|
PANDANGAN YANG PERLU DIFIKIRKAN BERSAMADipetik dari kunjungan pembaca ke Laman Harakah.daily Lebih baik bawah Umno dari bawah PASSdr Pengarang, Sebagai seorang rakyat Malaysia berketurunan Cina, saya tak kisah samada Melayu, Cina atau India yang menjadi PM, yang pentingnya ialah PM tersebut bersifat adil saksama terhadap semua kaum di Malaysia, Di dalam pemerintahan BN kaum bukan Melayu telah di abaikan sama sekali, manakala kaum Melayu pula banyak lagi yang hidup dalam kemiskinan kecuali kroni-kroni UMNO yang tertentu yang terlalu kaya. Apakah gunanya kalau Malaysia mempunyai seorang PM dari Cina atau India jikalau perkara yang sama berlaku seperti sekarang? Bagi PAS pula nak mengharapkannya menjadi kerajaan pusat memanglah bagai mimpi yang jauh lagi. Pas telah mengambil segala usaha untuk mengambil hati kaum Cina di Malaysia tetapi telah mengambil langkah yang tidak betul dan masih gagal. Oleh itu di sini ingin saya terangkan kepada Pas apakah kebimbangan masyarakat Cina terhadap Pas semoga PAS memahami keadaan sebenar supaya Pas tahu apakah yang harus di buat untuk menambat hati kaum Cina: 1) Kebimbangan orang Cina dan Melayu terhadap PAS ialah jikalau PAS menjadi kerajaan pusat, Pas akan bermusuhan dengan kebanyakan negara barat khususnya Amerika, kesannya Malaysia mungkin mengalami sekatan ekonomi daripada barat dan ini akan menjejaskan hidup mereka dari segi ekonomi. 2) Kebimbangan orang Cina terhadap PAS ialah jikalau PAS menjadi kerajaan pusat, tidak ada satu pun menteri kabinet dari orang Cina, kita dapat lihat seperti di Kelantan dan Terengganu, tiada satu pun ahli exco negeri yang dilantik dari kalangan orang Cina sama sekali. DAP telah banyak berkorban demi PAS dan wajarlah dilantik satu atau dua ahli exco daripada kalangan DAP untuk berkhidmat kepada rakyat supaya PAS dapat membuktikan bahawa ia tidaklah tamak sama sekali dan sedia berkongsi sebiji kek dengan kaum yang lain. 3) Kebimbangan orang Cina dan Melayu terhadap PAS ialah jikalau PAS menjadi kerajaan pusat, semua karaoke, panggung, drama tv diharamkan kerana tidak sesuai dengan Islam! Akibatnya kita mungkin hanya dapat menonton drama yang bercirikan Islam saja di tv atau gambar perempuan bertudung kepala sahaja sepanjang hari. Cubalah fikirkan bagaimana orang Cina boleh terima? Kita haruslah faham bahawa orang Cina amatlah mementingkan hiburan, sedangkan kebanyakan orang Islam pun tak dapat terimanya sama sekali!! 4) Kebimbangan orang Cina terhadap PAS ialah jikalau PAS menjadi kerajaan pusat, anak anak mereka akan diwajibkan menerima pendidikan Islam di semua sekolah dan mereka tidak di benarkan mengawal agama anak mereka. 5) Kebimbangan orang Cina terhadap PAS ialah jikalau PAS menjadi kerajaan pusat, tiada lagi babi dibenarkan diternak sama sekali di Malaysia, tiada juga gereja dan kuil dibina lagi. Saya ingin meminta maaf sekiranya apa apa komen saya menyinggung PAS tetapi itulah kenyataan yang ingin saya maklum kan, semua rakyat di Malaysia sudah pun tahu kecurangan BN dan segala kekotoran BN tetapi mereka terpaksa bulat bulat menyokong BN kerana mereka sanggup menghadapi segala kekotoran BN daripada memilih PAS menjadi pemerintah atas sebab sebab yang saya nyatakan di atas. Johnny Tung |
Sampaikan pandangan serta informasi kepada mindarakyat@hotmail.com
TheCounter.Com |