GELOMBANG KONSPIRASI KE-DUA: PERANCANGAN
MAHATHIR YANG LEBIH BERBAHAYA
Bahagian 1
Mahathir Tidak Banyak Pilihan Lagi
Apa pilihan Dr. Mahathir untuk meletakkan UMNO/BN sebagai sebuah parti yang mampu
menerajui negara selepas tahun 2003/4?
Persoalan ini bukan saja memeningkan kepala Mahathir, malah beberapa kelompok
kepimpinan UMNO dan komponen BN turut merasa gugatannya. Adakah kenyataan mengenai “PM
bukan-Melayu” itu suatu alternatif terbaik bagi menyelamatkan dirinya disamping
meraih sokongan orang Melayu dan bukan Melayu? Atau, kenyataan itu membunuh UMNO/BN
sekaligus? Apa implikasi padangan semua pihak terhadap beliau sekarang?
Ramai yang berkata, nampaknya, makin lama makin Mahathir kehilangan pedoman dalam mencari
arah menepati fungsinya sebagai pemimpin rakyat berbilang kaum. Mungkin kepimpinannya
sudah terluka begitu parah. Mungkin juga inilah perilaku seorang pemimpin yang makin
“lemah” dan tersingkir!
Latarbelakang Semasa Isu Anwar
Sudah hampir dua (2) tahun, namun Anwar masih lagi menjadi igauan Mahathir, UMNO dan BN.
Mahathir dengan segala daya kepimpinnya, yang pada mulanya cuba menganggap gerakan
Reformasi itu sesuatu yang remeh dan setakat gugatan pemuda jalanan; terbukti sekarang
sebagai tanggapan yang salah.
Buktinya adalah jelas, pilihanraya ke-10 memberi bekas dan lataman yang sangat mendalam
hingga menyebabkan UMNO dan BN hilang kewibawaan. Sekarang gerakan Reformasi sudah wujud
dengan gahnya. Ia telah mendapat tempat bertinjak untuk melaksanakan agenda. Walaupun dua
tahun dulu ia bermula di peringkat ‘jalanan’, tapi kini regim Mahathir telah
mulai goyang dan makin gelabah kesan dari solidariti dan kegigihan mereka.
Tuntutan “Keadilan” dan kekuatan menumbangkan “Kezaliman” massa yang diterjemahkan
oleh penyokong reformasi Anwar bukan satu perkara yang semudah itu dipadamkan. Yang
menyulit dan menyakitkan regim Mahathir untuk membunuhnya ialah: Perjuangan para
reformis adalah konsisten. Mereka bukan setakat mendapat penghayatan dari rakyat,
malahan pembentukan Barisan Alternatif telah menjadi batu sempadan yang memisahkan zaman
kegemilangan UMNO/BN sebagai parti monopoli.
Barisan Alternatif (BA) telah melukis satu garis panjang yang memisahkan dua
ideologi yang berbeda antara amalan UMNO/BN dengan kemahuan rakyat. Disinilah bermula
merosotnya sokongan rakyat terhadap UMNO/BN dan menghebatnya dukungan rakyat terhadap BA.
Kerana politik itu ada ‘besar’ dan saikoloji manusia tidak semudah itu di
‘turnover’, masa yang makin singkat tidak akan memberi ruang yang banyak kepada
Mahathir dengan segala pemimpin yang ada dalam UMNO dan BN menerap dan memupuk keyakinan
massa semula.
Tambahan pula, apa yang dilakukan oleh Mahathir dan para pemimpin dalam UMNO dan BN,
makin jelas bertentangan dengan prinsip undang-undang dan norma budaya dan kemahuan massa
yang kian bertamaddun. Sekaligus ini meletakkan parti itu jauh kebelakang. Keadaan
ini membawa kepada senario politik domestik yang jauh berbeda dari sebelum Anwar
dipecat.
Domestik
Terdengar percakapan di belakang tabir, berita angin yang bertiup kencang menyebut
Mahathir dalam keadaan paling tertekan dan sedang menerima tekanan yang kuat. Banyak pihak
mengatakan ia memang benar. Cuma orang UMNO dan beberapa individu dalam BN yang terdekat
dalam kelompok “inner circle” sahaja yang tau hakikat sebanar.
Rumusannya: UMNO memang parah dilanda masalah dalam yang serius. Begitu juga MCA. Kini,
kedua-dua komponen BN ini sedang mengahadapi perpecahan dalaman yang serius bukan-bukan.
Gejala Kem berpuak-puak dan Team dalam parti makin mencabar ke’presidenan’ Mahathir
dan kepimpinan MCA. Segala-galanya menuju ke satu hala yang jelas, iaitu “penyingkiran
Dr. Mahathir bukan lagi satu ura-ura atau pura-pura”.
Sesungguhnya, Mahathir memang sudah terlalu jauh menyimpang dari kenyataan poitik dan
budaya rakyat. Beliau telah diputuskan oleh majoriti pemimpin UMNO (khususnya) dan
segolongan komponen Barisan Nasional (umumnya) supaya beliau tidak lagi menerajui politik
dan pentadbiran negara. Ini di satu pihak. UMNO dan MCA merasa amat tersinggung dengan
kenyataan Mahathir membangkit isu “adu-domba” mengenai “PM bukan Melayu”
itu.
MCA sepakat tidak suka Mahathir mempergunakan MCA sebagai alat untuk menepis hujah
kebencian UMNO untuk meraih simpati dan sokongan orang Melayu terhadap dirinya. Kenyataan
Mahathir adalah bertujuan peribadi, terkeluar jauh dari konsep berbaik-baik sangka antara
kaum di negara ini. Kedua-dua parti bersependapat bahawa Mahathir sengaja mencetuskan
adu-domba dan masalah. Dengan itu, kenyataan Mahathir itu tidak dipedulikan. Sebaliknya
kebencian komponen BN kian marak ‘menyumpah’ Mahathir.
Di satu pihak yang lain, Mahathir dan beberapa pihak dalam UMNO/BN mengakui bahawa Barisan
Alternatif adalah ancaman paling hebat yang pasti mampu menghakis keutuhan UMNO/BN
untuk menerajui Kerajaan dalam pilihanraya ke-11. Ini adalah senario yang amat
merunsingkan. Ditambah dengan beberapa puak dalam UMNO/BN yang pada mulanya saling
bercakaran sesama sendiri, kini telah sepakat iaitu bagi menyelamatkan parti; satu
tindakan tegas harus dirancang dan dilaksanakan segera. Hampir mereka mencapai keputusan
iaitu “Mahathir harus DISINGKIRKAN mulai sekarang”..!!
Antarabangsa
Apa yang paling dicurigai adalah, Dr. Mahathir sebagai ketua kepimpinan negara bukan
setakat tidak dihormati didalam politik domestik, malah beliau sudah hilang kewibawaan di
arena politik antarabangsa amnya.
Yang paling terkini, Mahathir yang dulu menjadi fokus berbicara antara ketua-ketua
pemimpin negara ASEAN khususnya dan Asia Timur amnya, sudah hilang “taring”. Ini tidak
baik kepada imej Malaysia di arena antarabangsa.
Di Tokyo baru-baru ini, lawatan dan ucapan Mahathir di Forum terbabit ditafsirkan oleh
ketua-ketua negara Asean dan Asia sebagai tidak langsung berkesan. Beliau telah gagal
untuk membangkitkan keinginan negara Asia untuk menyokong beliau. Delegasi
mentakrifkan Mahathir sebagai seorang yang cuma pandai bercakap tetapi tidak tahu menilai
implikasi dari perlaksanakan cadangan “cacamarba”nya.
Lawatan Mahathir ke Indonesia beberap bulan dulu dan perckapan beliau kepada pemimpin
negara jiran itu telah diragui keikhlasannya. Gus Dur telah menyindir Mahathir dengan
selamba. Ramai pemimpin Indonesia yang ketawa. Kerana itu media tempatan arus perdana
telah diarah supaya meburuk-burukan imej Gus Dur, hingga kerap dilihat pelbagai umpat-keji
dan rencana tidak beretika dijadikan tajuk dalam media arus perdana di Malaysia.
Negara Asia menganggap bahawa tempoh Mahathir sudah lupus. Mereka menanti Datuk Seri Anwar
Ibrahim memimpin Malaysia ke arah era baru. Cadangan Mahathir untuk meletakkan East Asian
Economic Caucus (EAEC) dalam kerangka sistem ekonomi antarabangsa ditakrifkan sebagai
tidak praktikal. Tambahan pula, keterampilan Mahathir sudah tidak disegani oleh hampir
semua pemimpin negara lingkungan ‘Pacific Rim’. Mereka melihat bahawa kepimpinan dan
parti yang menerajui Malaysia selepas tahun 2004, bukan lagi UMNO/BN dengan Mahathir atau
jongos yang sekongkol dengan beliau (Mahathir). Malaysia dijangka akan mengalami iklim
perubahan politik yang total.
Dari petanda yang tersebar di arena antarabangsa sekarang, lawatan Rafidah Aziz ke luar
negara baru-baru ini adalah total gagal dan tidak menemui sasaran. Bermakna, pelaburan
luar akan terus tandus dan ekonomi Malaysia dalam tempoh 4 tahun mendatang ini akan kekal
sebagai ‘rangkakan kura-kura’. Semua ini bukan kerana apa-apa, semata-mata berpunca
dari kedudukan Mahathir yang ditolak rakyat dan pertelagahan UMNO/BN tidak lagi diyakini
sebagai pentadbir negara yang berwibawa. Malaysia sedang berhadapan dengan “krisis
keyakinan’ antarabangsa. Itu adalah satu malapetaka. UMNO/BN dan Perdana Menteri dari
kelompok mereka sudah tidak releven!!
UMNO/BN Makin Berwaspada
Beberapa kelompok dan Team dalam kepimpinan UMNO dan BN (yang saling bercakaran dan
mengalami masalah dalaman) merasa perlu untuk bertindak lebih jelas dan tegas demi
menyelamatkan parti. Mereka mengakui wujudnya 3 faktor besar yang wajib di selesaikan
sebelum menghadapi Pilihanraya ke-11, iaitu:
(a) menyelesaikan masalah dalaman parti komponen, dan mencari tindakan alternatif; (b)
mencari ikhtiar terbaik untuk menyaingi (bukan menyekat kerana tidak mungkin lagi)
kehebatan pengaruh Barisan Alternatif; (c) mengendurkan tanggapan yang makin
memburuk terhadap Kerajaan pimpinan Mahathir yang persis “undemocratic” berhaluan
‘Diktator-Fascis’.
Kepimpinan UMNO dan BN tidak ada jalan lain melainkan samada menasihatkan Mahathir
berundur dengan baik atau ‘memaksa’ beliau meletakkan jawatan melalui ‘tekanan’
(walaupun berakhir dengan ‘disgrace’ yang memalukan).
Faktor di (a) telah hampir diputuskan melalui prinsip iaitu “yang busuk mesti
dibuang”. Bermakna UMNO dan MCA wajib merobah pucuk pimpinan mengikut cara yang
terbaik, kecuali jika tidak ada jalan lain.
Terdengar, UMNO dan MCA akan mengenakan Akta Rasuah yang tegas dan keras terhadap mereka
yang bersalah. Kepimpinan UMNO di peringkat Pertengahan telah memutuskan supaya pimpinan
UMNO yang berwibawa wajar menyokong usul untuk membawa Mahathir sebagai saksi dalam kes
tuduhan palsu terhadap DS Anwar. Sekaligus, mereka dituntut mengulang bicara Anwar di
Mahkamah Rayuan Persekutuan. Jika Mahathir engkar menjadi saksi, beliau akan diheret ke
mahkamah atas tuduhan “terlibat menyekat siasatan Kes Rasuah Abol Hassan, Rafidah,
dll.).
MCA pula akan membawa kes Ling Leong Sik ke mahkamah. Semua mereka akan dikenakan tahanan.
Penahanan pemimpin terbabit akan merobah imej kerajaan UMNO/BN sedikit demi sedikit
menjelang pilihanraya ke-11.
Faktor (b), Kerajaan akan mengendurkan kekangan terhadap BA dan mewujudkan persaingan yang
sihat. Keadaan sekarang tidak langsung memberi kesan, malah ia makin menyempitkan
kedudukan UMNO dan BN untuk meraih pengaruh di kalangan rakyat (khususnya bakal pengundi
muda).
Jumlah 1.6 juta pengundi muda yang terpelajar tidak semudah itu di “turnover”. Media
massa akan dilonggarkan. Dengan itu akhbar arus perdana yang sudah rugi beratus juta akan
mendapat pembaca semua.
Faktor (c) dijangka akan merubah persepsi pelabur asing. Kelonggaran syarat dan peraturan
kewangan akan memberi ransangan kepada keadaan aliran modal ke dalam negara. Hanya dengan
itu, pelabur tempatan yang menyimpan wang di luar negara (hampir RM40 billion) akan datang
semula. KLSE yang sedang merudum dijangka akan pulih dan jentera ekonomi akan bergerak
semula. Itu adalah rancangan drastik yang bertujuan positif yang akan dilaksanakan.
Dalam tempoh yang singkat ini , jika keadaan tidak berubah, pentadbiran Mahathir &
UMNO/BN pasti akan tambah parah.
(Nota: Bersambung ke-Bahagian 2: Bagaimana jika rancangan itu gagal?)
Amin Sapiro (Ahli UMNO atas Pagar Berduri)
|