MENJANA KEMENANGAN BA DALAM TAHUN 2004


APABILA GUS DUR KEHABISAN PERUNTUKAN... MAHATHIR?

Oleh Pena Suasa

BERITA yang menyebut Presiden Abdurrahman Wahid atau Gus Dur yang baru sembilan bulan berkuasa, sudah menggunakan 98.64 peratus daripada peruntukan Rp53,458 miliar (RM26.7 juta) untuknya ke luar negara bagi tempoh 1999-2000 sepatutnya dibandingkan dengan jumlah perbelanjaan yang sudah Perdana Menteri Dr. Mahathir Mohamad habiskan selama menjadi pemimpin nombor satu Malaysia.

Laporan dari Jakarta itu menyebut, Ketua Jawatankuasa 1 Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) Yasril Ananta Baharuddin, berkata anggaran biaya perjalanan itu kemungkinan besar mencatatkan defisit kerana tempohnya berakhir Disember ini.

“Gus Dur sudah mengunjungi 35 negara, dengan setiap perjalanan bagi sebuah negara dianggarkan Rp1.5 miliar (RM0.75 juta)

“Ini bermakna bagi Rp729 juta (RM364,000) tidak cukup untuk beliau pergi walau hanya ke sebuah negara lagi,” katanya selepas menerima laporan Setiausaha Kabinet, Marsilam Sumanjuntak; Setiausaha Presiden, Djohan Effendi; dan Setiausaha Tentera, Marshall Satu, Santoso di DPR.

Berikutan itu, DPR menasihatkan Gus Dur supaya tidak berkunjung ke luar negara lagi bagi mengelak beban perbelanjaan yang ditanggung kerajaan.

“Mulai sekarang, lawatan presiden ke luar negara akan dibatasi, kecuali membabitkan persidangan penting. Kunjungan hubungan dua hala tidak perlu lagi kerana sudah cukup dengan apa yang dilakukan,” kata Yasril.

Di negara kita, beranikah pendedahan begini dibuat? Apakah masih ada ketelusan dan bolehkah diumumkan jumlah perbelanjaan kerajaan yang sudah dihabiskan oleh Dr. Mahathir dan isterinya untuk tujuan lawatan ke luar negara selama dia menjadi Perdana Menteri?

Dr. Mahathir terlalu kerap bercuti dan melawat negara-negara luar. Kekerapan lawatannya itu menyebabkan banyak pihak mendakwa dalam usaha kerajaan menggalakkan rakyat bercuti dalam negeri, Perdana Menteri pula sering bercuti ke luar negara.

Kerajaan sewajarnya mengumumkan kepada rakyat berapa jumlah perbelanjaan yang telah habis Dr. Mahathir gunakan selama ini. Dia yang dikenali sebagai Perdana Menteri yang suka berbelanja mewah tentunya berjaya menghabiskan sejumlah besar wang yang sepatutnya boleh digunakan untuk membela rakyat susah di kampung-kampung.

Jumlah wang yang besar juga sudah digunakan sesuka hatinya membina mahligainya di samping tasik buatan yang hanya dibina bertujuan memuaskan hati sendiri.

Di manakah peranan akhbar di Malaysia dalam melaporkan perkara-perkara seperti ini supaya rakyat tahu bagaimana wang hasil cukai rakyat disalahgunakan.

 

Sampaikan pandangan serta informasi kepada mindarakyat@hotmail.com 

 counter.bloke.com