MENJANA KEMENANGAN BA DALAM TAHUN 2004


USAHA MENJATUHKAN ADNAN DARI KERUSI MB PAHANG

Oleh PENA SUASA

DARI kesemua Menteri Besar/Ketua Menteri Umno, mengapa Presiden Umno, Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad tidak melantik MB Pahang, Dato’ Seri Adnan Yaakob sebagai Pengerusi Perhubungan Umno Negeri Pahang?

Apa kurangnya Adnan jika dibandingkan dengan Abd Ghani Othman (Johor), Mohd Ali Rustam (Melaka), Mohd Isa Samad (Negeri Sembilan), Abu Hassan Omar (Selangor), Mohd Tajol Rosli Ghazali (Perak), Syed Razak Syed Zain (Kedah), Shahidan Kassim (Perlis) dan Osu Sukam (Sabah)?

Adnan bertanding kerusi MT dan menang. Abd Ghani, Mohd Isa, Shahidan, Osu dan Abu Hassan bertanding tetapi kalah. Mengapa yang kalah dilantik sebagai Pengerusi Perhubungan negeri-negeri tetapi yang menang, tidak dilantik.

Satu sumber memberitahu, Mohd Khalil Yaakob yang dilantik menjadi Pengerusi Perhubungan Umno Pahang semula sedang berusaha mengundurkan Adnan dari kerusi MB Pahang dan meletakkan calon piliahnnya, Hasan Arifin.

Seorang lagi calon yang disebut-sebut mahu dicalonkan sebagai MB Pahang ialah Dato’ Omar Othman. Khalil dikatakan lebih rela kerusi MB diserahkan kepada Omar jika Hasan tidak dapat. Namun, Kuala Lumpur mahukan Adnan bagi menghapuskan terus pengaruh Anwar. Rupa-rupanya PM mempunyai strategi lain terhadap Adnan.

Perdana Menteri melantik Adnan menjadi MB Pahang hanya sementara kerana Adnan memang dikenali sebagai penentang Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Apabila tugasnya “membersihkan” pengaruh Anwar di Pahang selesai, dia mahu diundurkan semula.

Mohd Khalil pula ada penyokong Anwar nombor ‘wahid’ ketika menjadi MB Pahang. Perdana Menteri menarik dia datang ke Kuala Lumpur bagi membendung pengaruh Anwar di Pahang. Bagaimana Khalil dikatakan memberikan syarat kepada PM supaya memberikan peluang Hasan yang ketika itu menjadi Timbalan Menteri Besar menggantikannya. Malangnya, Perdana Menteri melihat Hasan adalah penyokong Anwar manakala Adnan merupakan penentang.

Maka, Adnan diambil menjadi MB Pahang kerana “musuhnya sama dengan musuh Dr. Mahathir”.

Politik Pahang akan kecoh kembali. Kini Pahang mempunyai dua nahkoda. Adnan yang dilihat terlalu lambat membuat perlantikan Exco tambahan dan Exco yang kosong ekoran kematian Allahyarham Abdullah Kia dikatakan tidak dapat membuat keputusan secara persendirian.

Adnan juga yang dilantik menjadi Pengerusi Perhubungan Umno Pahang selepas dilantik menjadi MB Pahang tidak membuat perlantikan jawatan Bendahari, Setiausaha dan Ketua Penerangan.

Kelewatannya membuat perlantikan Pegawai-pegawai Perhubungan ini juga menjadi sebab mengapa pucuk pimpinan Umno tidak menaruh keyakinan terhadap kemampuannya.

Kini, satu usaha sedang dibuat untuk menjatuhkan Adnan dari kerusi MB Pahang dan tempat itu mungkin diisi oleh Hasan atau Timbalan MB sekarang, Dato’ Tan Mohd Aminuddin.

Peluang BA cukup cerah kini di Pahang jika pergolakan dalaman Umno ini tidak reda. Teori domino, selepas Kelantan, Terengganu dan kini Pahang akan menjadi kenyataan.

Kerusi Parlimen Pekan sudah hampir pasti menjadi kepunyaan pembangkang selepas pilihan raya ini setelah Dato’ Seri Najib Tun Razak hanya menang 241 undi sahaja dalam pilihan raya ke 10, 29 November 1999 yang lalu.

Sampaikan pandangan serta informasi kepada mindarakyat@hotmail.com 

 counter.bloke.com