MENJANA KEMENANGAN BA DALAM TAHUN 2004

RE:PAS TERANGGANU DAN
KELANTAN HARUS TERBIT FILEM

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh!

Oleh : Azhari(s)

Saya tertarik dengan artikel bertajuk PAS TERANGGANU DAN KELANTAN HARUS 
TERBIT FILEM oleh "Khalifah" yang boleh dibaca dalam LAMAN REFORMASI 
MAHAZALIM  https://members.tripod.com/~mahazalimtwo/230600xab.html yang disirkan 
pada 24Jun2000.

Membaca dan meneliti penjelasan yang diberikan, saya turut menyokong pandangan/saranan 
beliau. Selain dari boleh mempromosikan perjuangan PAS melalui industri perfileman, boleh 
menambahkan bilangan ahli PAS seperti yang dinyatakan. PAS tidak akan lagi dituduh hanya 
pandai cakap itu salah dan ini tak betul saja, tapi kena tunjuk yang baik dan betul melalui 
tindakan. Kalau PAS kata BN menyesatkan rakyat Malaysia melalui tayangan filem melalui 
saluran RTM/PAWAGAM, dari segi filem atau drama yang ditayangkan, PAS sewajarnya 
menyahut cabaran sdr.khalifah.

Kalau sekarang ini para remaja kita menjadikan artis-artis kita yang kita kata boleh 
menyesatkan sebagai EDOLA mereka, kita marah, kita kutuk dan sebagainya. Tidak 
mustahil golongan remaja akan menjadikan artis-artis ISLAM (PAS) sebagai EDOLA 
mereka pula. Lihat sahaja bagaimana Kumpulan Nasyid seperti RAIHAN yang telah berjaya 
menembusi pasaran hiburan, tidak sedikit dari kalangan remaja kita yang menjadikan mereka 
sebagai edola mereka, sekurang-kurangnya pelajar-pelajar aliran agama sudah boleh 
mengurangkan/menghilangkan terus kecenderungan mereka kepada meminati penyanyi/lagu 
pop yang melalaikan dan mengundang budaya liar kerana sudah ada hiburan alternatif.

Jadi kalau parti kita sudah ada parti Barisan Alternatif (BA), lagu alternatif, kenapa kita tidak 
cuba cadangan sdr. khalifah. Walau bagaimanapun itu semua terpulang kepada cendikiawan 
dan ulamak PAS untuk menerima dan melaksanakannya atau sebaliknya. Kerana walaupun 
sesuatu itu nampak baik, sekalipun memang baik, tetapi kalau salah/silap teknik akibat 
terburu-buru mungkin sebaliknya pula yang jadi.

Walau macamanapun, para pemikir PAS seharusnya memikirkan segala alternatif kepada 
apa yang kita nampak sebagai negatif, menyesatkan, haram dan sebagainya dalam semua 
bidang. Barulah boleh dikatakan PAS adalah model dan contoh ikutan yang baik yang 
menjadi edola rakyat, sekali gus menyerlahkan kebaikan dan kebenaran Islam sebagi ad-Din. 
Ketika itu rakyat sendiri akan menilai yang mana baik dan mana yang buruk, PAS/BA atau 
UMNO/BN.

Saya juga turut menyokong cadangan sdr.khalifah supaya PAS menubuhkan Syarikat Kedai 
Runcit Cara Islam. Seperti yang terdapat/boleh dibaca di  https://members.tripod.com/~mahazalimtwo/230600xae.html  

Sekian terima(lah)kasih!

wassalam!

AZHARI(S)
24JUN2000/11:30PM

NOTA WEBMASTER (PENTING):

Saranan di atas sengaja disiarkan dengan tujuan supaya soalan yang sama dapat diperbetulkan secara pengetahuan bersama. 

Bagi pihak PAS saya mengucapkan terima kasih atas pandangan saudara itu. Namun untuk memperfilemkan perjuangan itu tidak wajar dilakukan oleh PAS. Jawapan ini berasaskan bahawa kerja-kerja memfilemkan ini tidak termasuk dalam lingkaran (skop tugas jihad dan perjuangan) yang telah dipelopori oleh junjungan kita. Kerja-kerja sebegini hanya 'harus' hukumnya.

Kita dibimbangi dalam kerja yang saya percaya dikatogerikan ulama sebagai 'harus' ini akan mendatangkan fitnah dan keraguan apabila wujud percampuran lelaki perempuan secara bebas. Hematnya jika sesuatu perkara yang dihukum harus, maka jika terdapat dalam menegakkannya itu sesuatu yang 'haram', maka haramlah pekerjaan itu.

Mengenai Kedai Runcit Islam pula, PAS sudah ada Kohilal. Jika terdapat kedai tersebut di lingkaran tempat anda tinggal, silalah ke sana.

Namun dalam mengerjakan ekonomi Islam yang penting bukan kedainya sahaja. Akad jual beli adalah antara perkara asas dalam muamalah anjuran agama Islam, selain timbangan dan jenis barangan yang kita beli. Dalam Islam, kegiatan ekonomi memang antara yang penting. Kita tidak perlu mendirikan Bank Islam PAS atau Kedai Runcit PAS. Memadailah dengan mengIslamkan Bank-bank yang ada dan kedai-kedai runcit yang ada.

Hematnya, elakkan perkara yang dilarang dalam agama kita seperti menipu timbangan, menipu harga, meletakkan harga dengan sewenang-wenangnya, harga yang tidak munasabah dan terlalu tinggi seterusnya membayar zakat, antara yang dianjurkan oleh agama Islam. 

Antara lain juga Islam melarang menjual perkara-perkara yang bertentangan dengan agama seperti arak dan seumpama dengannya, judi atau seumpama dengannya, perkara-perkara subahat seperti seluar pendek bagi wanita dan lelaki, bikini, skirt, dan lain-lain yang seumpama dengannya.

Akhirnya orang Islam mestilah memberikan sokongan kepada aktiviti ekonomi orang Islam supaya ianya berkembang dengan cepat. Manakala tidak salah membeli dengan bukan Islam asal sahaja peniaga itu dapat menjalankan apa yang dianjurkan oleh orang Islam dalam bidang muamalat.

Kerja label melabel atas nama ini bukan kerja anjuran Islam, kita kecuali atas nama agama kita yang maha suci dan memperagungkan kebesaran Allah jua. 

Semoga jawapan ini memberikan penjelasan ringkas dan awal. Jawapan sebenarnya kita tunggu dari kepimpinan serta ulama PAS sedikit masa lagi. Wallahua'lam.

Webmaster

Sampaikan pandangan serta informasi kepada mindarakyat@hotmail.com 

 counter.bloke.com

TheCounter.Com