PENGAWALAN MINDA -(BAHAGIAN II)
JAMES CAMERON- 33rd DEGREE
FREEMASON
Teori konspirasi James Cameron telah membuktikan betapa James
Cameron, yang mengarahkan filem siri Terminator, Aliens, the Abyss, True Lies dan Titanic
adalah seorang yang berpangkat 33rd Degree Freemason. Sueah menjadi amalan tradisi Freemasonri
seseorang yang berpangkat 33rd Degree Masons diberikan keistimewaan kepada
maklumat mengenai peristiwa dunia dan segala pengetahuan yang ada tetapi terlindung
daripada pengetahuan umum.
Penganugerahan pangkat 33rd Degree Masons itu telah
berlangsung dalam satu upacara ringkas sebelum berlangsungnya Upacara Penganugerahan
Academy pada March 23, 1998 di Shrine Auditorium, Los Angeles. Cameron telah menghabiskan masanya dengan persediaan upacara penganugerahan itu dan sekaligus
mengetahui beberapa rahsia fraterniti tersebut setelah diberi bantuan oleh para pemegang 33rd
Degree yang lain. Beberapa peristiwa yang baru berlaku telah membuktikan perkara ini.
Pada
Khamis 5hb November, di Houston, Texas telah dilangsungkan satu majlis memperkenalkan
teknologi 'TheatreVision' di Pawagam Loews Cineplex Spectrum. Teknologi
TheatreVision membolehkan seorang yang buta mendengar penceritaan terhadap sesuatu
peristiwa yang berlaku di layar perak yang dibuat di antara pertuturan dialog dan ketika
kesinambungan aksi filem dilakukan. Majlis ini telah ditaja oleh RP International, sebuah
kumpulan kebajikan amal yang membantu golongan buta. Tiga di antara filem yang ditayangkan
adalah 'Titanic', 'Quest for Camelot' dan 'Mulan'. Titanic mula ditayangkan tepat jam 3:33
petang.
Di antara mereka yang menghadiri majlis ini termasuklah pengasas RP
International, Helen Harris. Pertubuhannya menumpukan aktiviti terhadap
memerangi Retinitis Pigmentosa, satu penyakit mata. Bersamanya hadir juga James Cameron
(pengarah filem) dan Presiden George Bush. Majlis ini adalah sebahagian daripada
majlis "Theatre of Light' tajaan TheatreVision yang memperkenalkan teknologi
itu kepada semua pawagam di Amerika. Majlis amal itu disusuli dengan satu jamuan
'banquet' di Houston Country Club untuk Cameron dan Bush.
Apakah pentingnya
kehadiran George Bush itu? Memang diketahui umum bahawa George Bush pernah menjadi
pengarah CIA pada tahun 70-an. Dia menjadi timbalan presiden kepada Ronald Regan
pada tahun 80-an dan memegang kerusi Presiden Amerika Syarikat daripada 1988 hingga
1992. George Bush adalah seorang yang bertaraf 33rd Degree Freemasons dan menjadi ahli
majlis Perhubungan Luar dan juga Jawatankuasa Trilateral, selain menjadi
seorang ahli Harvard Fraternities, yang lebih dikenali sebagai "Skull and
Bones" dan "Scroll and Key".
Dalam Teori Konspirasi James Cameron
itu ada satu bukti yang menyerlah di mana teknologi pengawalan minda yang dicipta
oleh MK-ULTRA dan dimajukan oleh CIA pada tahun 50-an telah diselitkan dalam semua filem
Cameron sejak dia mulakan kerjayanya sehinggalah masa kini.
MK-ULTRA telah
dipupuskan pada akhir 1973 atas arahan pengarah CIA yang bernama Richard helms. Apabila
Helms berhenti di CIA, George Bush telah dilantik menjadi pengarah pertubuhan itu ketika
Gerald Ford menjadi presiden Amerika pada tahun 1974. Mengikut sumber Freedom of
Information Act, George Bush telah bertindak mengumpulkan fail bersangkutan dengan
MK-ULTRA, di mana catatan mengenai teknologi pengawalan minda dimusnahkan ataupun
disorok dalam satu projek baru yang diberi nama MK-SEARCH.
Apabila Cameron
memulakan kerjayanya dalam dunia perfileman beliau berusia 30 tahun di akhir 70-an. Dia
sudah pun menjadi ahli Freemason sejak berumur 21 tahun, mungkin disebabkan desakan
bapanya Phillip Cameron. Oleh kerana pembiayaan filem Cameron itu dilakukan
oleh satu kumpulan Freemasons, adalah logik untuk memasukkan maklumat mengenai teknologi
MK-ULTRA itu. Apatah lagi pada ketika itu Pengarah CIA yang bertaraf 33rd Degree
Masons adalah seorang insan yang bernama George Bush.
Perkara ini membawa imbauan
fikiran kita kembali ke Houston Texas pada 5 November 5, 1998 di mana filem 'Titanic'
ditayangkan bertepatan 3:33 petang. Waktu tayangan itu menyerlahkan simbol
33red Degree masons. Mengikut Helen harris, 'Titanic' merupakan filem pertama yang
ditayangkan di Theatre Vision di mana pengarah filem membuat ulasan akan usahanya itu.
Di dalam Teori Konspirasi Cameron dulu ada tercatat maklumat bagaimana Dr.
Donald Ewen Cameron, pengasas MK-ULTRA telah merekodkan suaranya dan mainkan rakaman
suara itu sebagai satu cara mengawal minda. Apakah disebabkan itu makanya dalam filem
'Titanic' suara latar telah digunakan untuk mengawal minda juga?
Pawagam
kepunyaan Theatre Vision telah menyediakan kemudahan penggunaan "headphones'
istimewa untuk penonton yang buta sebagai kemudahan untuk mereka mendengar suara latar
yang memberikan penceritaan ke atas filem itu. Harris telah mencatatkan bagaimana
orang yang tidak buta telah menggunakan alat pendengar yang khas itu tanpa mahu menanggalkannya. Mungkin, inilah satu klu betapa kuasa suara 'subliminal voice patterns'
telah diperkenalkan dalam teknologi ini. Apakah kerana ini makanya George Bush
menghadirkan dirinya dalam majlis itu? Apakah kerana beliau berminat menilai kesan
pengawalan minda siri baru ke atas orang awam yang tidak menyedarinya?
Seterusnya,
memang dalam perencanaan Theatre Vision untuk menggunakan teknik yang sama pada semua filem
di pawagam dan video. Harris telah menggambarkan betapa pengenalan teknologi ini sebagai
satu pengalaman yang menyeronokkan. Kerana itu Harris telah dinaikkan pangkat
menjadi ahli 'Order of the Eastern Star' yakni satu penghormatan dalam pertubuhan
wanita kumpulan itu. Adaptasi cara niaga perfileman yang memenuhi kehendak golongan
yang buta dalam menikmati keseronokannya adalah satu usaha yang baik. Tetapi cara
teknologi itu diputar belit oleh 33rd Degree Masons seperti George Bush sebagai satu cara
menyediakan fikiran dunia kepada kemunculan 'New World Order' adalah sesuatu yang tidak
mudah diterima.
Freemasonri adalah dianggotai oleh dua kumpulan besar. Satu dikenal
dengan nama 'The Law of One' (Hukum Yang Satu) dan yang satu lagi dikenal dengan nama 'The
Sons of Belial' (Anak-pinak Belial). Usaha menguasai masa hadapan dunia memang menjadi satu
pertarungan di antara dua kumpulan ini. James Cameron adalah ahli kumpulan Law of One
(LOU). Di dalam teori konspirasi itu terdapat bagaimana di tahap awal kerjaya
perfilemannya dia telah dipengaruhi oleh kumpulan Sons of Belial (SOB). Ketika dia
menyediakan skrip filem 'Strange Days', penyelidikan yang dilakukannya telah menyerlahkan
usaha manipulasi SOB sehingga membuatkan beliau berpatah balik untuk meyakini pergerakan
LOU.
Tindakan George Bush telah meyakinkan pihak mana yang perlu disokongnya. Beliau
telah membantu memusnahkan rekod dan mengubah suai fakta mengenai pengawalan minda
oleh MK-ULTRA di tahun 70-an ketiak beliau menjadi pengarah CIA. Bush memang pernah
dianggap telah melibatkan dirinya dalam penyeludupan dadah daripada Amerika Tengah ke
Amerika Syarikat. Usaha itu dilakukan ketika tercetusnya skandal Iran/Contra pada
80-an dulu. Beliau juga pernah melafazkan perkataan 'New World Order' di hadapan seantero
dunia. Memang sah beliau adalah ahli kumpulan SOB.
Salah satu maklumat penting alam
Teori Konspirasi Cameron itu ialah penggunaan teknologi MK-ULTRA dalam pembikinan filem
untuk mencerna minda manusia kepada kemunculan makhluk asing dari dunia luar. Ketika
itu ramai manusia yang terlalu taksub akan cerita piring terbang selepas berlakunya
peristiwa sebuah piring terbang daripada dunia luar yang terhempas di Roswell, New Mexico
pada tahun 1947. Secara kebetulan pula ketika itu, Joseph McCarthy telah taksub dengan
teori pengaruh ideologi komunis. Sedangkan di waktu yang sama MK-ULTRA sedang membuat
penyelidikan ke atas pengawalan minda ke atas manusia yang dijadikan bahan eksperimen di
makmal CIA di Canada. Mereka sedang mencerna satu teknik pengawalan minda untuk
mempersiapkan manusia kepada kedatangan makhluk asing yang kana menjajah dunia
dengan satu order baru seperti yang dikhayalkan oleh kumpulan SOB dalam pertubuhan Freemasonri
itu.
Pada March 1997, satu kapal angkasa daripada dunia luar
muncul di angkasa Phoenix Arizona. Fenomena ini lebih dikenal dengan nama "pheonix
Lights". James Cameron yang telah dianugerahkan taraf 32nd Degree Freemasons di
Freemasonic Lodge di Phoenix di waktu itu telah diberi pengajaran akan munculnya
peristiwa tersebut yang akan menggoncang Phoenix dan juga dunia. Cahaya lampu yang
muncul itu telah diperlekehkan oleh kumpulan SOB sebagai 'military flares' (unggun
api tentera). Memang menjadi satu taktik menyorokkan kedatangan makluk luar sebagai
eksperimen ketenteraan, seperti yang pernah dimulakan ketika terhempasnya kapal angkasa di
Roswell pada tahun 1947 dulu.
Peristiwa di Phoenix itu telah didedahkan kepada
pertubuhan Freemasons sebagai kedatangan makhluk asing yang akan kemusnahan bandar Phoenix
dan menyebabkan perubahan persekitaran ke seluruh dunia. Sebagai ahli yang bertaraf
32nd Degree, James Cameron memang tidak berhak mengetahui maklumat ini. Kerana itu beliau
telah dinaikkan pangkat kepada 33rd Degree dalam satu majlis yang tidak formal.
Penganugerahan pangkat itu dilakukan dalam satu bilik yang kecil sedangkan para selebriti
dan artis sedang memenuhi dewan besar untuk majlis pengumuman hadiah akademi.
Cameron dijangkakan menjadi ahli 333rd Degree secara formal di majlis The Supreme Council 33
di Temple, Washington DC pada hari jadinya. Cameron telah mengucapkan satu kiasan akan apa
yang baru diketahuinya ketika menerima Oscar kemenangan Filem Terbaik bagi filemnya
'Titanic'. Dalam ucapan penerimannya itu beliau telah menyebut betapa 'Masa depan yang
samar dan Tidak Keruan yang menyebabkan kehidupan menjadi lebih berharga.'
Kemunculan
kapal-angkasa dunia luar telah dikesan oleh SETI (Search for Extra Terrestrial
Intelligence) Institute yang dapat mengesan signal dari hala sebuah bintang yang diberi
nama EQ Pegasi. Pengesanan yang berlaku pada 1998 ini dilakukan terhadap bintang itu yang
berada dalam gugusan Pegasus.
Pada awalnya SETI Institute itu telah tidak
memperdulikan signal tersebut sehinggalah seorang astronomer radio yang amatur bernama Paul
Dore (di England) dapat mengesan signal yang sama. Beberapa peristiwa yang pelik-pelik
telah menyusul. Satu sidang akhbar yang telah diatur oleh SETI Institute telah dibatalkan secara
tidak semena-mena, satu kenyataan daripada SETI telah menafikan signal itu dan
diikuti pula dengan satu kenyataan menyokong teori akan wujudnya signal itu. Kemudian,
Mr.Dore telah diganggu oleh NSA dan satu maklumat songsang telah diedarkan kepada pihak
media telah dapat dipintas dengan menggunakan teknik Simbol Freemasonri oleh Richard C
Hoagland daripada Enterprise Mission. Episod ini dikenali dengan nama EQ Pegasus Saga.
Hoagland
telah membuat andaian betapa nama pegasus adalah bersamaan dengan simbol kematian dan
dilambangkan dengan lakaran 'seekor kuda berkepak'.Hoagland telah menerangkan betapa beberapa
lakaran simbol ini telah digunakan sebagai sebahagian kepada logo perniagaan
termasuklah yang digunakan oleh Mobil Oil.
Teori Konspirasi James Cameron (TKJC)
telah mencatatkan betapa jodol filem "Terminator 2: Judgement Day" adalah
satu simbol satu bencana yang akan muncul tanpa ada penghalangnya. Filem itu telah
diedarkan di Amerika Syarikat oleh Tri-Star Picures. Bayangkan apakah logo syarikat filem
itu? Seekor kuda putih yang berkepak. Secara simboliknya ia bererti "Pegasus"
ataupun kematian.
Hoagland telah meramalkan satu majlis di luar bandar Phoenix,
Arizona pada 7.12.1998. Lokasi yang tepat ialah di pertengahan Arizona tiga puluh batu
sebelah barat Peson di puncak gunung Turret yang terletak di sebelah timur lebuh raya
State Route 17. Mengikut kajian Hoagland, makhluk asing ini adalah
kumpulan yang sama yang membina Kompleks di Cydonia di mars dan juga apa yang dikenal
sebagai 'The Face of mars'. Mereka mendarat di bumi untuk melawat satu bandar kuno
Phoenix yang terletak di dasar bumi di bawah kota raya Phoenix yang sedia ada.
Seperti
yang tercatat di muka surat Ketiga TLJC itu, makhluk asing ini adalah kumpulan yang
terselamat ketika berlakunya letupan kepada sebuah planet yang terletak di antara Mars dan
Jupiter. Planet ini dikenal dengan nama 'FENEX" yang seakan nama asal
'Phoenix'. Makhluk inilah yang mengasaskan satu tamaddun kuno yang dikenal dengan panggilan
"MU" di bahagian barat-laut Amerika.
Usaha risikan Freemason di NASA
dan dalam pentadbiran kerajaan Amerika, membolehkan Hoagland memberikan gambaran
kedatangan makhluk asing ini sebagai kemunculan makhluk asing yang akan melancarkan hari
kemerdekaan Phoenix Arizona. Lantas, seluruh dunia akan terjaga kepada satu fenomena yang menonjolkan
kuasa SOB di kalangan pertubuhan Freemasonri yang memang berusaha untuk membawa
satu order baru dunia yang akur kepada penaklukan mereka.
Seluruh dunia telah
dipersiapkan untuk menerima fenomena ini sejak bertahun lamanya dengan cara
penyediaan satu Kompleks yang membabitkan penyertaan pihak
militari-perindustrian-hollywood (Military/Industrial/Hollywood Complex). Perkara ini
telah dibuktikan dengan adanya tiga simbol pergerakan Freemasonri itu. Contohnya adalah:
Terdapat
dua filem terbaru: "Apt Pupil" dan "Urban Legend' yang diterbitkan bersama
oleh dua syarikat film, Tri-Star (Pegasus) Pictures dan Pheonix Pictures. Kedua-dua
syarikat ini adalah kepunyaan Sony/Columbia Pictures. Pegasus dan Phoenix memang ada
kaitan seperti yang kita tulis terdahulu. Rangkaian pawagam besar menggunakan Sony
Dynamic Digital Sound (SDDS) System bagi menayangkan filem mereka. Simbol dalam logo SDDS
adalah 'tetrahedral pyramid'. Piramid tetrahedral ini adalah tempat yang biasa di antara
keruntuhan di Mars di bahagian Cydonia. Apabila sebuah tetrahedral piramid dilakar dalam
satu sfera (sphere) di mana satu penunjuk mengarah ke kutub selatan. Tiga penunjuk lain
dilakar pada 19.5 degree latitude (garis lintang) di arah bertentangan (Utara). Mengikut
Hoaagland, bentuk tetrahedral ini telah dijadikan simbol beberapa agensi pertubuhan
kerajaan Amerika, sebuah pertubuhan kuno Mesir dan juga salah satu simbol Freemasonri.
Sistem
Sony Dynamic Digital telah digunakan dalam rangkaian pawagam kepunyaan Leows Cineplex Chain
of Theatres. Penggunaaan teknologi MK- ULTRA dalam pembikinan filem telah disaksikan oleh
George Bush dan James Cameron yang merupakan 33rd Degree Masons di Leows Cineplex 9
Theatre di Houston, Texas. Teknologi itu merupakan satu cabang yang dicipta daripada
segmen Military/Industril/Hollywood Complex yang menggunakan sistem SDDS itu. Malahan
perkataan Hollywood itu sendiri adalah sungguh simbolik.
Perkataan 'Hollywood'
merujuk kepada satu 'wood' ataupun kayu daripada pokok yang suci (holly tree) yang
dijadikan sebagai satu tongkat sakti dalam ritual mistik. Apakah satu kebetulan
apabila sebuah syarikat kesan-khas perfileman yang terbesar di Hollywood diberi nama
"Lght & Magic"? Ini menunjukkan adanya persekongkolan di antara Kerajaan
Amerika dengan industri perfileman yang sungguh kompleks membabitkan pergerakan Freemasonri
yang mempunyai kedudukan yang paling tinggi sekali.
Dengan terdedahnya geometri
Tetrahedral ini yang bermula dengan penglibatan makhluk asing di Mars dan Kompleks
Cydonia, apakah menjadi satu teka-teki lagi apabila James Cameron mahu memulakan satu siri
television melalui FOX Network mengenai Mars? Hoagland pernah berkata: "Terlalu
banyak peristiwa yang secara kebetulan dan secara kebetulannya..." Bilakah agaknya
secara kebetulan itu dihentikan dan dianggap sebagai satu kenyataan dalam anjakan
paradigma? Dengan lain perkataan, persekongkolan yang kompleks itu telah melonjakkan nama James
Cameron menjadi ahli bertaraf 33rd Degree Freemason dan akan digunakan untuk membawa
satu suasana order baru dunia ataupun Pax Humana.
bersambung
|