PENGAWALAN MINDA
Penterjemah: MT
Prakata: Salinan teori Konspirasi James Cameroon ini
mengandungi informasi yang belum pernah didedahkan sebelum ini.
AMARAN: Informasi yang terkandung dalam 19.5 muka surat ini akan menggoncangkan sistem kepercayaan anda ke
tulang sum-sumnya. Kalau anda bersedia membacanya, lakukanlah dengan penuh teliti. Anda dan
seluruh dunia akan bertukar fahaman apabila sejarah dunia akan luntur di hadapan muka
anda.
Filem TITANIC keluaran James Cameron telah diterima oleh ramai manusia
yang menyaksikannya sebagai salah satu filem yang berjaya di dunia ini. Ia telah berjaya
memaparkan kesan-kesan yang telah membelenggu manusia dari aspek penggambarannya dan
juga dari segi emosinya. Walau pun ada manusia yang telah mengesan kelemahan dalam sudut
teknikal pembikinan filem itu, aspek pemaparan emosinya adalah lengkap sekali. Apakah
sengaja dirancang begitu? Ada pihak yang berpendapat penggambaran kesan emosi dalam
Titanic sengaja telah dimanipulasi untuk memaparkan kesan kegembiraan, kesugulan,
kekeliruan, terperanjat dan marah di kalangan mereka yang menontonnya.
Kesan
memanipulasi ini adalah satu aspek yang menarik daripada kesan kerja Encik Cameron. Bagaimana
cara pun yang telah dilakukannya, kesan kerjanya itu telah menghasilkan sesuatu yang menakjubkan dan mengikut Cameron ia merupakan satu kesan biography hidupnya.
Cameron lahir di Kapuskasing, Ontario Canada pada 1954. James Cameron membesar di Niagara
Falls. Dia memang cekal untuk melakukan yang terbaik sekali. Tidak kiralah apakah kerjanya
itu kerja kelasnya ataupun permainan yang disertai bersama teman-temannya. Seperti yang tercatat dalam biografi rasminya: zaman kanak-kanaknya telah mencetuskan satu
keazaman untuk melangkah halangan hidup yang perlu dihadapinya yang akhirnya membantunya
di zaman remajanya.
Di waktu yang sama dalam lipatan sejarah, seorang insan
lain yang berkongsi nama Cameron sedang berusaha mengkaji perilaku manipulasi kemanusiaan
untuk kajian saintifik yang tertentu. Insan ini bernama Dr. Donald Ewen Cameron. Dr.
Cameron memulakan kerjayanya dalam bidang psychology sebagai seorang pembantu
di Pejabat Perkhidmatan Khas (Office of Special Services - OSS), menyoal siasat para
banduan Perang Dunia Kedua. Antara beberapa pesakit terkemukanya ialah Rudolf Hess,
yang telah memandu pesawat udara German untuk memasuki ruang udara Britain bagi
tujuan menghasilkan kedamaian di antara Germany dan Pasukan Bersekutu. Hess telah
ditawan, dipenjarakan dan kemudiannya disoal siasat oleh beberapa pakar psikologi,
termasuklah Dr. Cameron.
Kebanyakan kajian Dr. Cameron tertumpu kepada teknik yang mampu
mengubah dan mengawal polar perilaku manusia. Kajian beliau itu telah juga dihasilkan
daripada beberapa kajian penyelidikan yang terlaksana ke atas banduan di pusat tahanan
perang Nazi Germany yang dibawa ke Amerika Syarikat setelah tamatnya Perang Dunia Kedua
itu. Kerja-kerja itu telah dilaksanakan oleh OSS di bawah satu operasi yang diberi nama
"Operation paper Clip".
Dalam tahun 1950-an kejayaan Dr. Cameron telah melonjakkan
namanya untuk dilantik sebagai Ketua American Psychological Association (APA),
Canadian Psychological Association (CPA) dan The World Psychological Association (WPA).
Pada masa itu, OSS sudah bertukar nama atas arahan President Harry Truman dan
dikenal pula dengan nama Central Intelligence Agency (CIA). Sememangnya pada 1947 Dr.
Cameron telah diberikan kontrak oleh CIA untuk terus melakukan kajian dalam manipulasi
perangai/kelakuan di bawah satu nama projek berjodol 'Bluebird' dan 'Artichoke'. Projek
ini akhirnya dikenal dengan nama MK-ULTRA pada tahun 1953.
MK-Ultra mempunyai beberapa
program sampingan, yang berjumlah 149 semuanya. Program ini merangkumi kajian
biologi, dadah, aktiviti seksual, teknologi, fizik, psikologi dan perfileman. Adalah
bukannya satu kebetulan bahawa filem yang dikeluarkan pada era 1950-an telah diolah
begitu rupa untuk menakutkan penonton akan bahaya serangan Komunis, dan pemutaran fikiran
makhluk asing (dunia luar). Dunia perfileman Hollywood menjadi satu alat berkesan bagi
MK-ULTRA.
Dalam dunia psikiatri, Dr. Cameron adalah seorang insan yang keras
hati, ganas dan amat taksub dengan keinginan untuk mengetahui bagaimana mengawal perilaku
manusia dan mahu mengawasinya. Eksperimennya yang paling berkesan ialah penggunaan dadah, penyekatan
pancaindera, pembebanan pancaindera, dan juga penyelidikan psikologi di mana
suaranya yang direkodkan dalam sessi yang lalu itu dimainkan semula secara berulang-ulang
kepada para pesakitnya. Dr. Cameron pernah juga melakukan operasi menggangu-daya-fikir dan
kajian dalam bidang electro-convulsive shock treatments (kejutan letrik yang menyebabkan
mangsa bertukar perangai - penterjemah).
Mengikut piagam CIA, kerja yang dihasilkan
oleh Dr. Cameron terutama sekali dalam penyediaan calon "Manchurian Candidates"
telah menyalahi peraturan yang menyekat operasi tempatan CIA dalam wilayah Amerika
Syarikat. Dengan bantuan pihak kerajaan Canada dan pengarah CIA Allen Dulles yang
pernah menjadi teman kerja Cameron di OSS dulu, Dr. Cameron telah mengalihkan pusat
kajiannya ke Allen Memorial Psychiatric Institute di Montreal Canada pada 1957 dan menetap
di sana sehingga 1963.
Sebagai catatan, Allen Dulles telah mengarahkan CIA sehingga
berlakunya fiasko di Bay of Pigs (Kepulauan Cuba - penterjemah). Ketika itu beliau dan
juga General Charles Cabell (adik kepada Earl Cabell, Dato bandar Dallas ketika itu telah
dipecat oleh Presiden John F. Kennedy pada 1961. Selepas berlakunya tragedi pembunuhan
John F. Kennedy pada November 22, 1963 di Dallas, Dulles telah dilantik oleh Suruhanjaya
Warren (sempena nama ketua Hakim Earl Warren) untuk membantu penyiasatan dalam
pembunuhan itu dan menyelidik latar belakang tertuduh yang bernama Lee Harvey Oswald.
Allen Institute itu akhirnya menjadi satu institusi terkenal kerana tindakan merobek
otak para mangsanya seperti yang dikendalikan oleh Dr. Cameron. Ramai pesakit yang
telah dikenakan pelbagai jenis deraan yang berlebihan sehingga membabitkan penggunaan
dadah yang membuat mangsa menjadi koma untuk berbulan lamanya. Penderaan otak, penggunaan
pancaran cahaya lampu yang berkuasa tinggi, alat bunyi penderaan daya pendengaran,
tayangan gambaran yang bergerak dan deraan dengan menggunakan tekanan kejutan letrik yang
berlebihan telah membunuh banyak mangsanya. Kedai sembelihan Dr. Cameron itu telah juga
menggunakan pelbagai kaedah dadah yang menghayalkan, terutama sekali dadah jenis
LSD.
Dr. Cameron telah bersara dari tugasnya dan meninggalkan Montreal untuk melakukan
kerja persendirian di Amerika Syarikat dan beliau telah menghilangkan dirinya
daripada pengetahuan umum. Tetapi hasil kerja beliau berterusan sehinggalah MK-ULTRA
ditutup secara rasminya oleh Pengarah CIA Richard Helms pada tahun 1973.
Helams
telah mengarahakan agar beberapa dokumen MK-ULTRA dimusnahkan. Helms telah juga bertanggungjawab
memberikan informasi yang diperlukan kepada E. Howard Hunt untuk
menceroboh masuk Hotel Watergate pada tahun 1972. Tujuannya ialah untuk
membantu Presiden Richard Nixon memusnahkan keperibadian Daniel Ellsberg. Ellsberg
merupakan seorang pegawai di Pentagon yang telah membocorkan rahsia penglibatan Nixon merangsang
peperangan Vietnam. Kesan skandal Watergate itu akhirnya menjebak Nixon dan
memaksanya meletakkan jawatan pada 1974. Dunia operasi risikan menjadi kelam apabila
nama berubah untuk melindungi kerahsiaan sesuatu. MK-ULTRA bertukar nama kepada MK-SEARCH
dan terus menyambung operasinya dalam tahun 1984.
Di akhir 70-an, ketika MK-SEARCH
(dulunya MK-ULTRA) bergerak di bahagian hadapan operasi risikan, seorang pemandu
trak yang tidak dikenali di California yang bernama James Cameron telah mengambil tindakan
untuk berhenti kerja dan menceburi bidang pembikinan filem. Mengikut catatan sejarah
yang rasmi, James Cameron telah berpindah ke Brea, California pada 1971. Dia telah menyudahkan
kajian sekolah menengah dan mampu menyudahkan hanya lima semester di Fullerton College di Orange County. Setelah gagal di maktab itu, beliau telah berjaya
meyakinkan satu konsortium doktor gigi daripada Tustin, California yang sedang mencari
perlindungan percukaian untuk membiayai pembikinan satu filem 35mm yang diberinya
jodol "XenoGEnesis".
Perkataan "consortium" itu memang menarik
sekali. Di kamus perkataan itu memberi erti "satu hubungan niaga bertaraf
antarabangsa". Oleh kerana doktor gigi itu datang daripada kawasan tempatan kenapakah
mereka diberikan gambaran seperti yang digunakan dalam syarikat itu? Kalau perkataan
'niaga' itu disisihkan bererti persyarikatan itu sudah merangkumi satu organisasi bertaraf
dunia. Penggunaan perkataan "Xenogenesis" sebagai jodol filem pertama
Cameron itu adalah menarik juga kerana ia membawa makna "kelahiran makhluk
asing". Yang sebenarnya para doktor gigi itu adalah para doktor sakit jiwa dan
mereka yang terlibat dalam operasi CIA di bawah program MK-ULTRA bersama Dr. Donald Ewen
Cameron. James Cameron dan para doktor sakit jiwa itu memang kenal lama. Persaudaraan
berahsia yang membiayai pembikinan filem pertama Cameron itu akan terus membantu
kerjayanya. Dia telah menceburi organisasi ini ketika berusia dua puluh satu tahun, beberapa
tahun yang lampau. Majoriti insan yang menjadi masyarakat risikan termasuk
Dr. Cameron sendiri adalah ahli satu organisasi yang sama yang lebih mudah dikenali dengan
nama FREEMASONS
Freemasons adalah satu organisasi persaudaraan bertaraf global yang
telah wujud untuk membantu sesiapa sahaja yang memilih menjadi anggota persatuan itu.
Mengikut sumber yang dipercayai, pertubuhan Freemason ataupun Freemasonri telah dicipta
pada tahun 1700-an di Eropah. Tetapi kalau kita menyelongkar lebih mendalam lagi akan
asal usul sebenarnya kita akan sampai kepada satu kisah kewujudan satu tamadun yang lebih
maju daripada tamadun sekarang. Tamadun itu diberi nama 'Atlantis'. Kebanyakan teknologi
tinggi, pemikiran jauh dan pencernaan cetusan daya fikir berfalsafah telah
diserahkan secara rahsia kepada beberapa generasi yang berlapis secara berahsia sebelum
berlakunya satu 'Banjir Besar' yang menghancurkan Atlantis. Teknologi ini akan didedahkan
kepada umum sekali lagi dalam satu waktu yang akan ditentukan.
Adalah bukan sesuatu yang
kebetulan betapa kewujudan abad ke dua puluh dulu melahirkan beberapa kejayaan teknologi
dalam sejarah tamaddun kita. Abad ini telah menyerlahkan kejayaan manusia mengawal
minda seperti yang telah dilaksanakan oleh CIA melalui eksperimen Dr. Cameron dan teknologi
MK-ULTRA. Inilah sebabnya pihak konsortium telah memujuk Dr. Cameron untuk peluang
menggunakan balik gambaran bawah sedar dan manipulasi emosi ke atas jumlah manusia yang
besar dan menyediakan mereka bagi tujuan kejuruteraan masa depan.
James Cameron
telah meneruskan kerjayanya dengan memasuki dunia Roger Corman. Studio perfileman
Roger Corman bernama "New World Pictures" telah disingkatkan dengan nama
"New World". Singkatan ini adalah bertepatan dengan "New World Order"
satu frasa yang menghayati idealisma Freemasonri, satu kerajaan yang global. Frasa
ini akhirnya disebut oleh Presiden George Bush (Bekas pengarah CIA dan 33rd Degree Mason)
pada tahun 1991.
Cameron telah melakukan tugas pembikin barang kecilan (miniature
builder), menjadi seorang pengarah Fotografi dan seorang pengecat dalam filem
yang berjodol "Battle Beyond the Stars". Jodol filem itu adalah satu simbol
kepercayaan di kalangan masyarakat UFO (Barang Terbang Yang Tidak Dicam) dan juga
Freemasonri betapa satu peperangan telah berlangsung dalam sistem solar beberapa ribu tahun
yang lalu. Tujuan filem itu ialah menggunakan teknologi MK-ULTRA untu k
memudahkan kefahaman masyarakat dunia kepada mempercayai kewujudan dunia lain bagi tujuan
ketaksuban kepada "New World Order' (Kefahaman Dunia Baru). Banyak lagi teknologi ini
akan digunakan dalam kerjaya pembikinan filem Cameron itu.
Cameron semakin bersemangat untuk mengarahkan filem. Dia telah mengusahakan satu filem berbentuk fiksyen
yang diberi nama simbolik "Galaxy of Terror". Dalam filem itu Cameron menjadi
Pengarah Unit Penggambaran Kedua.
Pada 1982, di awal pentadbiran Presiden Ronald
Reagan (Ahli 33rd Degree Mason), Cameron telah menulis skrip "The Terminator'
bersama dengan isteri keduanya bernama Gale Anne Hurd. Gale adalah ahli peraturan 'Order of
the Easters Star' satu organisasi Freemason bahagian wanita pula.
Asas persiapan
'The Terminator' membabitkan seorang lelaki yang dihantar balik melalui terowong
masa untuk menghalang seorang 'cyborg' yang cuba membunuh seorang wanita daripada
melahirkan seorang bayi yang akhirnya akan menyelamatkan manusia daripada diperintah oleh
jentera di dunia ini. Kiasan cerita ini telah diciplak daripada Kitab Injil di mana
keadaan wanita yang hamil itu adalah bersamaan dengan keadaan Mariam yang akan melahirkan
anak lelaki yakni Isa Masih.
Kiasan yang diterampilkan oleh Freemasonri dalam
filem Terminator memang amat berkesan sekali. Salah satu simbol pertama ialah penggunaaan
cahaya biru yang digunakan dalam suasana kegelapan. Ini akhirnya menjadi satu stail
arahan Cameron. Cahaya biru itu melambangkan peningkatan Cameron daripada tiga 'degree'
ataupun tahap martabat Freemasonri yang lebih dikenal sebagai tahap kebiruan yang memungkinkan
kenaikan seseorang ke tahap yang lebih tinggi yang dikenali sebagai 'York
Rite'.
Salah satu watak dalam The Terminator telah menggambarkan peralatan jentera
sebagai satu order kebijaksanaan yang baru ( the new order of intelligence),
Dari sinilah munculnya frasa "Order baru Dunia". Simbol yang paling menyerlah
ialah nama pengedar filem tersebut. Walaupun Cameron bekerjasama dengan Hemdale dan HBO
untuk membikin filem tersebut, pengedaran filem itu telah dilakukan oleh Orion Pictures.
Orion adalah simbol Osiris, satu dewa Mesir kuno yang melambangkan keceriaan dan kesuburan.
Rakan setara Osiris adalah Isis, satu dewi Mesir kuno yang melambangkan Dunia.
Kedua-dua lambang dewata ini adalah simbol pemujaan Freemasonri yang dilakarkan dengan
lambang sesiku dan kompas square and compass). Inilah lambang Freemasonri. Sesiku
itu melambangkan 'Isis' dan kompas melambangkan 'Osiers'. Sebiji bintang yang diberi
nama Sirius adalah juga simbol Isis. Kerana itu ahli Freemasonri amat mempercayai betapa
mereka adalah warisan yang dilahirkan daripada keturunan Sirius.
Tujuan membenarkan Orion mengedarkan 'The Terminator; ialah untuk menggunakan segala hasil
kerjaya Dr. Cameron dalam pembikinan filem James Cameron. Filem itu dibikin untuk
menonjolkan mesej terselindung untuk menyediakan pemikiran rakyat secara pukauan dan helah
agar menerima kedatangan teknologi tinggi yang akan menjajah dunia di masa hadapan.
Sesiapa yang menolak mesej ini akan dihapuskan. Ketika Cameron secara tidak sedar menerima
bantuan kewangan daripada konsortium untuk pembikinan filem 'The Terminator' dia telah
menyediakan dua skrip filem lagi.: "Rambo: First Blood Part II" dan
"Aliens". Jodol "First Blood part II" daripada filem Rambo itu adalah satu simbol betapa
Cameron telah naik setingkat lagi martabatnya dalam mencapai tahap 'York
Rite'. Pembikinan "The Aliens" pula merupakan satu usaha menyediakan penonton
agar menerima kaedah manipulasi minda mengikut teknologi MK-ULTRA.
Setelah berjaya
dengan 'The Terminators' Cameron telah mengarahkan 'The Aliens" dengan
memulakan produksi di England pada tahun 1985. Penggambaran di England itu
dilaksanakan untuk membolehkan Cameron menerima penganugerahan York Rite di bandar York
ketika penggambaran dihentikan untuk sementara.
Filem 'Aliens' adalah sambungan
daripada 'Alien' sebuah filem bikinan tahun 1979 yang menceritakan kisah perantau daripada
bumi mencari planet lain untuk tujuan mencari hasil bumi. Ketika tiba di sana mereka telah
diserang oleh penghuni yang mempunyai darah yang mengandungi asid. Mereka bertembung dengan
serangga dan parasit yang menyerupai ular ketika kecil yang menggunakan manusia sebagai hos
dan kemudiannya memusnahkan manusia itu dengan cara tersembul keluar daripada dada manusia
yang diseranginya. 'aliens' telah diedarkan untuk tayangan dalam tahun 1986. Filem ini
telah mengaut keuntungan yang tinggi bagi filem yang ditakrifkan 'R'. Ia telah memenangi
hadiah oscar bagi Kesan Visual yang Baik dan Kesan Bunyi Yang Baik. Amat menyerlah sekali,
kemenangan yang dicapai oleh filem ini adalah hasil kajian manipulasi minda. Inilah
kesannya usaha memberikan ingatan kepada manusia agar sanggup bersatu ketika menghadapi serangan
daripada dunia luar dengan cara memaksa mereka bersatu padu.
Sebaik
sahaja Cameron selesai membikin filem itu dia telah menerima York Rite daripada Freemasonri
dan akhirnya melangkah ke tahap Scottish Rite pula. Eloklah dicatatkan di sini bagaimana
dalam waktu yang sama di antara 1985 hingga 1987 Presiden Ronald Reagan yang menerima taraf
33rd Degee mason, telah membuat beberapa kenyataan umum secara kiasan akan bencana
ancaman luar yang memerlukan dunia ini bersatu padu.
Sebelum Ronald Regan menjadi Gabenor
California, dia dan isterinya telah menyaksikan satu UFO (piring terbang)
yang meluncur di sebuah lebuh raya di Hollywood ketika mereka dalam perjalanan untuk makan
malam dengan beberapa teman mereka. Regan dan isterinya telah terlewat tiba selama
satu jam. Mereka telah menunjukkan perasaan yang terganggu sambil menceritakan pengalaman
yang mereka lalui. Inilah yang merobah pandangan Regan terhadap masa depan dunia ini
dan mempengaruhi aksi mereka dan cara mereka mengeluarkan kenyataan.
Kenyataan
Regan terhadap ancaman daripada dunia luar telah menjadi sebahagian ucapannya pada 4
Disember 1985 di Fallston High School di Maryland.. Regan telah menceritakan pengalamannya
berbincang secara persendirian selama lima jam dengan Perdana Menteri Soviet, Gorbachev.
Regan telah menceritakan betapa dia mempengaruhi Gorbachev agar memikirkan akan bencana
serangan daripada makhluk asing daripada planet yang lain.
Pada 21 September,
1987; Regan telah berucap kepada Congress seperti ini: "Dalam ketaksuban kita
terhadap antagonisma masa kini, kita mudah terlupa akan cara menyatupadukan masyarakat
dunia sejagat. Mungkin kita memerlukan satu bentuk ancaman daripada dunia luar untuk
menyedari kepincangan kita ini. Saya kerap memikirkan betapa mudahnya
perbalahan kita itu lesap kalau kita menghadapi ancaman daripada dunia luar." Memang
ada sesuatu yang bergerak ketika itu. Bukan sahaja dalam filem bikinan Cameron malahan juga
di kalangan kerajaan dunia seluruhnya.
Terdapat projek filem yang lain bikinan
Cameron yang berjodol "The Abyss". Filem ini menkisahkan satu kumpulan
penggerudi minyak yang berjaya mengesan satu kapal selam berjanakuasa nuklear yang
tenggelam. Sewaktu mereka cuba menyelamatkan kapal selam itu gelagat mereka telah
diperhatikan oleh makluk pintar daripada dunia luar. Mesej filem itu mahukan makhluk
bumi ini bersatu ataupun mereka dihapuskan. Dalam penggambaran filem itu Cameron
telah diasuh oleh pihak konsortium dalam segala teknik yang menyerupai kaedah penderaan
yang merangsang para pekerja dan pelakon untuk bekerja bersungguh-sungguh ke tahap yang
paling maksima. Mengikut satu laporan yang diterbitkan, Mary Elizabeth Mastrantonio
telah didera sehinggakan kini beliau cuba mengelak usaha Cameron untuk mendapatkan
khidmatnya lagi. Ed Harris pula enggan bercakap mengenai pengalamannya berlakon di
bawah arahan Cameron. Filem 'The Abyss' merupakan satu filem yang mula-mula sekali
menggunakan teknik 'morphing' (daripada perkataan morphine bererti candu) di mana komputer
digunakan untuk proses animasi yang mampu memukau penontonnya. Filem ini berjaya memenangi
oscar bagi Kesan Visual yang terbaik . Sekali lagi ini membuktikan penggunaan teknologi
MK-ULTRA yang telah diperbaiki dengan penggunaan teknologi komputer. Filem ini
telah diedarkan pada 1989. Inilah tahunnya Presiden Bush mengangkat sumpah yang diikuti
oleh episod pemansuhan Tembok Berlin di Germany. Kedua-dua peristiwa itu telah
dikendalikan oleh Freemasonri sebagai satu persiapan agar dunia bersedia untuk proses
globalisasi. Jodol "ABYSS" itu adalah satu lambang bagaimana Cameron menjadi
semakin bergelumang dengan beberapa maklumat yang sungguh rahsia yang hanya diketahui oleh
pergerakan Freemasons.
Pada tahun 1990 Cameron telah sama menulis "Point
Break' (Titik Perpecahan) bersama isterinya yang ketiga yang merupakan ahli Order of the
Eastern Star, Kathryn Bigelow yang juga menjadi pengarah filem itu. Dia hanya menjadi
penerbit eksekutif filem tersebut. "Point Break" telah diedarkan pada 1991
dan berjaya mengaut US$100 juta dan mengungguli carta filem video sewaan (video rental
charts). Filem itu adalah mengenai satu kumpulan pencuri yang merompak bank. Terdapat
banyak gambaran bawah sedar yang digunakan dalam pembikinan filem itu yang menyebabkan
ia menjadi popular.
Satu syarikat baru telah ditubuhkan oleh Cameron dan diberi
nama 'Lightstorm Entertainment'. Syarikat ini menerima bantuan kewangan daripada
konsortium yang sama. Perkataan 'Lightstorm' adalah simbol yang menggambarkan kemunculan
Terminator dalam filem 'Terminator'. Sebenarnya ia memberi gambaran betapa Cameron telah
menerima maklumat yang lebih menyerlahkan mindanya daripada Kumpulan Freemasons. Filem
pertama yang dikeluarkan oleh syarikat terbaru ini adalah "Terminator 2. Judgment Day." Inilah sambungan kepada filem 'The Terminator". Jodol filem terbaru ini
adalah satu simbol akan peperangan yang mungkin berlangsung di masa hadapan disebabkan
kecanggihan teknologi. Ia berusaha menyediakan pemikiran manusia kepada kemungkinan munculnya kuasa pemusnah yang di luar keupayaan manusia mengawalnya. Filem ii telah
menggunakan teknologi komputer mengikut kaedah 'morphing' yang membuatkan para penonton
merasa seram dan menggigil. Ciri-ciri cahaya lampu industri dan silap mata telah
ditonjolkan. "Lampu dan Silap mata" adalah simbol kepada rahsia yang terdapat
dalam pergerakan Freemasonri.
Banyak lagi insiden pelayaran psichic telah berlaku.
Salah satu peristiwa itu telah membabitkan Edward furlong yang melakonkan peranan john Connor
dalam filem itu. Dia telah dipujuk oleh salah seorang anggota 'consortium' agar menggunakan
satu minyak gosok ke atas bibirnya. Cameron telah mengarahkan satu aksi yang
dilakonan oleh Furlong dan mengucapkan tahniah kepada Furlong kerana aksinya itu. Tetapi,
secara tiba-tiba dia ternampakkan minyak gosok di bibir furlong itu dan menjerit kepadanya
kerana mencemarkan penggambaran.
Akhirnya, Furlong telah membuat perakuan dalam satu temu bual oleh sebuah majalah betapa beliau
kebingungan untuk beberapa ketika dalam
sebahagian akhir penggambaran itu. Ramai manusia yang tidak menganggotai keahlian
'consortium itu sedar betapa teknik pengawalan minda telah semakin terserlah dan perlu
dipengapkan. Skrip filem Cameron itu telah diubah suai untuk menyorokkan teknologi bikinan
MK-ULTRA. Salah satu contohnya ialah cara Sarah Connor diberikan rawatan kejutan letrik
ketika berada di dalam institusi pesakit jiwa yang menggunakan teknik
'Elektro-convulsive-therapy."
Bersambung......
|