LAPORAN MAJLIS ANJURAN KEADILAN DI BRUAS DAN TAIPING
matdeghih
Lebih kurang pukul lima petang 1 Julai 2000, Y.B. Datin Seri Wan Azizah singgah di majlis
jamuan teh keADILan Bahagian Bruas dalam perjalanannya ke Taiping. Di majlis itu Datin
Seri telah menceritakan sokongan antarabangsa terhadap perjuangan BA di Malaysia di
sepanjang beliau mengikuti forum demokrasi dunia di Warsaw, Poland. Beliau juga
mengingatkan tentang serangan jahat BN melalui akhbar perdana mereka Utusan Malaysia
terhadap keADILan. Semuanya bohong dan fitnah semata-mata. Perkara kecil diperbesarkan
seolah-olah keADILan menghadapi masalah. Madeylah yang sebenarnya bermasalah... dan untuk
melarikan isu sebenar, iaitu dakwaan Shafie Yahya terhadap salahlaku PM, keADILan
diserang...keADILan difitnah sepertimana PAS diserang sebelum ini.
Malamnya pula
pimpinan BA bertemu di Majlis Makan Malam Muhibah BA anjuran keADILan Larut di Taiping.
Ronnie Loo dari DAP memulakan ucapan dengan menyentuh bahawa pengundi Cina semakin faham
perjuangan BA. Bukti terbaru ialah kemenangan BA di DUN Lukut semasa pilihanraya Teluk
Kemang. Ini bermakna Lukut sepatutnya milik BA ... dan harapan untuk BA memecah monopoli
BN dalam DUN Negri Sembilan pada piliharaya akan datang semakin cerah.
Dr. Syed
Hussin Ali pula menyentuh tentang kenaikan 10% gaji kakitangan kerajaan. Beliau
menimbulkan persoalan tentang kenaikan 33% tambang bas dan kenaikan 50% tambang
penerbangan domestik kapalterbang. Dan ini bermakna harga barangan pengguna akan naik
selepas ini... so apa guna kenaikan gaji 10%? Orang kampung akan merasai penderitaan ini
...
Y.B. Dato' Fadhil Noor pula menyentuh tentang betapa bodoh dan banggangnya
Madey dalam menangani isu royalti minyak untuk Terengganu. Bagaimana seorang PM boleh
mengakui tersilap selama 25 tahun memberi royalti minyak kepada Terengganu. Dan pada waktu
yang sama pula Pengerusi Petronas mengatakan memang ada perjanjian pemberian 5% royalti
minyak untuk Terengganu, Sabah dan Sarawak .... begitulah bodoh dan nyanyuknya Madey.
Giliran
Presiden keADILan pula berucap. Di samping mengulangi ucapannya di Bruas, Kak Wan juga
menyentuh tentang isu Marina. Tidak ada surat yang ditulis oleh Marina kepada Dr. Chandra.
Marina hanya menyatakan bahawa di peringkat BA, tidak perlulah membuang masa dengan
perbalahan-perbalahan kecil... tetapi Utusan Meloya mengeksplotasi isu kepada
penglibatannya dalam keADILan sebagai membuang masa. Namun begitu Kak Wan juga menyebut
bahawa keADILan banyak menerima sumbangan daripada Marina terutama dari segi idea, tenaga
dan kewangan.
Sambutan begitu menggalakkan. Sekitaran hampir sepuluh ribu yang
hadir (termasuk yang di luar dewan). Tetapi yang menariknya dalam perjalanan pulang ada
sekatan pemeriksaan polis pada jam 12.30 malam. Jalan sesak dengan kenderaan bergerak
perlahan. Semua motosikal diperiksa, pemandu dan penumpang kenderaan di suluh... aku gelak
dan gelihati melihat gelagat polis yang mungkin diarahkan oleh UMNO ini. Aku yakin bahawa
tindakan polis mengadakan sekatan pada waktu sebegini adalah bertujuan untuk memberi
tekanan supaya pada masa akan datang, jangan pergi ke majlis-majlis BA...
Aku
menatap salinan laporan tentang penyalahgunaan kuasa Madey ... dan merasakan adalah lebih
baik di semua balai polis sama ada kecil atau besar menerima aduan penyalahgunaan kuasa
ini. Sebarkan salinan di seluruh ceruk rantau ... walaupun mungkin tiada langsung tindakan
polis terhadap Madey, tetapi sekurang-kurangnya sumpah seranah untuk Madey dari rakyat
semakin bertambah.
Madey .... dengar, dengar, dengar..., rakyat semakin getikkan
kamu ..., rakyat semakin meluat setiap kali nama kamu dan kroni kamu disebut ... Semoga
balasan dari Allah s.w.t segera berlaku ke atas kamu. Mungkin kamu tidak sempat menunggu
2004 ... mungkin esok atau lusa ...
|