MENJANA KEMENANGAN BA DALAM TAHUN 2004


JAIS TIDAK BERNASIB BAIK

Oleh Pena Suasa

JABATAN Agama Islam Selangor (JAIS) tidak bernasib baik ketika menjalankan tugas menahan 53 yang berada di premis yang menjual arak.

Salah seorang yang ditahan itu, Helmi Harun yang terkenal dengan kumpulan Helmi & The Gimmick serta penyanyi Azlina Abbas adalah rakan kongsi perniagaan dengan Datin Rohayah Iderus, isteri kepada Ketua Umno Bahagian Pasir Mas, Kelantan Dato’ Ibrahim Ali.

Campurtangan politik ini menyebabkan Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi terpaksa campur tangan dengan menyalahkan JAIS yang kononnya menyusahkan orang-orang Islam.

Menteri Besar Selangor yang sudah kecewa dengan Umno terpaksa tampil mengesahkan JAIS mengaku tersilap ketika menjalankan tangkapan itu.

Inilah maruah Islam di zaman pemerintahan Umno kerana ia boleh diperkotak-katikkan jika melibatkan pemimpin Umno.

Helmi & The Gimmick kepunyaan Helmi Harun merupakan rakan kongsi Datin Rohayah dalam sebuah syarikat bernama Create & Create Communications Sdn. Bhd. Yang terlibat secara langsung dalam pamiran komputer (Emtex) di Pasir Mas suatu ketika dahulu.

Hubungan baik Ibrahim Ali dengan Abu Hassan memudahkan mereka menundukkan JAIS dan Abdullah yang terkenal kerana “takut bini” tentunya berusaha untuk menjadi hero kepada isu-isu seperti ini bagi mempertahankan popularitinya yang cukup mendatar.

Disebabkan ulama di zaman ini lebih bimbang dipotong gaji daripada dipotong lehernya seperti ulama-ulama dahulu, maka JAIS sanggup mengaku tersilap dan serentak dengan itu pahlawan “Islam moden” Zainuddin Maidin tampil dengan tulisannya mahukan JAIS yang ditangkap dan bukan orang-orang Islam di premis menjual arak.

Ahli-ahli Umno boleh berbangga dengan perjuangan ini dan Hishammuddin Hussein Onn, Azmi Khalid dan rakan-rakan kaki minum mereka boleh terus beraksi dengan botol-botol selagi Umno berkuasa. Semoga Allah jauhkan segala bencana buat umat Islam yang tidak berdosa dan enggan bersama manusia seperti ini.

Sampaikan pandangan serta informasi kepada mindarakyat@hotmail.com 

 counter.bloke.com