|
Cubit-Cubit Tuk Ketampi SIAPA NAK TANGKAP MAHATHIR?(Respon kepada komentar TMJ: Siapa Berani Tangkap Mahathir?) Persoalan yang dibangkitkan oleh TMJ amat menarik. Siapa nak tangkap Mahathir, orang nombor wahid negara? Semua undang-undang dibawah cengkamannya. Semua aturan dicelah giginya sahaja. Peguam Negara sudah jadi ipar-duainya. Ketua Hakim Negara pula menjadi besan-besonnya. Polis-polis habis menjadi hulubalang Mahathir. Jadi, siapa lagi yang tinggal? Harapan kepada BPR tentunya mimpi igauan ngeri rakyat. BPR tidak ubah macam M-16 Mahathir untuk memburu musuh politiknya dalam Umno dan BN. Yang ditangkap bukannya orang yang bersalah di sebelah Mahathir tapi yang menjadi seterunya. Jadi siapakah yang berani tangkap Mahathir? Eloklah kita, penulis-penulis siber yang aktif, tajam ideanya, tangkas imbasannya, kuat imannya untuk melihat Mahathir diseret kemuka pengadilan atas kesalahannya itu, berfikir dan memerah otak untuk mendapat kepastian, apakah caranya, tekniknya, strateginya, supaya Mahathir dapat didakwa atas pelbagai tuduhan yang sudah dilaporkan kepada polis itu. Marilah kita sama-sama, semua laman-laman web proreformasi, prokeadilan, prokebenaran yang sedang beroperasi mendesak parti-parti komponen BA, PAS, KeAdilan, DAP dan PRM supaya duduk semeja membincangkan tindakan untuk menegakkan yang hak dan meruntuhkan yang batil ini. Siapa lagi agaknya yang upaya untuk menyeret Mahathir ke kandang orang salah kalau bukannya BA yang berjuang untuk rakyat dan dari rakyat untuk rakyat! Tidak tergamakknya, rakyat untuk bertindak sendiri! Terlalu jauh lagi…. Hamid
Gurkha |
Sampaikan pandangan serta informasi kepada mindarakyat@hotmail.com
TheCounter.Com |