PENGAWALAN MINDA V
Pada tahun 1992, setelah menonton filem
"A Night To Remember", Cameron memulakan penyelidikan bagi pembikinan projek
terbaru yang dinamakannya "TITANIC". Dia mahu projek itu berupaya dianyam dengan
corak pengawalan minda dan juga keunggulan Freemasonri. Filem "True Lies"
yang diedarkan pada tahun 1994 merupakan satu filem besar kepada Cameron. Jodol filem itu
(True Lies) merupakan simbol penggunaan perkataan dan maknanya secara tunggang-balik yang
memang lumrah didapati dalam ajaran Freemasonri untuk mengelirukan orang luar. Cara yang
terbaik untuk memahami jodol itu ialah dengan mengingati satu frasa yang dicipta oleh
seorang pengamal ilmu kebatinan dan ahli Freemason bernama Aleister Crowley. Dia
pernah berkata: "Kalau anda mahu memahami sesuatu, belajarlah berfikir secara
menyorot daripada belakang."
Simbol yang muncul dalam filem itu memang
berbagai-bagai. Ada yang menunjukkan beberapa helikopter yang dipaparkan
berlatar-belakangkan pancaran suria pagi sehinggakan paparan helikopter itu nampak gelap
sebagai simbol nama-nama perwatakan. Secara kebetulan pula pada tahun 90-an memang
terdapat banyak laporan mengenai kemunculan "helikopter berwarna hitam" di
seluruh Amerika.
Dalam pembikinan "True Lies" Cameron telah menonjolkan
nama "Trilby" bagi watak seorang pemimpin Kumpulan Omega yang merupakan
satu organisasi risikan dalam filem itu. "Trilby" sebenarnya merupakan simbol
jenis kopiah yang digunakan oleh ahli Freemasons ketika mereka berkumpul. Memang
terdapat satu drama yang berasaskan satu novel yang ditulis pada 1848 oleh seorang Freemason. Itulah tahunnya di mana kumpulan Freemasons hampir dihalau keluar daripada
Amerika Syarikat setelah berlakunya pembunuhan ke atas Captain William Morgan yang telah
mendedahkan banyak rahsia kumpulan Masonic.
Nama organisasi Omega adalah satu
simbol kepada masa yang akan datang seperti mana yang tersebut dalam "Alpha dan
Omega" dalam kitab orang masons yang dikenal dengan nama "Book of
Revelations". "Alpha" bererti masa silam sedangkan "Omega" adalah
simbol masa hadapan. Inilah penunjuk betapa ada sesuatu yang akan muncul yang akan
memperkuatkan "The True Lie" (Pembohongan Yang Berasas)..
Dengan kejayaan
yang dicapainya itu, Cameron sudah bersedia untuk dinaikkan martabatnya mengikut
perundangan "Scottish Rite degrees of Freemasonri" untuk membolehkannya menerima
petunjuk dan hala tuju daripada satu kumpulan 'consortium' yang memang lama bertapak di
Hollywood. 'Consortium' ini dikenali juga dengan nama Hollywood Twelve. Sebenarnya
"Hollywood-12" adalah satu kumpulan yang mencerminkan kumpulan tajaan kerajaan
Amerika yang diberi nama Majestic-12.
Majestic-12 ataupun MJ-12 telah
diwujudkan pada tahun 1947 selepas peristiwa pendaratan yang memusnahkan kapal angkasa
makhluk dunia luar di Roswell, New Mexico. Penubuhan MJ-12 itu adalah bertujuan untuk
memanipulasi perjalanan sejarah dengan cara mengawal maklumat mengenai makhluk asing.
HW-12
pula ditubuhkan pada tahun 50-an ketika satu usaha yang dinamakan 'Red-scare' telah
dicetuskan oleh McCarthy. Beliau melancarkan gelombang kebimbangan itu untuk melanda
Amerika agar rakyatnya takut akan pengaruh ideologi komunisme.
Apabila ahli
Freemasons dan konsortium pakar jiwa mereka mula-mula memperkenalkan teknologi MK-ULTRA
kepada Hollywood, tujuan mereka adalah untuk memutar fikiran manusia
akan kewujudan makhluk asing dan juga konsep Order Baru Dunia. Satu ketetapan telah dibuat
betapa satu konsortium perlu ditubuhkan di kalangan mereka yang berpengalaman dalam bidang
perfileman untuk melaksanakan teknologi itu dan menentukan keselamatan rahsianya.
Inilah yang memungkinkan kewujudan Hollywood-12 yang merangkumi beberapa studio filem dan
rangkaian television. Di antara ahli HW-12 itu hingga ke hari ini adalah: 20th Century
Fox, Universal, paramount, Warner Brothers, Sony/Columbia Pictures, Amblin Entertainment,
Disney, Orion, CBS, NBC, ABC.
Misi utama HW-12 ialah menggunakan teknologi
MK-ULTRA ke tahap yang paling maksimum dalam semua bentuk pembikinan bahan hiburan
termasuk filem, television, majalah, komputer dan internet.
Pada tahun 1995, filem
"Strange Days" telah mengadakan tayangan perdananya. Filem ini telah ditulis dan
dikeluarkan oleh Cameron. Pengarahannya telah dilakukan oleh isterinya yang ketiga (sudah
pun diceraikannya) bernama Kathryn Bigelow. Tajuk filem itu adalah merupakan ciplakan nama
satu lagu yang menggambarkan beberapa perkara yang pelik-pelik yang berlaku pada tahun
1995 dan seterusnya yang akan membentuk jenis pemerintahan dunia ini yang menjurus ke alaf
baru.
Pembikinan filem itu berdasarkan satu jenis teknologi yang diberi-nama
"SQUID"; singkatan daripada "Super conducting Quantum Interference
Device". Teknologi ini memperkenalkan satu alat yang merakamkan pengalaman manusia
pada satu CD Rom yang boleh dimainkan semula untuk kegunaan masa lain. SQUID merupakan
satu alat yang dihasilkan oleh teknologi MK-ULTRA untuk merakam dan memainkan balik
rakaman itu. Ia mampu melakukan penjelajahan jiwa dan sebagai alat itu ia mampu merobah
polar kesedaran manusia menjadi insan yang berbagai-bagai perwatakan. Inilah teknologi
yang diasaskan oleh Dr. Donald Ewen Cameron dalam tahun 1959-an dulu yang berjaya
dimainkan rakaman suaranya untuk didengar oleh para pesakit yang menghidap tekanan
jiwa.
Banyak teknik gambaran SQUID dalam filem "Strange Days" itu
yang menggunakan mesej terpendam yang direka oleh ahli 'consortium' yang berjaya
menyelinap ke dalam "Digital Domain", sebuah syarikat yang memberi khidmat
kesan khas dalam perfileman. Syarikat ini telah ditubuhkan oleh Cameron dalam tahun 1993.
Filem 'Strange Days' tidak dapat banyak pungutan daripada penjualan tiket kerana ia memang
direncana sedemikian. Rencana sebenarnya ialah untuk mengecam apa jenis gambaran
subliminal yang akan menarik minat penonton menyaksikan filem Cameron.
Cameron
telah berjaya mempengaruhi penggunaan teknologi SQUID yang berbentuk negatif
sehinggakan tindakannya itu mengejutkan ahli 'consortium' yang mula sangsi akan
kewibawaannya. Rupanya ketika menyediakan skrip filem itu, Cameron telah terbaca maklumat
mengenai MK-ULTRA dan hubung kaitnya dengan kisah penyelidikan yang mengorbankan banyak
nyawa di Montreal pada tahun 50-an dulu. Ketika itulah Dr. Donald Eewen Cameron melakukan
penyelidikannya.
Cameron telah terkejut betapa bakat artistiknya telah dipergunakan
dengan cara yang menakutkannya. Cameron cuba melepaskan dirinya daripada fenomena yang
menggilakan itu.
Diterjemahkan oleh -MT-
Catatan Penterjemah:
Kerja
penterjemahan seterusnya tidak akan dilakukan kerana artikel yang dikirim ternyata
bertujuan untuk menyibarkan satu ajaran agama yang bertentangan dengan ajaran agama Islam.
Namun usaha yang dilakukan setakat ini adalah bertujuan untuk menjana keilmuan juga dan
memahami agenda pihak yang tertentu mahukan Islam diperlekehkan di negara ini. Seperti
yang tersebar luas, sememangnya ada agenda untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang
bukan lagi kuat dengan anutan keIslamannya menjelang 2006 nanti.
Kalau rakyat
marhaen sudah sedar akan kebangkitan untuk memesongkan akidah penganut agama Islam, apakah
fenomena ini tidak dapat dikesan dan disedari oleh para ningrat yang terlalu angkuh dengan
peranan menyibarkan syiar Islam di negara ini. Adakah secara kebetulan betapa ruang
masa ajaran Islam dikurangkan di banyak IPTA di seluruh negara? Apakah proses memendekkan
kelas ajaran Islam di IPTA itu bertujuan untuk menentukan agar para pelajar pengajian
tinggi tidak dipaliti budaya bajingan di kalangan pelajar menara gading seperti yang baru
diwar-warkan oleh Timbalan Menteri Pendidikan Negara dan diulang-tayang oleh seorang
Perdana Menteri Tua?
Sama-samalah direnungkan dilema ini.
-MT-
|