INSTITUSI KEHAKIMAN MALAYSIA DIPENUHI MAFIA?
Antara tragedi paling tragis
dalam sejarah institusi kehakiman negara semenjak merdeka ialah peristiwa pemecatan Ketua
Hakim Negara, Tun Salleh Abas dalam tahun 1988. Pemecatan Tun Salleh Abas memberikan signifikan teramat besar kepada
hala tuju bidang perundangan dan kehakiman negara
selepasnya.
Tun Salleh Abas Spesies Terakhir
Tidak keterlaluan jika saya mengatakan bahawa pemecatan Tun Salleh Abas oleh
si diktator Mahathir pada tahun tersebut telah memberikan manifestasi sebenar kewibawaan
institusi kehakiman negara ini sehingga ke hari ini. Jika pemecatan Tun Salleh Abas
dulu adalah titik permulaan ke arah apa yang terdapat pada hari ini, maka pendakwaan yang
berlaku, yang dipaksakan ke atas Dato Seri Anwar Ibrahim pada masa ini merupakan klimaks
kepada kehancuran apa yang telah diingini oleh Mahathir semenjak 12 tahun lalu.
Tun
Salleh Abas, Tan Sri Datuk Wan Sulaiman Pawan Teh, Datuk George Edward Seah Kim Seng, Tan
Sri Dato Hj Mohd Azmi Kamaruddin, Tan Sri Dato Eusoffee Abdoolcader dan Tan Sri Datuk Wan
Hamzah Hj Mohd Salleh merupakan kumpulan terakhir antara hakim-hakim yang masih mempunyai
maruah dan jati diri, yang sanggup kehilangan jawatan dan pangkat demi mempertahankan
keluhuran dan kedaulatan undang-undang. Saya percaya mereka ini akan terus dikenang oleh
anak bangsa yang cintakan keadilan dan kebenaran bagi generasi-generasi yang akan datang.
Inilah dia para hakim yang menjadi spesis terakhir yang tetap berpegang teguh kepada
kebenaran dan keluhuran keadilan, yang amanah dan sanggup gugur demi mempertahankan
amanah itu.
Selepas itu, dalam beberapa tahun lepas, masih ada seorang sahaja lagi
hakim yang ada sedikit keberanian tetapi disebabkan beliau keseorangan, hanya luahan hati
melalui surat layang sahajalah menjadi teman. Malangnya, kebenaran yang ingin beliau
tegakkan itu telah membawa kepada kemusnahan kepada diri beliau sendiri. Cuma ini seorang
sahajalah yang masih tinggal sisa daripada semangat jantan beberapa orang hakim di zaman
Tun Salleh Abas dahulu.
Bermulanya Proses Kehambaan Hakim-hakim
Bermula dari situlah maka para hakim yang berada di
mahkamah-mahkamah di negara ini kini seolah-olah terpaksa dan dipaksa untuk menjadi hamba
abdi. Hamba abdi ialah orang yang tidak merdeka, orang yang tidak mampu untuk menguruskan
dirinya sendiri dari segi kebebasan, orang yang terpaksa patuh dan taat kepada tuannya.
Inilah dia jiwa dan semangat para hakim yang ada pada hari ini.
Sebutlah sesiapa sahaja.
Baik dari Ketua Hakim Negara sendiri yang korup hinggalah kepada magisteret kelas dua di
mahkamah-mahkamah rendah. Dalam bahasa yang kasar, bolehlah saya katakan bahawa
hakim-hakim yang ada pada hari ini merupakan kaldai tunggangan pihak eksekutif
semata-mata. Tiada lagi prinsip “separation of power” seperti yang termaktub dalam
Perlembagaan. Yang mendominasi segala-galanya ialah pihak eksekutif yang diketuai oleh
Mahathir si Mamak Tongkang.
Demikianlah betapa negara kita kini bukan sahaja sedang
mengalami pelbagai krisis politik dan sosial yang amat tenat, malah mengalami krisis
kewibawaan institusi kehakiman yang teramat nazak sekali. Para pendokong yang berada di
dalam institusi kehakiman hari ini merupakan ‘tengkorak-tengkorak bernyawa ‘ yang
lebih teruk dan buruk dari penagih-penagih dadah yang merempat di sekitar Chow Kit Kuala
Lumpur.
Hakim-hakim Berpihak Kepada Mahathir
Kenapa dan mengapa saya boleh katakan mereka itu sebagai
‘tengkorak-tengkorak bernyawa’ ? Sebabnya ialah mereka sudah tidak boleh lagi
disifatkan sebagai manusia yang waras dan normal, yang boleh membentuk jati diri kendiri.
Yang boleh menjadi penegak keadilan dan kebenaran. Yang ada pada mereka ialah sayangkan
pangkat dan jawatan serta memastikan dapur sentiasa berasap, yang hidungnya telah
dicucuk bagai lembu kekenyangan dan lehernya ditambat bagai kambing kesejukan !
Saya minta maaflah para hakim yang “arif” sekelian. Anda sepatutnya tidak perlu marah
dengan tulisan saya yang agak celupar ini kerana segala najis dan kebusukan sudah terpalit
penuh di batang tubuh anda semua. Ini semua gara-gara takutkan si Mamak Tongkang mengatasi
ketakutan kepada Allah s.w.t. dan pembalasan Hari Akhirat. Apabila kebenaran
disembunyikan, apabila keadilan dipersetankan, apabila perut dan mulut dipentingkan,
apabila pangkat dan jawatan yang dipertahankan, maka tunggulah saat kehancuran dunia
yang anda bangga-banggakan itu. Hakim-hakim Pengugut Terbaik
Tragedi Institusi Kehakiman Negara ini kelihatan
bertambah tenat apabila DSAI dihadapkan ke muka pengadilan atas tuduhan yang tidak pernah
dapat dibuktikan secara jitu dan padu sehingga ke hari ini, bukan sahaja dari segi
perundangan, malah dari segi saintifik dan akliah sekalipun. Seperti yang saya katakan
tadi, apabila DSAI dihadapkan ke mahkamah, maka bagai lembu kekenyangan atau kambing yang
kesejukan, si durjana Augustine Paul yang belum pun disahkan ke dalam jawatannya sebagai
hakim Mahkamah Tinggi, terus menerima kes DSAI itu sebagai suatu syarat kompromi dengan
konspirator yang diketuai oleh Mahathir.
Semasa kes itu sedang berjalan, si celaka
Augustine Paul (semoga laknat Allah atasnya) telah menggunakan kuasanya sebagai
hakim untuk mengugut para peguam DSAI dengan dikenakan tindakan menghina mahkamah. Zainur
Zakaria misalnya, dikenakan penjara 3 bulan atas alasan yang paling remeh sekali.
Kemudian, peguam DSAI yang lain turut diberikan amaran. Fernando misalnya. Ini seolah-olah
sudah menjadi suatu budaya baru di kalangan para hakim menggunakan tindakan “menghina
mahkamah” sebagai senjata ampuh untuk menutup mulut para peguam dari mendedahkan
kejahatan seseorang. Yang terbaru dalam sehari dua ini, kita lihat bagaimana Hakim R.K.
Nathan dengan begitu mudah menggunakan kuasanya untuk memberi amaran dan surat tunjuk
sebab kepada Peguam Sulaiman Abdullah atas alasan yang begitu rapuh. Sebelum itu, si
Ariffin Jaka sudah beberapa kali ‘mengugut’ Karpal Singh dengan tindakan yang sama. Hakim
Ada Senjata Baru?
Ini
merupakan suatu ‘trend alaf baru’ yang cuba dicetuskan oleh para hakim, iaitu
menggunakan budaya ‘ugutan menghina mahkamah’ sebagai suatu senjata untuk memusnahkan
lawan. Perseteruan politik yang berlaku di antara orang-orang politik kini turut menjadi
wabak dan virus beracun di kalangan para hakim untuk turut sama melampiaskan nafsu
amarahnya kepada lawan yang tidak sehaluan dengan mereka. Ini merupakan suatu fenomena
baru yang terlahir di negara Malaysia Boleh ini. Apakah institusi kehakiman kita sudah
sedemikian parah sehinggakan mungkin yang para hakim yang ada itu sudah bertukar menjadi
mafia yang mengganas secara sistematik ? Atau adakah ‘hakim-hakim mafia’ belaan
Mahathir itu sudah sepenuh dan seutuhnya bertuhankan Mahathir dan bernabikan hawa nafsu
bebalnya sehingga sanggup untuk tidak memperdulikan sebarang kecaman dan kutukan
masyarakat ? Maka lantas dengan itu, kebenaran dan keadilan dipersetankan dan rakyat pula
dibiarkan dalam kebingungan dengan seribu persoalan ?
Jika benarlah andaian
saya ini, maka kita bukan sahaja akan berdepan dengan saat kehancuran disebabkan gempa
bumi sahaja, malah saat kehancuran yang disebabkan oleh tindakan bebal para kaldai
tunggangan Mahathir itulah sebenarnya yang lebih berbahaya dan parah lagi. Jika
kepercayaan dan keyakinan terhadap institusi kehakiman oleh rakyat sudah musnah,
maka apa lagi yang hendak dibanggakan oleh mereka-mereka yang menjadi hakim itu ? Atau
memadailah jika mereka hanya dapat membanggakan atau memuaskan hati si Mamak Tongkang
itu sahaja .
Saya tidak tahu sampai bila hakim-hakim itu mahu menjadi kaldai
tunggangan Mahathir, yang boleh ditunggang dan dipikulkan apa sahaja tanpa berani
mempersoalkan adakah ianya benar atau salah. Jika pihak polis telah dilabelkan oleh rakyat
sebagai ‘anjing’ Mahathir, rasanya tidak salah jika para hakim pula dilabelkan sebagai
‘kaldai’ Mahathir. Jika anjing masih ditakuti kerana salakkannya, maka kaldai apa pula
yang hendak ditakuti ? Saya berharap tulisan ini dilihat dan dibaca oleh si Rais
Pembakar Jambatan itu. Mana tahu kalau-kalau hal ini boleh dijadikan topik thesis “ PhD
Keduanya” pulak !!
Cucu Datuk Bahaman
|