MENJANA KEMENANGAN BA DALAM TAHUN 2004

PENGAWALAN MINDA  IV

Kemunculan Order Baru Dunia

Pada tahun 1991 Peperangan Teluk Parsi telah menonjolkan nama Presiden George Bush. Beliaulah orangnya yang mengisytiharkan perkataan Order Baru Dunia setelah Iraq ditumpaskan dan Kuwait dibebaskannya. Beberapa bulan kemudiannya, filem Terminator 2 telah edarkan. Tayangan perdana dilangsungkan pada penghujung minggu July 4 (Hari Kemerdekaan Amerika). Keseluruhan kutipan daripada penayangan filem ini termasuk video, TV dan barangan yang menggunakan jenamanya telah mencapai hampir satu bilion Dollar Amerika. Ketika tahun itu menghampiri penghujungnya proses merapatkan dunia semakin ketara apabila persekutuan  Soviet Union bercerai-berai.

Sejak itu orang ramai mula sedar akan penonjolan kelengkapan ketenteraan yang menggunakan logo Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB). Peralatan perang ini  yang termasuk kereta kebal, kenderaan pengangkutan tentera, trak dan jip  telah diangkut  dengan gerabak keretapi untuk dihantar ke beberapa pusat ketenteraan di merata Amerika Syarikat. Ternyata ada sesuatu yang sedang dirancang dan rakyat Amerika sengaja tidak diberitahu akan rencana itu. Aktiviti MK-SEARCH (MK-ULTRA) masih diteruskan pada tahun 1992 walaupun James Cameron sedang bercuti selepas pembikinan filemnya.

Aktiviti MK-ULTRA yang ditamatkan pada 1984 telah membolehkan teknologi yang diselidikinya itu diambil-alih oleh Jabatan Penyelidikan Tentera Laut Amerika yang terkenal dengan nama U.S Navy's Research and Development. Penyelidikan yang berterusan telah membolehkan pihak Tentera Laut Amerika mereka-cipta satu cara baru mengawal minda dengan penggunaan isyarat microwave yang diatur melalui 300-3000 MHz(Megahertz). Penggunaan teknologi ini secara meluas memerlukan satu antenna gergasi yang mampu memantulkan isyarat itu ke bahagian atas atmosphere dan dari sana isyarat itu dilantunkan balik ke satu lokasi yang tepat di muka  bumi.  Dengan kerjasama Tentera Laut Amerika, MK-SEARCH telah berjaya melancarkan program baru ini yang  dikenali sebagai 'High Altitude Auroral Research Project' atau dikenali dengan singkatan HAARP.

Pada mulanya HAARP telah digunakan untuk mengawal minda sekumpulan manusia di Los Angeles pada empat bulan pertama  tahun 1992. Tujuannya ialah untuk menyebabkan tekanan 'stress' ke atas penduduk di situ dan mencetuskan keadaan fikiran yang kacau-bilau.  Ketegangan ini memerlukan sebilah mancis untuk digesekkan bagi tujuan memetikkan api. 'Mancis' yang dimaksudkan itu telah menjelma dalam bentuk  Kes Penderaan Rodney King (Beliau telah dipukul bertubi-tubi oleh pihak polis: catatan penterjemah). Pada 29 April 1992, empat orang pegawai polis yang  telah dirakam melalui video sedang  memukul Rodney King  setahun sebelum itu telah dibebaskan tanpa didapati bersalah. Teknik HAARP telah digunakan dengan mengulang-tayang rakaman penderaan Rodney King itu di television selama satu tahun sehinggakan keadaan tegang itu memuncak ke tahap pergeseran perkauman. Pergeseran ini merupakan api yang digores oleh mancis itu dan keupayaan HAARP mengawal minda penduduk  Selatan Los Angeles adalah minyak pembakarnya. Akhirnya berlakulah pergaduhan ras yang mengakibatkan hilangnya 60 nyawa. Keadaan ini semakin tegang hingga mendesak Presiden George Bush  menghantar pasukan tentera  dan mengisytiharkan undang-undang tentera di situ. Kalaulah keadaan semakin meruncing, Presiden Bush terpaksa menggunakan kuasa eksekutif 11490 (Executive Order) pula.

E.O. 11490 telah dirangka oleh Presiden Richard Nixon (33rd Degre mason) untuk tujuan memberikan kuasa kepadanya membubarkan Kongres, menggantung perlembagaan negara, mengisytiharkan undang-undang tentera dan meletakkan tugas pemerintah kerajaan Amerika tertakluk kepada  'Federal Emergency Management Agency' ( Majlis Pengurusan Tergempar Persekutuan). Nixon pernah bercadang menggunakan kuasa EO 11490 ketika perang Vietnam  untuk mengawal penunjuk perasaan anti-perang di Amerika, dulu. Mujurlah kepada rakyat Amerika, rusuhan pada akhir 60-an dan juga rusuhan di Los Angeles pada tahun 1992  itu telah berjaya dileraikan. Namun, kuasa yang ada pada EO 11490 merupakan satu opsyen kepada setiap presiden yang berkuasa selepas Nixon.  HAARP telah membuktikan kejituannya sebagai satu alat untuk mengawal minda.

Teknologi HAARP itu telah dibikin untuk masa hadapan. Ronald Regan pernah mengeluarkan kata-kata kiasan dengan ucapannya yang mengatakan: "ancaman daripada luar". Semakin ramai pula rakyat yang perihatin yang sedar akan rencana kerajaan itu dengan terjumpanya 'Kem Tahanan' yang dibina di merata Amerika Syarikat. Tujuan pembinaan kem tahanan itu adalah untuk mengurung sesiapa sahaja yang mahu menentang  usaha pengawalan minda itu.

Penggunaan teknologi HAARP dalam pengawalan minda akan dilaksanakan seiring dengan satu 'peristiwa' untuk menentukan penduduk di bumi ini memperakuinya. Sesiapa yang sanggup menentang rencana ini akan diangkut dalam trak pengangkut lembu dan dikurung di kem tahanan yang disediakan untuk mereka. Sekaligus mereka menerima ucapan 'Selamat Datang' kepada Order Baru Dunia.

Diterjemahkan oleh -MT-

........Bersambung

Sampaikan pandangan serta informasi kepada mindarakyat@hotmail.com 

 counter.bloke.com