|
UMNO: CHE DET KEPALA “TIDAK BEGITU BETUL”!KOMENTAR: Tarmizi Mohd Jam
Betapa Umno yang ada sekarang turut dipenuhi oleh orang-orang yang tidak
begitu betul telah diakui sendiri oleh Presidennya, Mahathir
Mohamad. “Jelas, untuk bersihkan politik parti bukan sesuatu yang mudah. Kalau ada orang
yang “tidak
begitu betul”, maka politik wang akan berlaku”,
katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno 17
April lalu.
Dalam kenyataannya itu, Mahathir
turut mendedahkan perangai buruk ahli-ahli partinya, terutama mereka yang menjadi
perwakilan ke Perhimpunan Agung Umno. Kata beliau, “Ini (membenteras politik wang) bukan
sesuatu yang mudah dilakukan kerana kita dapati ada juga mereka yang akan menjadi wakil ke
perhimpunan agung ini cuba mendapatkan sesuatu dengan berjumpa dengan calon-calon, jika
ingin mendapatkan undi daripada mereka”.
Dua hari selepas itu, Pengerusi
Jawatankuasa Pengurusan dan Disiplin Umno, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengesahkan
berlakunya kes politik wang membabitkan calon-calon MT. Jawatankuasa itu, katanya sedang
menyiasat sekurang-kurangnya tiga kes politik wang bersama bukti kukuh.
Ada pihak yang menyifatkan bahawa
satu-satunya persamaan antara Perhimpunan Agung Umno dahulu dan sekarang ialah pakaian
perwakilannya. Baju Melayu, songkok dan sampin bagi yang lelaki. Manakala bagi yang
perempuan pula ialah baju kurung dan selendang. Ada pun aspek-aspek yang lain,
keseluruhannya amat berbeza.
Delegasi Umno dahulu kebanyakannya
dipenuhi guru-guru, kakitangan kerajaan dan ahli perniagaan yang menghayati perjuangan
sedari usia muda. Mereka hadir ke ibukota dengan menaiki bas atau keretapi, dan menginap
di hotel kelas ekonomi atau rumah tumpangan.
Umno Alaf Baru pula dipenuhi oleh
para aktivis muda yang berpendidikan tinggi dan mempunyai pekerjaan yang baik. Mereka
datang dengan kereta sendiri, atau dengan khidmat kapal terbang dan menginap pula di
hotel-hotel kelas pertama. “Kemewahan” yang mereka kecapi itu ada sebabnya. Pertama,
mungkin kerana mereka memang berpendapatan agak lumayan. Kedua, mungkin kerana kehadiran
mereka mendapat sponsorship daripada pihak-pihak
tertentu, terutamanya pihak yang mahu mengekalkan reputasi kepimpinan masing-masing atau
sedang merebut sesuatu kedudukan dalam parti. Rupa-rupanya pendidikan yang tinggi dan
pekerjaan yang baik serta usia yang muda itu gagal menjadi satu aset berguna untuk
menguatkan Umno.
“Ramai
antara mereka mula berjuang untuk kepentingan peribadi dan bukan lagi demi parti dan orang
ramai”, kata Tan Sri Aziz Tapa, seorang veteran Umno yang masih setia dengan perjuangan
asal Umno. Beliau turut percaya bahawa
delegasi generasi baru ini lebih cenderung menggunakan wang untuk mencari kedudukan di
dalam parti.
Kenyataan kedua-dua pemimpin utama
Umno dan juga pengamatan veteran parti itu secara kesimpulannya mendedahkan bahawa politik
wang memang wujud dalam Umno. Manakala orang yang terlibat dengan politik wang ini, sama
ada pemberi atau penerima, telah disifatkan oleh Presidennya sendiri sebagai “tidak
begitu betul”. Mengaku atau tidak,
itulah perangai yang mendominasi politik dalaman Umno kini.
Dalam erti kata yang lain,
orang-orang yang, menurut Mahathir, “tidak
begitu betul” inilah yang mewarnai
politik Umno kini. Itu bermakna kerajaan yang ada sekarang juga turut diwarnai
sebahagiannya oleh orang-orang yang menurut Mahathir “tidak
begitu betul” itu. Inilah yang geli
geleman untuk diulas panjang. Mahathir mengakui secara berjela-jela tentang wujudnya ahli
Umno yang “tidak
begitu betul” dalam parti Umno (Baru)
nya itu. Sama ada benar atau tidak, ini diakui sendiri oleh Mahathir.
Sebagai penganalisis politik, tidak
segan silu untuk saya membuat hipotesis bahawa Mahathir pula KEPALA kepada ahli-ahli Umno
yang “tidak
begitu betul” itu. Alangkah
terperanjatnya kita bila membelek-belek kenyataan Mahathir pada bulan April, lalu.
Pengakuannya adalah pendedahan berani. Menganggap ahli-ahli dan para perwakilan Umno
sebagai orang yang “tidak
begitu betul” ibarat meludah ke
langit. Air liur tersembur, balik-balik Mahathir juga menadah muka. Macam orang tak tahu,
beliau juga seorang yang “tidak
begitu betul” apabila pengikutnya
berperangai seperti yang dikaitkan tadi. Akhirnya, Mahathir sendiri disahkan sebagai
pemimpin yang mengepalai orang-orang “tidak
begitu betul” itu. Mereka dituduh
tidak betul kerana terlibat “kununnya” dengan politik wang dan rasuah!
Hari ini Che Det pula didedahkan
terlibat dalam rasuah, menyekat BPR dari menyiasat adanya rasuah dan politik wang dalam
kerajaan di Unit Tindakan Ekonomi JPM. Ali Abul Hassan dipertahan, diselindungi dan
dipayungi habis-habisan. Mahathir sendiri bisu seribu kata-kata terhadap rasuah yang melibatkan
merudumnya Perwaja Steel kendalian Tan Sri Eric Chia, dan memekakkan telinga terhadap isu
pemberian saham kepada menantu Rafidah Aziz. Hari ini juga, barulah orang Melayu tahu,
siapa yang “tidak
begitu betul”. Hari ini juga, baru
mereka tahu, kepala orang yang “tidak begitu betul” itu ialah Che Det yang menyorak
“pencuri, pencuri, pencuri” sambil berlari-lari mengah “kununnya” ada pencuri di
depannya sedang dikejar. Rupa-rupanya, dia sendirilah “pencuri” yang dijerit-jerit
sambil terjelir-jelir lidah.
Ahli dan perwakilan Umno yang
terlibat dengan politik wang dan rasuah semasa kempen pemilihan Umno Mei lalu dikatakan
oleh Mahathir sebagai orang yang “tidak begitu betul”. Maka dengan terjumpanya
penemuan yang lebih baru dan tangkas ini, sudah tentulah Mahathir sendiri lebih afdhal dan
amat layak menjadi kepala orang yang “tidak
begitu betul” itu!
Rakyat yang sedar akan hakikat ini
tentu sekali merasa malu dan tebal muka untuk terus berkerajaankan sebuah parti yang
didominasi oleh orang-orang yang “tidak
begitu betul”. Kecualilah rakyat itu
sendiri tergolong dalam kalangan yang “tidak
begitu betul”. Cukuplah setakat Umno
saja yang “tidak
begitu betul” itu. Teman dah getek bebeno
dengan koje kome....udah lee tak sape sio pangkah lagi!! |
Sampaikan pandangan serta informasi kepada mindarakyat@hotmail.com
TheCounter.Com |