PENGAWALAN MINDA III
Peristiwa 7hb Disember
Pada 6 Disember,
satu ribut salji telah muncul di bahagian selatan California dan bergerak melanda
Nevada dan Arizona. Ribut salji ini telah membawa himpunan salji yang tebal ke atas San
Diego, Las Vegas dan Phoenix sehingga mencetuskan suasana kelam kabut yang tidak
pernah dialami pada waktu semacam itu. Memang mengerikan walaupun dibandingkan
dengan fenomena 'La Nina".
Pada 7 Disember, Richard Hoagland daripada
Enterprise Mission dan Michael Bara telah dapat mengesan sedikit maklumat mengenai
pendaratan kapal angkasa dunia luar di Gunung Turret (Turret Mountain). Gambaran radar
yang diterima menunjukkan ribut salji yang berbentuk bulat yang telah menyelubungi
keseluruhan gunung itu pada 6 dan 7 Disember. Terdapat pula bacaan degupan ELF
(Extremely Low Frequency) pada jam 2:27 pagi waktu pergunungan Amerika
Mountain Time bersamaan 4:27 pagi Eastern Time yang muncul daripada persekitaran
pergunungan itu. Malahan, pada 6 Disember itu ribut salji sudah pun menyebabkan keadaan
sesak di lebuh raya sehingga terjadinya hambatan lalu lintas sepanjang empat batu di
'Interstate 17'.
Saya ( Daniel Peerez) telah terbaca maklumat yang tersiar di
Homepage Lunaranomalies.com yang ditulis oleh Hoagland dan Bara. Lantas saya mensyaki
bahawa kemunculan ribut salji itu adalah gara-gara buatan HAARP (High Altitude Auroral
Research Project). Mengikut satu tulisan Nic Begich dalam bukunya berjodol "Angels
Don't Play this HAARP", salah satu fungsi pancaran antenna yang tersusun di Alaska
adalah bertujuan untuk memutarkan keadaan cuaca. Mengikut maklumat rasmi yang
tertulis di website itu ada pengakuan betapa HAARP digunakan untuk mengkaji
lapisan ionosphere. Secara tabienya adalah tidak mungkin ribut salji boleh berada pada
satu tahap yang statik menyelubungi sebuah gunung untuk beberapa lama. Tetapi,
perkara ini boleh dicetuskan dengan penggunaan satu teknologi yang diberi nama
Teknologi Tesla.
Di antara akhir abad ke-19 dan di awal abad ke-20
seorang genius (bijaksana) bernama Nikola Tesla telah mereka-cipta beberapa peralatan
yang menjadi pemangkin kepada penciptaan peralatan lain dalam teknologi pengedaran
aliran letrik. Ini termasuklah konsep arus pengaliran letrik yang berselang-seli
(alternating current). Arus karan berselang-seli merupakan bahan mudah yang
kini digunakan dalam menjana television dan 'microwave' anda. Tesla juga telah melakukan
beberapa eksperimen yang berkaitan dengan gelombang 'low frequency longitudal' untuk
memanipulasi polar cuaca dalam hasratnya untuk menguasai keadaan sesuatu cuaca itu.
Tesla
memang membuat kajian ini untuk kebaikan kemanusiaan tetapi usahanya itu telah disauk oleh
seorang jutawan yang juga ahli SOB yang bernama J.P. Morgan. Inilah orangnya yang
menyebabkan tenggelamnya kapal Titanic. Beliau jugalah orang yang menolak tawaran untuk
membiayai kajian Tesla dalam gerak geri gelombang itu. Namun, Kajian Tesla dalam bidang
memanipulasi cuaca itu telah menarik minat kerajaan Amerika Syarikat. Apabila Tesla
mati pada 1942, kajiannya telah dirampas oleh kerajaan dan diberikan status "Rahsia
besar". Segelintir kajian itu telah digunakan dalam "Philadelphia
Experiment" pada tahun 1943. Kajian ini ada sangkutannya dengan usaha membuatkan
radar kapal menjadi samar dan merupakan satu usaha pertama ke arah pencapaian teknologi
pembikinan 'stealth'. Akhirnya program Ketenteraan pun telah mengambil iktibar daripada
kajian Telsa ini. Salah satu projek Kajian dan Pembangunan
Ketenteraan Amerika itu ialah Projek HAARP.
Ketika memantau laman-web HAARP,
Daniel Peerez telah terserempak dengan beberapa Ionographs yang menunjukkan beberapa
bacaan degupan besar yang dicetuskan oleh HAARP ketika ribut salji sedang
melanda. Degupan itu semakin menggunung rentaknya ketika berlakunya pendaratan kapal angkasa
makhluk asing itu. Ketika itu berlaku beberapa putar balik bacaan degupan itu seolah-olah ada usaha untuk melindungi bacaan yang sebenar sedangkan projek itu adalah
dibiayai oleh cukai pendapatan rakyat jelata.
Episod yang berlaku ke atas EQ Pagasi
telah mencetuskan perbalahan di antara NASA dan Richard Hoagland yang dituduh memalsukan
data Ionographs walaupun bacaan itu muncul di laman web HAARP. Di sinilah timbulnya
beberapa teka-teki. Kalau HAARP dikelolakan oleh pasukan Tentera Laut Amerika, kenapakah
NASA menjerit terhadap maklumat songsang itu sedangkan mereka tidak punyai kaitan dalam
projek tersebut? Reaksi mereka itu mencetuskan syak betapa mereka juga terbabit di sebalik
tabir dalam projek itu. Malahan kalau anda melawat laman web HAARP, semua bacaan degupan
Ionographs di antara 17:15 Universal Time pada 4hb Disember dan 11:29 Universal Time
pada 10 hb Disember telah pun dipadamkan. Apakah pemansuhan data itu dilaksanakan oleh
orang dalam?
Hoagland terus membuat siasatannya dan mendapati betapa 'Projek
Samson' adalah satu projek yang berusaha mewujudkan satu sistem tampanan agar beberapa
tapak militeri yang tertentu dapat menangkis serangan daripada angkasa lepas. Kajian yang
berterusan telah mendedahkan betapa corak gambaran radar yang didapati untuk beberapa hari
itu menunjukkan adanya sangkut-paut di antara corak itu dengan lokasi pengkalan tentera di
Amerika Syarikat.
Projek Samson mempunyai satu rakan-kongsi dalam kerja-kerja
pembalikan kata-kata mengikut teknik yang dipelopori oleh Freemasonri dalam hal yang ada
hubungkaitnya dengan perkataan dan angka. Secara anih pula muncul Projek Samson yang
dikembarkan dengan satu projek lain bernama Samson Project. Inilah projek yang mengkaji
sistem rangsangan roket berpandu yang diusahakan di Los Alamos Nuclear Laboratories di New
Mexico. Samson Project ini bermatlamat untuk mengganyang Iraq. Tajuk yang digunakan di
jendela program itu ialah "God's Eye View" (Pengamatan Tuhan). Sekaligus
ia dikaitkan kepada Arkitek Terunggul Dunia ini mengikut fahaman Freemasonri.
Pada
16 Disember 1998, Presiden Clinton telah mengarahkan penggunaan roket berpandu dan pesawat
pengebom untuk mengganyang Iraq dalam satu peperangan Teluk terbaru untuk menumpaskan
Saddam Hussein. Ada yang menuduh Clinton sengaja mencetuskan senario "Wag The
Dog" untuk mengelakkan undi tidak percaya ke atasnya di Congress. Tetapi, apa
yang dikesan oleh Hoagland yang ada kaitan dengan Menteri Pertahanan, William Cohen telah
memberikan jawapannya.
Pembalikan ucapan Cohen sejak April yang menyebut 'Disember
7', dan "Project Samson" telah dilakukan secara bersistem mengikut
carta kemunculan makhluk asing dari dunia luar. Dengan lain perkataan, krisis Iraq
telah digunakan oleh Kumpulan SOB untuk melindungi ketibaan makhluk asing yang bersekutu
dengan mereka daripada bintang Sirius bagi tujuan pengistiharan "Hari
kemerdekaan" ataupun suasana "Armageddon" untuk membawa masuk fahaman
Order Baru Dunia.
Semua perkembangan ini memuncak apabila peristiwa pendaratan EQ
Pegasi di puncak gunung Turrt Peak berlaku pada 7 Disember dan tersiarnya dokumen
baru mengenai Majestic-12 yang membabitkan pihak kerajaan yang memang mengetahui akan
fenomena itu. Perkara ini disiarkan dalam satu tayangan TV di Art Bell Show. Apabila
diketahui bahawa asal usul SOB datangnya daripada Sirius yang disamakan dengan 'The Dog
Star' ; filem 'Wag The Dog' sepatutnya dikaitkan pula dengan tajuk 'Wag The Serius' dan
akhirnya menjadi 'Wag The Isis'. Adalah amat ketara sekali kumpulan SOB cuma membohongi
semua orang termasuk kaum ibu mereka. Perkataan 'ISIS' adalah simbolik 'ibu'
dalam metos Mesir kuno. Rencana mereka ini pasti akan gagal juga bertepatan dengan
peribahasa yang berbunyi: "Anda boleh membohongi semua orang melainkan ibu
sendiri."
Apabila kita mengimbau kembali Teori Konspirasi James Cameron
(TKJC), kita dapati filem "Terminator 2:Judgement Day" telah dilaksanakan ketika
berlakunya peperangan pertama di Iraq pada tahun 1991. Tajuk filem itu melambangkan
kematian dan kehancuran. Pengedarnya Tri-Star, menggunakan lambang seekor kuda putih
sebagai logo. Inilah lambang Pegasus ataupun kematian. Sebaik sahaja Presiden Clinton
mengarahkan dilancarkan satu serangan terbaru ke atas Iraq, James Cameron membuat
keputusan untuk membikin filem Terminator 3 pada 15 Disember, 1998.
Peristiwa ini
berlaku hanya sembilan hari selepas ribut salji direka-cipta melalui program HAARP di
Phoenix, Arizona pada 6hb Disember. Pengeboman ke atas Iraq berlaku sembilan hari selepas
tibanya sesuatu daripada EQ Pegasi yang terletak di gugusan Pegasus pada 7hb Disember.
Sekali lagi berlakunya satu perlambangan Pegaus/kematian dan angka sembilan dalam
'sembilan hari' yang terjadi itu adalah satu simbol 'selesai' dalam ilmu numerologi.
Hubung kait
yang simbolik ini telah dikesan di antara keputusan Cameron memulakan penggambaran Terminator
3 dengan keputusan Clinton untuk menyerang Iraq. Pengeboman di Iraq itu
diberi nama 'Operasi Desert Fox'. Ada pihak yang mengaitkan 'Desert Fox' kepada seorang Jeneral Nazi yang bernama Erwin Rommel yang mempunyai nama timangan "Desert
Fox". Dalam TKJC, ada kenyataan yang mengaitkan pembabitan SOB dalam menaikkan
nama Adolf Hitler dan pembentukan Nazi Germany. Jadi, 'Desert Fox' dikaitkan
kepada kumpulan yang bertanggung-jawab merancang serangan ke atas Iraq. Mereka adalah
kumpulan SOB. Laporan akhbar menyatakan, Terminator 3 akan dibiayai oleh Twentieth Century
Fox di mana perkataan "Fox" itu memang mudah dirujukkan.
'Fox' ataupun
serigala adalah seekor haiwan yang sama spesisnya dengan anjing. Dalam penceritaan
kita di tahap awal dulu ada disebut "Bintang Anjing' di antara gugusan bintang di
gugusan Canis Major yang bersamaan dengan nama Sirius. Ini juga mempunyai hubung
kait dengan kumpulan SOB. Kalaulah Operasi Perang "Desert Fox" melibatkan
Ketenteraan dan Industri Amerika, kalaulah Twentieth Century Fox melibatkan Hollywood, ia
menunjukkan betapa pintarnya manipulasi Kumpulan SOB dalam pergerakan Freemasonri. Mereka
berada di tahap teratas dalam struktur tetrahedral yang melibatkan Kompleks
"Military/Industrial/Hollywood" itu.
Tetapi, apakah Cameron membuat
keputusan membikin Terminator 3 itu secara persendirian? Ataupun apakah ada pengaruh
SOB yang mahukan Cameron meninggalkan kumpulan "Law of One" (Hukum Yang Satu)
dan cuba agar beliau memihak kepada mereka ?
Diterjemah oleh -MT-
Nota Webmaster: Siri ini akan ditamatkan setakat maklumat yang
ada. Terima kasih kepada yang menghantar bahan dan jazakumullah kepada MT kerana sudi
menterjemahkannya.
|