GELOMBANG KONSPIRASI KE-DUA: PERANCANGAN
MAHATHIR YANG LEBIH BERBAHAYA
Bahagian 2
Manusia merancang, Allah swt. juga merancang. Bagaimana jika rancangan Mahathir terhadap
UMNO dan sebaliknya, gagal?
Terbayang Percanggahan “Dalaman”
Apa yang nyata sekarang, Mahathir makin nampak bahawa sebahagian besar pemimpin UMNO (75%)
dan BN sudah mulai sedar mereka dipergunakan oleh beliau dan Kroninya. Mahathir juga
nampak UMNO sudah mulai menentangnya secara terang-terang. Perhimpunan Mei 2000
menyaksikan dua insiden yang dipamerkan oleh perwakilan yang memberi Mahathir bacaan
paling menakutkan. ‘Boooo….!! terhadap Rafidah dan kemenangan 12 undi cuma adalah
petanda yang menunjukkan bahawa WANITA sudah terbelah dua. Perwakilan (secara keseluruhan)
tidak menghormati Rafidah. Ejekan seumpama itu adalah pertama kali dalam sejarah UMNO.
Dengan itu, agenda “wanita’ rekaan Mahathir memberi petanda: GAGAL.
Siti Zaharah ‘menang’ dalam “kalah”. Rafidah tidak akan mampu membawa perubahan
total yang menguntungkan politik Mahathir. Bantahan pemimpin grassroot makin
menyulitkan dan mencabar. Urusan Rafidah untuk menguasai WANITA pada tahun-tahun mendatang
pasti sukar. Kegagalan Rafidah adalah kegagalan Mahathir. (Di luar Dewan ada yang
bergurau..”Eloklah, sorang Pak Pandir sorang mak Andeh..” ketawa semua).
Kedua, dengan menyelinapnya ‘Geng 15’ kedalam MKT, walaupun dihadapan Mahathir mereka
semacam menikus “yesmen”, tetapi dibelakang-belakang, Mahathir adalah orang yang
dibenci dan dikutuk habis-habisan. Bermakna rancangan Mahathir telah gagal ditengah jalan.
Sekali lagi kekuatan pemimpin grassroot UMNO memainkan peranan.
Dengan timbulnya bermacam-macam isu “melindungi rasuah” melibatkan Mahathir secara
langsung dan terang-terang [seperti yang terbongkar di mahkamah oleh Datuk Shafie Yahya
(BPR)], Mahathir merasa keadaan tidak lagi menyebelahi beliau. Mungkin Mahathir berjaya
menggubal Konspirasi Ke-2 nya, tetapi risiko dan implikasinya adalah negatif terhadap imej
UMNO.
Campurtangan beliau secara langsung dalam keputusan ‘outright’ yang tidak demokratik
menggunakan “belukang” upahan seperti peguam K. Raja Segaran untuk mendapat perintah
sementara menghalang Majlis Peguam daripada meneruskan mesyuarat tergempar yang bertujuan
mendesak pergantungan jawatan dan menubuhkan satu suruhanjaya siasatan terhadap Ketua
Hakim Negara, Tun Eusoff Chin; dan didengar pula di depan seorang hakim R. K. Nathan
(berstatus “belukang upahan” juga), kenyataan Mahathir melanjutkan tempoh jawatan
Eusoff Chin, sokongan Pemuda UMNO dalam pertelingkahan Rais-Eusoff Chin & Lamin –
adalah sangat mengkacaubilaukan keadaan sebenar.
Itu adalah Konspirasi untuk menyelamatkan Mahathir semata-mata. Konspirasi itu sudah
diduga. Masakan 8000 peguam yang faham ‘jig-saw puzzle’ semudah itu tidak mengetahui
apa yang ada dalam ‘perut’ Mahathir dan Eusoff Chin. Keterlibatan Mahathir dalam isu
kebangkrupan PERWAJA dan skandal Mahathir-Eric Cheah yang sengaja dipenyap, pertelingkahan
Mahathir-Daim bagai ‘api dalam sekam’, kes Rasuah Ling Leong Sik dalam isu pampasan
RM40 juta penternak khinzir dan penjualan tanah 200 hektar bagi penempatan semula
penternak terbabit dan lesapnya wang RM240 juta itu (ditangan Leong Sik) entah kemana
hingga menimbulkan isu kepada MCA, dan puluhan yang lain – adalah bayangan siri
tekanan yang menunjukkan Mahathir sedemikian lemah dan terdedah kepada tekanan puak UMNO
dan komponen BN yang tidak berasa senang kepadanya.
Kesemua ini adalah menunjukkan bahawa bukan Mahathir yang “berkuasa mutlak” dan
mempunyai daya mengungut pemimpin UMNO; tetapi sekarang adalah sebaliknya. Oleh itu,
pemimpin UMNO sudah mulai ‘engkar’ dan tidak mahu lagi akur total (jika mereka mahu)
dengan sebarang arahan Mahathir yang makin liar. Pemimpin UMNO dari “Kelompok Sedar”
ini telah mengambil sikap membiarkan rakyat dan pemimpin UMNO bawahan menyuarakan
bantahan senyap (berserta Pembangkang) terhadap Mahathir. Mereka membiarkan Mahathir
komited lebih dalam lagi hingga terbenam, tidak boleh timbul dan bernafas.
Agenda Mahathir Bertentangan Dengan UMNO/BN
Para pemimpinan UMNO dan BN (khususnya MCA) merasa sedikit resah dan gelisah dengan
kenyataan Mahathir mengenai isu Perdana Menteri yang disebut oleh beliau di Perhimpunan
MCA baru-baru ini. Bukan kerana apa yang dinyatakan oleh Mahathir itu akan dilaksanakan,
tetapi mereka tidak suka Mahathir meletakkan kedua-dua komponen BN itu dalam hubungan
tegang hasil dari adu-domba Mahathir sebagai pucuk pimpinan BN.
Pemimpin kedua-dua komponen BN terbabit telah sepakat berpendirian bahawa sebenarnya
Mahathir hendak mencari jalan keluar. Kerana, beliau adalah dalam keadaan terlalu tertekan
dan terhimpit dengan masalah yang timbul dari sikap beliau melindungi rasuah kroninya
(Abol Hassan, Rafidah, dll termasuk kes Ketua Hakim Negara Eusoff Chin. Mahathir sengaja
menyatakan kontrak Eusoff Chin akan dipanjangkan); maka beliau mencari helah. MCA
berkemungkinan akan mengadakan siri dailog dengan PAS dalam beberapa isu. Ini bukan
mencari publisiti murahan tetapi mempelajari dasar dan komitmen sebenar PAS yang
memungkinkan kaum bukan Islam membuat appresiasi terhadap pentadbiran PAS/BA.
MCA sudah nampak bahawa DAP sudah jauh ke hadapan dalam perkara ini. Penilaian dan
pemantauan MCA menunjukkan bahawa penyokong MCA di Terengganu dan Kelantan telah memberi
sokongan hebat dengan penyesuaian mudah terhadap dasar dan amalan kepimpinan dan
pentadbiran PAS/BA di sana. Dengan itu Mahathir mengambil jalan paling berisiko tinggi
dengan menyentuh isu Perdana Menteri dari keturunan bukan Melayu itu. Harapannya supaya
rakyat akan beralih dari isu keterlibatan dirinya dengan rasuah. Berasaskan Akta yang ada,
Mahathir boleh dikenakan tindakan undang-undang (Akta Hasutan). Mahathir sendiri makin
rasa kecundang.
Proses UMNO/BN Membersihkan Nama
Umum telah mengetahui bahawa keputusan yang melapurkan Mahathir sendiri tidak mahu
penyiasatan keatas beberapa kes rasuah dan penyelewengan melibatkan beberapa pemimpin
dalam UMNO (Rafidah Aziz, dan puluhan MB dan Menteri) dan BN (Ling Leong Sik dan Samy
Velu) serta kakitangan awam (Ketua Hakim Negara Tun Eusoff Chin, Peguam Negara
Mokhtar Abdullah, Bekas KP Perancang Ekonomi Abol Hassan dll), siasatan keatas skandal
PERWAJA, Telekom, dll. dari diteruskan – adalah bersebab dari sangkut-paut beliau
dengan kepentingan diri (Mahathir), anak-anak dan Kroninya.
Hematnya, jika satu “pekong” terdedah, seluruh tenaga-kerja Jabatan Kehakiman, Jabatan
Peguam Negara dan BPR memerlukan 5 – 10 tahun untuk menjalankan perbicaraan dan
membuat keputusan. Rakyat tentu nampak bagaimana kes rasuah Soeharto bergerak bagai
‘semut’. Kalau mereka yang terlibat diletakkan sebagai tahanan, penjara-penjara yang
ada tidak cukup menempatkan mereka sementara tiap-tiap prosiding mahkamah ditamatkan.
Mungkin ada yang mati sebelum kes-kes itu tamat.
Tetapi, itu sajalah jalan bagi UMNO/BN untuk meningkatkan kewibawaan parti. Ramai yang
menykong supaya kesempatan penahanan Mahathir dan beberapa pemimpinan BN yang terlibat
dengan Rasuah dipergunakan dalam keadaan terlalu terdesak. Kes-kes itu akan dijadikan
bukti bahawa UMNO/BN tidak pandang bulu menangani isu besar itu. Diharap dengan itu rakyat
akan dapat di”turnover”. Walaupun risiko ini amat tinggi kepada UMNO/BN; tetapi inilah
saja modal politik terbesar yang termampu bagi UMNO/BN mengadapi pilihanraya ke-11.
UMNO/BN tidak boleh bergantung semata-mata kepada fakta-fakta ‘defensive’. Rakyat mahu
tengok satu perubahan total jika UMNO/BN mahu terus “survive”. (Changes are not only
said to be done but must be seen to be done and well done!). Rakyat sudah pintar. Mungkin
beberapa kerat dikalangan pemimpin UMNO/BN saja yang masih berotak cetek dalam kategori
“bebal @ bangang”!
Mahathir Dalam Kerunsingan Amat
Dengan itu Mahathir hanya ada cuma satu pilihan, iaitu menuntup pintu “demokrasi’ dan
bertindak menggunakan “kekerasan” (walaupun menafikan keutuhan undang-undang).
Mahathir dengan beberapa orang kroni dan pemikir “impot” (bukan mereka dari kalangan
UMNO/BN) telah memutuskan akan menangkap dan memenjarakan beberapa orang pemimpin di
kalangan parti sendiri yang didapati belot dan berpaling tadah kepada beliau. Akta
ISA dan Hasutan akan digunakan! Masalah yang akan menimpa, UMNO/BN akan porak peranda.
Sekaligus, Mahathir sendiri akan diperap dipenjara sebelum ada pihak yang kena. Mahathir
makin delimma lagi!
Mahathir merancang akan mengadakan siri lawatan keluar negara sebagai menunjukkan bahawa
keadaan adalah seperti biasa. Kununnya, lawatan itu akan membayangkan bahawa
segala-galanya adalah tenang dan stabil, dan beliau terus berkuasa dengan mantap (paling
kurang sementara beliau masih hidup dan bernyawa). Mahathir tidak mahu menanggung malu
seperti Soeharto dan Marcos, atau Mobutu dan Shah Iran. Apatah lagi seperti nasib
Caucescue, Diktator Romania !!
Untuk terhindar dari musibah paling menakutkan itu, Mahathir (dengan kuasa yang tersisa)
telah dinasihatkan oleh juruperunding “khasnya” (puak Freemason Yahudi) supaya
menggunakan pelbagai macam kuasa. Mahathir dinasihatkan melalui beberapa “micro-plans”
untuk mencegah senjata “demokratik” rakyat (untuk menumbangkannya) disekat samada
secara lebih keras mau pun sulit. Penguatkuasaan dan perlaksanaannya
berperingkat-peringkat. A
ntaranya yang telah diputuskan (rahsia terperingkat), Mahathir akan:
- menerus dan merestui rasuah dan melindungi sebarang kroni yang terbabit, samada
dalam kelompok pimpinan kerajaan atau kakitangan awam; dengan syarat mereka akur
dengan kemahuannya (keputusan melanjutkan kontrak jawatan Ketua Hakim Negara dan
menolak supaya beliau diheret ke mahkamah, dll);
- merancang untuk mengugut dan memaksa atau memberi ganjaran rasuah dan melindungi
sebarang saksi yang berpotensi membocorkan rahsia terperingkat mengenai kebusukan
beliau selama ini (termasuk polis, tentara dan kakitangan awam, dll.);
- meneruskan politik wang dalam UMNO/BN dan akan menggunakan kuasa wang untuk
memanipulasi sebarang pilihanraya dengan kerjasama SPR dan agen-agen kerajaan seperti
BTN, KEMAS, dll.;
- melaksana dan meneruskan agenda Fitnah (khususnya terhadap parti Pembangkang PAS dan
KeADILan) dan ‘membeli’ pemimpin mereka dengan upah supaya mereka-reka cerita
bohong dalam media (sekalipun dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan palsu);
- menapis puak ulamak yang serasi dengan matlamat beliau untuk terus berkuasa,
sekaligus akan merombak, mengatur dan mengawal semula fungsi masjid melalui pegawai
pilihan UMNO saja, menentukan para penceramah, memantau sebarang ceramah, menentukan
khutbah yang menyokong regim ini hingga ketahap membuat sindiran bersandarkan tafsiran
firman dan sunnah yang sengaja diputar-belitkan;
- menghatar ‘kader-kader’ (programe “anak angkat”) ke kampung-kampung dalam
pendalaman (terdiri dari penuntut dan para mahawiswa dan kakitangan awam akan baru dan
di ‘ear-marked’ untuk kenaikan pangkat sebagai upah-ganjaran) supaya menghasut,
memfitnah Pembangkang; sementara itu menyokong dan memperakukan segala tindak tanduk
Mahathir (setelah mereka diberi program intensif). UMNO dan komponen BN (diperingkat
Pertengahan dan Bawahan) telah diarah untuk memberi kerjasama total meminta orang
kampung supaya menerima programe “anak angkat” ini.
- jika keadaan terlalu mendesak, akan dilaksanakan satu “Ops Lalang” sekali lagi
termasuk pemimpin UMNO/BN yang berpaling tadah (tetapi ada pihak yang akan menentang
keras). Siri kegiatan ini akan dipertingkat dan diperhebat menjelang tahun 2003/4 ini.
Sekarang tumpuan paling serius sedang dilaksanakan di Terengganu dan Kelantan.
Beberapa tempat di Perak, Kedah, Pahang dan Selangor telah ditanda. Banyak
diantara orang kampung menerima ‘anak angkat buruk laku’ itu kerana terpaksa.
Malangnya ada diantara mereka (anak angkat) itu bersikap angkuh dan mengugut. Ada yang
bertengkar dengan “bapak angkat seminggu” mereka kerana antara “anak
angkat-bapak angkat” tak sebulu. Mungkin program “jahat” ini umpama senjata
makan tuan. Orang kampung menganggap ‘anak angkat’ itu adalah “spy” mengitip
fahaman politik mereka. Pun terjadi, beberapa oang anak angkat itu lebih
“membangkang dari pembangkang”. Ini membawa penyakit besar kepada UMNO. Jadi,
dalam ramai-ramai anak angkat itu, ada yang balik ke JPA tak dapat naik pangkat.
(Nota: Bersambung ke Bahagian 3: Rancangan Mahathir vs UMNO/BN – pihak mana akan
berjaya?)
Amin Sapiro (Ahli UMNO atas Pagar Berduri)
|