MENJANA KEMENANGAN BA DALAM TAHUN 2004

REAKSI PENTERJEMAHAN SIRI PENGAWALAN MINDA

From: "Love Me"
To: marhaintua@hotmail.com
Subject: Cameroon dan Anwar Saga
Date: Thu, 29 Jun 2000 03:26:43 MYT

Dear MT.
Assalamualaikum Wbt.
Artikel 'cameroon' itu memang menarik untuk difikirkan. Saya juga pada suatu masa dahulu begitu taksuk membaca dan menonton kisah 'UFO'... begitu juga filem2 yang bercorak futuristic... seperti star wars and so on. Memang, saya juga pernah membaca ucapan George Bush mengenai 'New World Order' seperti yang hendak diwujudkannya itu. Kalau tidak silap saya, ucapan itu dibuat ketika tamatnya perang dingin di antara Amerika dan USSR, yang mengalami kemorosotan ekonomi, akibat peperangan selama 14 tahun dengan Mujahiddin Afghanistan sekaligus  membawa perpecahan persekutuan negara itu sendiri.

Sebenarnya pada ketika itu, dunia rata2 menganggap ucapan Bush itu sebagai mau mengingatkan bahawa Amerikalah kini ' sole superpower' dan meletakkan semua negara2 dibawah kekuasaannya, secara tidak langsung.

Setelah tamatnya perang dingin antara US dan USSR itu, kini mereka memfokuskan peperangan itu terhadap Islam secara Global.

Saya bukanlah seorang ahli fikir dan membuat kajian yang serius tentang itu tetapi hanyalah melalui bacaan sepintas lalu saja.

Namun begitu, saya berpendapat, apa yang terjadi di negara kita ini juga di Indonesia, suatu 'grand design' yang sedang dijalankan untuk menghancurkan umat Islam, kerana mereka mengetahui bahawa kebangkitan Islam akan bermula di sebelah Timur. Mereka tidak takut kepada Muslim negro, arab dll, tetapi mereka takut kepada kebangkitan Brown Muslim.

Begitu juga saya melihat, kejadian yang berlaku kepada Anwar Ibrahim bukan setakat mengekalkan kekuasaan Mahathir, tetapi jauh dari itu.

Ada agenda besar yang tersembunyi di sebaliknya. Dan kekuasaan Mahathir ini adalah sebagai pemangkin untuk menangani bagi menentukan terlaksananya 'grand-design'itu.

Anwar dilihat sebagai seorang yang boleh mengancam perjalanan 'grand-design itu. Sikap Anwar yang Islamic dan dengan tindak-tanduknya yang cuba menerapkan nilai2 Islam secara menyeluruh serta mengwujudkan masyarakat 'madani' kelihatan berjaya:

  1. Melalui dasar pendidikan negaranya..iaitu mengwujudkan insan yang seimbang yakni seimbang dunia dan akhirat.
  2. Dakwah melalui Pertubuhan2 ABIM dan JIM. Buktinya ramai belia2 yang kembali menghayati Islam secara serius, walau pun sebahagiannya ada yang sudah terpesong.
  3. Pertubuhan "SALAM" yang bercorak global..seperti 'American peace-co'.
  4. Berjaya merapatkan berbezaan di antara negara2 Islam..kalau tidak silap saya, Iran dengan Negara2 Arab yang lain.
  5. Berjaya merapatkan perbezaan dan mengwujud kesefahaman antara agama, kaum dan negara2 Asian yang lain melalui pendekatan 'Tamaddun/Ajaran2' mereka dengan Islam. Contohnya...mencari titik persamaan ajaran Confucious dengan falsafah Islam. Begitu juga Jose Rizal,pejuang Filipina itu,diiktiraf sebagai seorang pejuang bangsa Melayu.
  6. Musuh2 Islam dan Bangsa Melayu, melihat Anwar sebagai seorang yang merbahaya dan penghalang kepada hasrat dan cita2 mereka. Gaya dan arah tuju Anwar yang lebih berat kepada Islam dan berkemungkinan, apabila menjadi PM kelak, akan bekerjasama dgn PAS untuk menegakkan negara Islam ,sangat menggerunkan mereka.

Semua itu, tidak disenangi oleh musuh2 Islam yang kini berada di sekeliling Mahathir. Sifat Anwar yang wara' mungkin susah untuk mereka mempergunakannya. Jadi sebelum terlambat, Anwar harus di sekat dari menjejaki kerusi PM. Mereka tau, masa Mahathir hampir tamat. Kini  mereka sedang mencari penggantinya.

So kesimpulannya Anwar saga ini, pada amatan saya, bukan hanya konsirasi Mahathir and Co, malah, adalah juga suatu konspirasi musuh2 Islam dan bangsa Melayu di dalam negara dan antarabangsa yang melibatkan.....You know who.
The fifth element yang MT maksudkan dulu.. adakah dari golongan Freemason, Yahudi?

Salam hormat dari
TT

Sampaikan pandangan serta informasi kepada mindarakyat@hotmail.com 

 counter.bloke.com