INILAH MASA TERBAIK MENUMBANGKAN MAHATHIR !!
Telah hampir dua tahun kita
berjuang dan bermati-matian untuk menentang dan menjatuhkan Mahathir. Sepanjang dua tahun
itu pelbagai cara dan bentuk telah kita lakukan, terutama sekali demonstrasi jalanan dan
ceramah-ceramah untuk membuka mata rakyat. Bukan sedikit rakyat yang telah menderita
disepak terajang, disembur gas pemedih mata dan air kimia, namun tekad kita masih bulat,
masih kuat, masih bersemangat. Menjelang pilihanraya umum lalu, kita mendapat suatu
momentum yang memberangsangkan dalam perjuangan ini apabila majoriti rakyat mendokong kita
dan UMNo kalah teruk dan malu besar.
Sungguh pun perjuangan kita belum menampakkan
hasil sebenar, tetapi tekad kita jangan sekali-kali patah di tengah jalan selagi Mahathir
si Mamak Gampang itu masih bermaharajalela. Selagi beliau belum ditumbangkan, jangan
sekali-kali kita undur, jangan sekali-kali kita kendur. Ini perjuangan untuk keadilan anak
bangsa. Ini perjuangan untuk rakyat merdeka. Ini perjuangan untuk menjatuhkan seorang
diktator gila. Saat ini, ketika ini, kita mendapat satu peluang terbaik untuk dijadikan
batu loncatan, iaitu pendedahan Datuk Shafiee Yahya tentang kejahatan Mahathir yang
menghalangnya menyiasat Ali Abol Hassan yang rasuah.
Marilah kita jadikan isu ini
sebagai kemuncak untuk kita meningkatkan tekanan dan penentangan kepada Mahathir sehingga
beliau mengalah. Marilah kita kerahkan seluruh rakyat untuk sama-sama bangkit menentang
diktator gila itu. Yang tua, yang muda, yang cacat, yang sempurna, yang pekak, yang bisu,
yang bertongkat, yang merangkak, ayuh kita bangun bangkit menjatuhkan si nyanyok yang
bersikap talam sepuluh muka itu. Kalau Anwar dipenjarakan kerana kununnya rasuah
menghalang polis, kenapa si gila itu boleh pula bermaharajalela ? Ada berapa undang-undang
di negara ini sebenarnya?
Ayuhlah, kita desak dan tekan pihak polis agar segera
menangkap Mahathir. Jangan biarkan dia terus bermaharajalela dengan ganas dan buas.
Sekalipun nyawa kita melayang, sekalipun tubuh kita dicincang, ayuh pantang pejuang undur
ke belakang. Kita jadikan isu ini sebagai klimaks kepada perjuangan kita. Kalau perlu kita
bertempur dengan polis, ayuh kita mesti melakukannya. Polis hanya mempertahankan seorang
manusia, tetapi ledakan rakyat seluruhnya adalah untuk melindungi berjuta lagi nyawa.
Jangan biarkan Mahathir berkuasa lebih lama lagi sebelum bala bencana datang menimpa kita
dengan lebih buruk.
Kita seret Mahathir ke muka pengadilan. Ayuh, kita jadikan inspirasi
rakyat Indonesia menumbangkan Suharto sebagai penyuntik semangat kita. Bangun bangkitlah
wahai anak bangsaku. Inilah masa terbaik untuk kita bersatu menumbangkan Mahathir yang
berwajah durjana itu. Jadikan isu ini untuk mengheretnya ke muka pengadilan. Kita tidak
boleh bersabar lagi. Wajah sebenar beliau telah terpampang di depan mata kita. Dan polis
pula, berhentilah menjadi anjing-anjing si gila itu. Marilah bersama rakyat terbanyak
memperjuangkan kemerdekaan kedua ini. Dan para tentera pula, celiklah mata mu dan
bangunlah dari lena tidur mu.
Ayuh ! Bangun bangkitlah anak bangsaku , anak-anak Malaysia
merdeka !!
NYALAKAN SEMULA API REFORMASI. BIAR IA MEMBAKAR HANGUS KESOMBONGAN SI DIKTATOR
ITU !
Salam Berjuang dari,
Cucu Datuk Bahaman
|