MENJANA KEMENANGAN BA DALAM TAHUN 2004

AHLI SENATOR YANG LUPA DARATAN!!

Semua rakan wartawan lama yang pernah menimba ilmu kewartawanan dengan Utusan Melayu tentu masih  ingat  cerita seorang tua India Muslim (atau pun Mamak) yang memakai kain putih yang terbelah di tengah dan dinaikkan sedikit hujungnya untuk disimpul di celah pinggang. Alkisah, pada satu hari muncullah seorang hamba Allah jenis ini ke pejabat Utusan Melayu untuk mencari anaknya. Malangnya anaknya itu lari menyorokkan dirinya dalam tandas. Secara tiba-tiba dia didatangi sembelit yang amat sangat sehinggakan dia terpaksa menunggu lama dalam tandas itu.

Sembelitnya itu bukan sebarang sembelit. Itulah sembelit yang dinamakan malu kepada diri sendiri kerana insan tua yang datang berpakaian 'kaili' itu adalah bapanya sendiri. Insan yang menyorokkan dirinya itu bernama Zainuddin bin Maidin. Begitulah malunya beliau kepada kehadiran bapanya sehingga dia sanggup memarahi orang tua itu kerana datang begitu jauh daripada Alor Star untuk mencarinya.

Kemudian Zainuddin Maidin naik meniti kerjayanya dengan segala tipu helah dan menekan sesiapa sahaja teman sekerja yang difikirkannya akan menjadi saingannya untuk menjadi Ketua Pengarang Utusan Melayu. Ramai rakan-rakan sekerja yang lebih pintar dan lebih tinggi kelulusan mereka yang sengsara dibuatnya. Malahan tersebut pula kisah seorang wartawan yang dituduh melakukan kerja-kerja aib dengan seorang wartawan wanita sehinggakan membabitkan kes mahkamah. Wartawan itu dibuang kerja oleh Zam yang sudah pun naik menjadi Ketua Pengarang. Tetapi, perlawanan di mahkamah yang dilakukan oleh  wartawan itu membuktikan segala tuduhan itu adalah palsu dan mainan Zam juga. Wartawan itu ialah Yazid bin Osman yang kini menjadi Presiden Wartawan Melayu Malaysia.

Adalah secara kebetulan segala tuduhan salah laku seks yang dikenakan ke atas DS Anwar Ibrahim amat mirip dengan tuduhan yang pernah dialami oleh Yazid Osman. Cuma Yazid ini orang yang muka tebal dan sanggup mengenepikan persahabatannya dengan Anwar kerana gila pangkat dan gila kuasa juga.

Ketika Zam menjadi Ketua Pengarang, memang bukan kepalang angkuhnya. Baik dalam gerak gerinya, percakapannya dan tulisannya. Tetapi, di zaman Zam di Utusan Melayu ramai taukeh Cina yang menjadi kaya raya. Zam tidak mampu memperkokohkan Kumpulan Utusan Melayu kerana amat murah hati memberikan kerja 'sab' kepada syarikat kepunyaan  bukan Melayu. Tetapi, kalau dalam tulisannya dialah pejuang unggul Bangsa Melayu. Semua itu adalah mainan politik Zam yang hanya diketahui oleh orang surat khabar.

Tetapi, Zam semakin bahagia dengan tugasnya ketika itu di Utusan sehinggalah Allah melakukan sesuatu untuk menyedarkannya. Zam tersilap langkah dan menulis satu artikel di mana dia menuduh Mahathir angkuh ketika berada Di Jakarta. Katanya, Mahathir sengaja tidak mahu bercakap dalam bahasa Melayu ketika ditemu bual oleh wartawan di Jakarta. Zam disingkir daripada jawatannya dan akhirnya terpaksa menangis dan menyembah di hadapan Mahathir seolah-olah itulah Dewa Sakti yang menentukan nasib periuk nasinya. Kini, Zam menjadi Senator bergelar Dato kerana dia dipungut oleh seorang diktator tua yang memang ahli kelab Mamak Tongkang (seumur hidup)  Malaysia.

Zainuddin Maidin terpaksa terus menjilat dewanya. Apabila kes JAIS dan restoran 'The Ship' muncul, Zam sanggup menulis di akhbar lamanya dengan memperlekehkan pegawai JAIS yang melakukan tugas mereka. Sebenarnya, kisah di The Ship adalah satu kisah yang diputarbelitkan oleh akhbar perdana.  Bacalah tulisan Zam dalam Utusan Malaysia  hari  ini. Ternyata Zam sudah jauh menyimpang dalam etika kewartawanannya. Dia sudah lupa daratan kerana dia fikir kalau dia mati esok ataupun lusa tuan punya restoran The Ship yang akan menguruskan mayatnya.

Alahai Zam......dengan rakyat Malaysia kau boleh buka temberang., Tetapi kepada rakan wartawan yang seangkatan dulu....kami masih memerhatikan gelagatmu. Bertaubatlah jangan sampai terlupa asal usulmu. Mahathir tidak akan terus berkuasa. Masanya tidak pun lama lagi, tetapi Zainuddin a/l Maidin akan mampu terus bernyawa untuk melihat sejarah berubah ketika otaknya masih mampu berfikir lagi. Ketika itu mungkin Zam akan teringat semula kisah dia memperlekehkan seorang tua yang berkain putih yang hujung kainnya terselit di pinggang.

Kerana itulah insan yang bernama 'Mamak  Maidin', dan merupakan bapa kepada Senator Dato Zainuddin bin Maidin, jua.  Kalau dengan bapa sendiri anda boleh menipu dan merasa malu, apakah lagi yang tidak tergamak anda lakukan kepada Bangsa Melayu????

Kemang Suasa

Sampaikan pandangan serta informasi kepada mindarakyat@hotmail.com 

 counter.bloke.com