|
'The Cairo curse' ataupun 'Sumpahan Mesir' yang pernah mengena Presiden Siad Barri ketika membuat lawatan ke Mesir dan diulangi pula kepada Suharto ketika melawat tempat yang sama, mungkin akan terpalit ke atas Mahathir. Ini kuasa Allah. Kita melihatnya berdasarkan sumbangan ketiga-tiga insan ini yang telah memperlekehkan agama Islam ketika berada di puncak kegemilangan mereka. Pernah satu ketika dulu saya memikirkan betapa sumpahan yang serupa terpalit juga ke atas Jaffar Nameiri. Dia digulingkan ketika membuat lawatan ke Malaysia/Singapura. Tetapi sebelum itu dia berada di Mesir dulu daripada ibu negeri asalnya, Khartoum. Saya masih mencari maklumat apakah Kamal Ataturk pernah melawat Mesir sebelum dia diserang penyakit gila itu. Begitu juga dengan Soekarno, apakah dia mengistiharkan konsep 'Ganyang Malaysia ' sekembalinya daripada persidangan Afro Asia di Mesir. Ini adalah fakta sejarah yang amat menakutkan.
Ini adalah
salah satu faktor yang membuat saya meramalkan zaman Mahathir sudah hampir kepada sumpahan
itu. Ini bererti
kita sedang menghampiri zaman pancaroba. Mengikut kajian saya fenomena 'Cairo Curse' ini
bermula sejak zaman Julius Ceasar dulu lagi. Orang Cina pula berada dalam ketakutan sekarang ini setelah berlakunya tiga gempa di tiga buah negara: Indonesia, Jepun dan Taiwan. Ini merupakan tiga tempat mereka membuat duit dan mengaut keuntungan. Tetapi di tiga temapt ini telah berlakunya gempa bumi yang dahsyat sedangkan ia tidak menjejaskan Korea yang sedang cuba bercantum semula. Ketiga-tiga negara yang disebut ini adalah negara 'pinggiran' kalau kita lakukan satu lakaran bulatan yang berpaksikan India sebagai pusatnya. Kenapa India? Kerana itulah pasaran terbesar dan dari situ pula lakaran tepian bulatan itu akan menjalar ke Eropah. Malaysia tidak termasuk dalam lakaran negara pinggiran itu kerana itu tidak ada gempa bumi. Inilah yang menyeronokkan. Tetapi, Malaysia menghadapi gempa lain pula.
Lihat.....Virus Nipah sudah menjalar ke Gopeng dan ke
arah mana??? Bukankah kini sudah sampai ke Penang dan Kedah?? Negeri Sembilan kini dilanda
wabak denggi
sedangkan penyakit misteri yang melanda anak sekolah masih lagi disenyapkan di Kuala
Lumpur. Di Ipoh sudah ada yang mati dihinggapi virus JE. Dalam kes terbaru minggu lalu
seorang kanak-kanak mati akibat virus itu, tetapi malangnya kes ini disenyapkan begitu
sahaja. Semua ini adalah bala Allah dan gempa bumi yang tidak bergegar sedang melanda negara
kita.
Di bandar-bandar besar sesiapa yang memesan akhbar langganan harian
akan menerima beberapa majalah percuma tajaan institusi Kristian seperti Living Today dan
sebagainya. Inilah institusi yang menggalakkan penghijrahan itu.
Kalau anda berpeluang pergi ke Bukit Pelanduk lihatlah fenomena 'kekeosongan' ini sudah terjadi. Bandar kecil sudah menjadi
kampong berhantu. Jalan raya
lengang dan bangunan canggih tidak berorang. Perkara yang sama akan berlaku di Gopeng dan
mungkin menjalar ke bandar-bandar berdekatan. Apakah kemungkinannya ia menurun ke Tapah kerana Kampar
merupakan satu pusat penternakan yang menggunakan tenaga orang Asli? Kalau ini berlaku
bererti ia akan merebak naik ke arah Cameron Highlands.
Kemang Suasa |
Sampaikan pandangan serta informasi kepada mindarakyat@hotmail.com
|