri Onn Ismail yang menang mudah jawatan Timbalan Pengerusi Tetap Umno Malaysia. Tidak mustahil Abu Hassan berundur, Tan Sri Muhammad Muhd Taib kembali ke kerusi MB Selangor. Muhammad tentunya boleh diberikan kerusi DUN di mana-mana, seperti Abu Hassan dahulu, dari Ahli Parlimen Kuala Selangor ke DUN Permatang. Selamat tinggal Abu Hassan. Selamat jalan Abu Hassan. Allahyarham P Ramlee pernah memberikan tajuk “Abu Hassan Pencuri” dalam filem lakonannya. Umno Selangor akan kembali bergolak. Kata pepatah, ranting belum patah, monyet sudah melompat ke dahan lain. Selepas ini rumah Muhammad akan kembali dikunjungi ramai wakil-wakil rakyat Selangor, kerana mereka sudah nampak zaman gerhana politik Abu Hassan. BA seharusnya bersiap sedia untuk sama-sama bersaing jika berlaku pilihan raya kecil untuk memberi laluan kepada Muhammad menjadi MB Selangor. Abu Hassan tunggu, nanti kes pengubahsuaian Kediaman Rasmi MB juga akan diungkit semula. Kisah dia membelanjakan ratusan ribu ringgit untuk menginap di hotel juga akan diceritakan kembali. Ini kerja Utusan! Dan ZAM akan berbangga jika serangannya berjaya… dan dia percaya dia akan kembali sebagai Ketua Pengarang Utusan, jawatan yang digilainya. Atau memang ZAM gila talak? |
Sampaikan pandangan serta informasi kepada mindarakyat@hotmail.com
|