MENJANA KEMENANGAN BA DALAM TAHUN 2004

Cubit-Cubit Tuk Ketampi

SAHNON SILAP RENTAK
SILAT DI SIK?

Nampaknya suratkhabar dan televisyen primitif orang Umno sedang menuba di Sik. Maklumlah nak tulong promote Mid Man yang dah telentang dalam pilihanraya dulu. Beriya-iya nampaknya, surat khabar ni nak minta Pak Shahnon lepaskan jawatan Wakil Rakyat bagi orang-orang Sik tu.
Hai, gegak-gempita juga dibuatnya. Tuk Nakhaiepun tolong-tolong promote sama suruh Pak Shahnon lepaskan aje jawatan itu. Aku hairan juga, tiba-tiba Tuk Nakhaie ni, bercakap pasai politik..Eh ada apa-apa ke ni Tuk oii. Aku kenai sangat dengan Tuk ni masa dalam PAS dulu. Memang hebat orangnya. Tapi apakan daya, kehebatannya direbahkan oleh nafsu isterinya yang tak tahan hidup “sengsara” dalam PAS.

Aku rasa, komen Tuk Nakhaei tu bukan untuk tulong Mid Man. Sejak dilantik jadi penjaga YADIM ni, bukan main syok dia dengan kereta Volvo 320nya dan jenuh juga masuk televisyen ceramah bagi tahu orang tentang “tak betuinya Islam cara PAS tu”. Dari lipatan mata aku, Tuk Nakhaei ni ada link juga dengan Mahathir. Tentulah restu Mahathir juga dia boleh ke YADIM. Agaknya, suruh-suruh Pak Shahnon berhenti cepat, supaya dia boleh ganti jadi Wakil Rakyat di Sikh itu.

Mun kalu macam tu, penin le kepala lutut Mid Man. Harapkan Pak Shahnon berenti, nanti disambar pulak oleh Helang Hitam dari YADIM itu. Minat Mahathir terhadap Mid Man ni, dikatakan sudah luntur. Bijaknya Tuk Nakhaei, dan pengelaman emasnya dalam mencaturkan politik PAS dulu, amat berharga bagi Mahathir untuk Bantu dia tawan semula lapan kerusi yang diterbangkan angin kepada PAS di Kedah!

Takle aku tahu, ke mana condongnya suratkhabar dan televisyen orang Umno ni. Sokong Mid Man ke atau promot Tuk Nakhaei.

Akupun nampak lain sikit, cara laporan mereka. Takkanlah kalau niat baik, mereka tu dulu kendian melaporkan tentang Pak Shahnon tuu. Dulu, surat khabar ini juga lah yang lintang-pukang burukkan Sasterawan Negara tu dengan kisah carut-marut buku SHITnya tu. Dah dua tiga hari, suratkhabar primitif nii, dok siar cerita Pak Shahnon nak lepaskan jawatan Ahli Parlimen.

Aku bukan apa, takut-takut, Mid Man datang malam-malam jumpa Pak Shahnon “sumbat” duit kopi dua tiga juta suruh letak jawatan (?). Maklumlah nak terus jadi menteri Mahathir. Tapi, Mid Man pun bukan bingung juga. Nanti duit dia habis, Tuk Nakhaei pulak jadi YB.  Huhh.. lagi mengancam punya cerita. Aku tahu, Ustaz Fadhilpun tahu, Ustaz Nasa pun tahu dan Ayah Chikpun apa kurangnya, masing-masing tahu belaka keikhlasan Pak Shahnon kita tu. Mun kalu tak ikhlas, tentulah dia dah masuk Umno lagi senang-lenang!

Soalnya, bukan Pak Shahnon tu nak sangat lepaskan jawatan Ahli Parlimen Sik tu. Tapi kerana Mid Man yang udah miang nak jadi wakil rakyat situ, kerana kalau ditengok-tengok, mun kalu tak direbut peluang ni…hai.. kempunan masa depan nak terus jadi menteri lagi. Jadi, budak-budak dalam suratkhabar orang Umno tu, ligat le tulong lapor kononnya Pak Shahnon ni dah tak sabar-sabar lagi nak lepaskan jawatan wakil rakyat itu. Tapi penin kelapa juga, pasai apa Pak Shahnon tak bincang dulu dengan Ustaz Fadhil pasai niat dia nak “kurangkan” khidmat di Sikh tu… Sekarang apa dah jadi, PAS kata macam ni, Pak Shahnon dengan orang suratkhabar pulak kata macam nii…

Aku tahu, kenyataan Ustaz Fadhil dulu tu cadangnya nak pertahankan PAS dan nak tutup isu Pak Shahnon ni. Tapi, Pak Shahnon pulak yang “lurus bendul” bukan pekung tu.. Inilah yang Pemuda PAS Sik geram niii.. Kita dalam politik mesti banyak “muslahat” Pak Shahnon oiii, mun kalu bejurus bak kata orang Kelantan, hancur kita dikerjakan puak-puak Umno ni…

Depa bukan kira apa, asai tahu aje “lubang” boleh masuk, diserbunya habis. Komen Bernama tu memang cukup pedik aku dengar dan baca. Aku yakin, Bernama memang dapat sumber yang sah dari Pak Shahnon pasai nak letak jawatan tu. Yang silapnya, penafian awal Ustaz Fadzil tu, telah menimbulkan tanda-tanya baru kalangan budak-budak suratkhabar tu. Umno pulak teropong sakan le dan sekarang khabarnya sedang lobi orang-orang Sikh suruh Pak Shahnon letak jawatan aje sebab udah uzur.

Wakil rakyat yang uzur, kemudian YB pembangkang pulak tu, dalam kawasan yang termiskin di Malaysia, hai..nasib-nasib. Mudah sangat le Umno masuk jarum. Pengakuan Pak Shahnon yang dirinya banyak penyakit, batuk-batuk yang tak berenti-renti, uzur dan terpaksa bawak satu alat mudah alih bagi membantu kesihatannya, akan “membantutkan” ke hulu ke hilir YB kita ni dalam kawasan Sikh tu.

Hai, orang mati, kenduri, lepas pantang, ribut topan, banjir kilat, pokok tumbang, mati lemas, cukur rambut dan banyak lagi le, ragam orang kampung ini; mun kalu Pak Shahnon tak ada, macam mana? Inilah kesan buruk kita bila ambil “orang” yang dah tahu sakit dan uzur bertanding. Bila menang dah penin kelapa? Tapi, pemimpin PAS ni suka cari orang atau tokoh yang ada nama macam Datuk-Datuk yang ramai juga dalam parti kita sekarang….

Aku rasa, sebab sebetuinya, Pak Shahnon ni nak berenti, kerana susah jadi Yb ni. Aku tahu sangatlah. Jadi YB PAS atau pembangkang ni, bukan dapat rehat atau simpan duit. Yang ada terpaksa dihabiskan. Tidur tak tentu masa.  Tak datang jemputan ceramah nanti, dikutuk dek orang. Tak belanja orang di kedai kopi pulak, orang kata tahi idung mains. Dengan  stamina yang amat kurang, kesihatan pulak tak baik, kemudiannya ada sikit sebanyak “cokcit-cokcit” dalam parti….mana tak penin, badan yang memang dah tak sihatpun jadi bertambah-tambah-tambah tak sihat…

Aku ingat, Pak Shahnon sabar aje lah hingga tunggu 2003 atau 2004 nanti……

Sampaikan pandangan serta informasi kepada mindarakyat@hotmail.com 

 counter.bloke.com

TheCounter.Com