MENJANA KEMENANGAN BA DALAM TAHUN 2004

Pilihan Raya Kecil Jeli, Kelantan?

Oleh Tuk Ketampi

Ketampi dengar pilihanraya kecil Jeli akan diadakan. Begitulah sumber-sumber dalaman yang meniupkan nafirinya. Tok Pa sudah  bersedia untuk bertanding lagi. Itulah juga matlamat petisyen pilihanraya yang telah dibawa ke mahkamah sejurus selepas keputusan pilihanraya diumumkan. Nawaitunya amat jelas.  Untuk menafikan kemenangan yang dimiliki oleh Afanddi dari PAS.

Tuk Pa mendapat dokongan kuat Mahathir Mohamad. Minat Mahathir untuk mengetepikan Ku Li semakin ketara dengan perlantikan Tuk Pa ke jawatan Ketua Penerangan Umno Malaysia. Ketampi ucapkan tahniah atas anugerah tanggungjawab itu. Ini bermakna, Tuk Pa sudah menjadi orang harapan Mahathir di Kelantan. Setelah kalah, Tuk Pa tidak keseorangan. Mahathir lantik dia macam-macam. Penasihat Ekonomi Negara hinggalah kepada Ketua Penerangan Umno. Itu pun, nyaris-nyaris tidak dilantik menjadi Gabenor Bank Negara.

Hebat juga Tuk Pa ni pada hemat Ketampi. Orangnya lembut dan tidak banyak cakap. Kalau bercakap pun, tidaklah berbau politicking atau memedihkan mata orang melihatnya. Lagak Tuk Pa, amat digemari oleh pengundi-pengundi Jeli. Tiga lagi Dun dalam Jeli itu, nampaknya terlepas dari petisyen yang dibawa oleh puak-puak Umno. Entah apa motifnya, kurang periksa Ketampi pulak. Katanya satu sumber, orang Umno sendiri mahu Tuk Pa diberi peranan semula menjadi Tok Wakil mereka di Jeli. Nak bagi lambakan projek kononnya di daerah itu.

Permainan politik di peringkat mahkamah, nampaknya mengikut telunjuk elit Umno dalam menentukan keputusan. Apa yang Ketampi tahu, ianya  bukan lagi perbincangan sulit. Jika benar, keputusannya, satu pilihanraya kecil akan diadakan di Jeli, maka ia sudah tentu ada kaitan dengan permainan politik dalam kamar mahkamah. Untuk menyelamatkan Tuk Pa, agaknya, maka Mahathir sanggup menggali parit untuk mengalirkan air terus kepada telaga kemahuannya. Matlamat utamanya, Tuk Pa menang bagi membolehkan Tuk Pa dibawak semula ke kabinet. Pertama untuk menjawat Menteri Kewangan menggantikan Daim yang sekarang ini hebat gaduhnya dengan Mahathir. Kedua untuk gantikan Daim juga di kerusi Bendahari Umno.

Kepentingan Tuk Pa menang di Jeli, amat besar ertinya kepada Mahathir. Selain bagi memenuhi hasrat jahatnya untuk menumbangkan Daim, Tuk Pa juga boleh dijadikan peluru atau bom atom untuk menggugurkan Ku Li di Kelantan. Pengaruh Kuli memang sudah sifar penuh. Lagaknya, tidak lagi digerun rakyat. Kalau Ku Li terus menerajui Umno Kelantan, alamat kekallah PAS untuk selama-lamanya. Mahathir mahu Tuk Pa juga gantikan Ku Li terajui Kelantan. Tuk Pa, rasanya tidak ada masalah dalaman dengan Annuar Musa. Berbanding Ku Li, Annuar Musa amat jelik melihatnya. Sebab itu, Ku Li Pengerusi Umno Kelantan, Annuar Musa pulak Pengerusi BN Kelantan. Bukankah nampak pecah-belahnya tu…

Pada hemat Ketampi, memang pilihan raya kecil akan diadakan di Jeli. Tentunya, Affandi akan terus jadi calon bagi pihak PAS. Affandi bukan kecik anak. Popularitinya sebagai YB dan Ahli Parlimen begitu terserlah. Kesediannya mendakwa-dakwi dan menghentam YB Umno dan BN dalam parlimen, telah meningkatkan kewibawaannya sebagai YB. MP Rompin, tentu setuju dengan komen Tok Ketampi ini.

Harapan untuk PAS menang, menjadi tanda tanya. Ini kerana, isu yang paling laris diterima oleh telinga orang Kelantan sekarang ialah isu “Tiga Abdul”. Bukan sebab buku Sayuti, ianya menjadi panas. Tetapi orang Kelantan sendiri punyai maklumat yang lebih lebat dari apa yang Sayuti tulih dalam bukunya. Rata-rata orang Kelantan, becakap pasai Tiga Abdul yang berkeliaran di Pejabat MB. Kurang periksa pulak, apa yang Tiga Abdul itu buat dan lakukan hingga begitu marah Mek Jenab dan Pak Su Weh.

Tuk Pa dan Umno rasanya tidak akan melepaskan Tiga Abdul dari disebut dalam kempen mereka. Ketampi cuma nak dengar cara Tok Guru dan Tiga Abdul sendiri jawab dan kilas isu yang akan ditiup Umno itu. Cara, Tok Guru mendiamkan diri macam tak mahu sebut atau macam nak selindungkan cerita busuk itu, pada hemat Ketampi banyak yang tek kenanya. Tok Guru patut redakan isu ini dengan tubuhkan satu jawatankuasa penyiasat. Apa yang berlaku sekarang, Tok Guru hanya garu-garu kepala dan lebih dahsyat lagi, ada ustaz-ustaz PAS ambik jalan mudah dengan mengatakan Sayuti Omar yang tulih pasai buku itu, merupakan penulis munafik yang mahu memfitnah ulama! Masya-Allah. Teruknya cara berfikir mereka. Sampai tak nampak lagi kebenaran kerana kemungkaran yang disebut itu berada dalam jubah Tok Guru.

Ketampi harap, Tok Guru selesaikanlah dulu isu ini. Nanti dalam pilihanraya kecil, dak ngelabah dan makan tuan. Sok-sok, kita tidak menang, imej Tok Guru ternoda. Kerajaan PAS disimbah tahi, siapa tahu!

Sampaikan pandangan serta informasi kepada mindarakyat@hotmail.com 

 counter.bloke.com

TheCounter.Com