|
Salam sejahtera! TAJUK : BISIK-BISIK RAKYAT :"APA KITA NAK KATA"BAH.3 Oleh : Azhari(s) Sebelum ini saya ada menulis seperti tajuk di atas bahagian satu dan dua, boleh rujuk laman web TranungKite dan juga Laman Reformasi Mahazalimtwo (mungkin telah diarkibkan). Kini saya ingin berkongsi ide sekali lagi mengenai tajuk yang sama, tetapi dengan cerita yang baru sahaja saya alami. Perkara ini didedahkan demi ingin mendapatkan pandangan semua pihak khasnya PAS Sabah. KHUTBAH JUMAAT : BETUL KATA USTAZ TU Satu malam selepas menunaikan solat sunat ba'diah isyak disebuah masjid, maka berlakulah dialog berikut: Ustaz W : Itu hari inta ada bagi tahu ana, ada khutbah terkini dapat dari internet, tolonglah printkan dan kita bolehlah baca nanti. Takkanlah kita asyik-asyik baca khutbah yang dah selalu kita baca, rasa-rasanya kita dah habis 'round' bahkan ada yang dah dua tiga kali bacapun. Ana : Apa, khutbah dari internet ? Ada, banyak. Dari masjid negara, dan saya dahpun "printout", nantilah ana kasi. Kalau dari internet bukan khutbah dari masjid negara sahaja yang kita boleh jumpa, dari PAS Trangganupun ada, dan banyak lagi, nak? KAWAN : Aku setuju tu. Khutbah PAS tu yang bagus dibaca. Tentu lebih baik dan terkini. Ustaz fikir saya tak sokong PASkah?. Catatan: Setelah beredar sambil mengucap salam kepada ustaz "w", ana dan kawan tadi terus berjalan bersama, kerana kebetulan kami melalui jalan yang sama untuk sampai ke rumah masing- masing. Dalam perjalanan anapun katalah apa-apa yang patut demi menyelami isi hati beliau, maka dialog berikut pun berkisar: Ana : Kau sukakah dengar ceramah agama ? KAWAN : Heh! memanglah. Dalam ceramah agama kita mendapat banyak ilmu mengenai Islam. Ceramah juga boleh meningkatkan kesedaran kita beragama. Ana : Betul kata kau tu. Kita ni kalau tak berceramah, dengar ceramahlah. Tapikan! ada beberapa soalan yang harus kita jawab. KAWAN : Hah! apa soalannya tu ustaz? Ana : Begini, kadang-kadang saya terfikir beberapa soalan yang harus kita jawab bila dikemukakan oleh Malaikat Nukar dan Nakir di dalam kubur ; Kalau kita ditanya : "Sejauh mana engkau telah melaksanakan Islam dalam dirimu semasa di dunia ?" ini kira kita boleh jawablah, betul tak ? KAWAN : Ya, kira bolehlah jawab. Ana : Soalan kedua : "Sejauh manakah engkau telah melaksanakan Islam dalam keluargamu?" KAWAN : Inipun kira kita ada jawapan jugalah. Ana : Soalan Ketiga : "Sejauh manakah engkau telah melaksanakan Islam dalam mesyarakatmu?" KAWAN : Inipun kira ada jawapan sikit-sikitlah. Ana : Soalan terakhir : "Sejauh manakan engkau telah melaksanakan Islam dalam negaramu?" Maksudnya, melaksanakan Islam dalam konteks bernegara. KAWAN : Rasanya soalan yang terakhir ini susah sikit kita nak jawab. Pasal cerita bernegara ni bukan tugas kita. Maknanya untuk melaksanakan Islam dalam konteks bernegara kita kena ikut sahaja kerajaan kita. Macamana pendapat ustaz. Ana : Kewajiban melaksanakan Islam dalam sesebuah negara adalah wajib. Kerajaan wajib melaksanakan undang-undang Allah. Dengan ertikata lain, mesti ada dari kalangan umat Islam berjihad untuk melaksanakan undang-undang Islam, mesti ada sebuah Parti yang menuju kearah itu. KAWAN : Ada! PAS. Ana : Betul, Tapi adakah kita menyokong perjuangan PAS? KAWAN : Saya rasa semua orang Islam sokong perjuangan PAS, demi menegkkan agama Allah. Ana : Cuba tanya diri kita, sejauh manakah sokongan kita ? Paling-paling kita kata PAS betul. Perjuangan PAS berteraskan Al-Quran dan Sunnah. Tapi dalam masa yang sama kita setuju bila PM kata begitu begini dengan PAS. KAWAN: Betul kata ustaz tu. Kita walaupun menyokong PAS tapi kita pangkah UMNO kerana dialah kerajaan yang memerintah. Ana : Kalau Malaikat tanya nanti begini : "Engkau dah tahu ada parti yang memperjuangkan Islam dan ingin menegakkan negara Islam, kenapa engkau tak mahu menyokongnya". Apa kita nak kata ? Jangankan nak berjuang dibarisan hadapan, nak jadi ahli sajapun kita takut. Kita ni, takut tak bertempat. Nak takutkan siapa ? Sepatutnya kita lebih takut kepada Allah. KAWAN : Betul kata ustaz tu, saya dah nampak apa yang ustaz maksudkan. Ana : Cuba fikirkan, selama ini kita ceramah, dengar ceramah, bercakap Islam itu baik, begitu begini, tapi sampai kemana? Tak sampai kemana-mana, perjuangan kita hanya akan terapong-apong tak ada tempat berpijak. Pasal, segala kebaikan Islam tak dapat kita laksanakan dalam negara kita. Jadi kalau kita berjuang dalam sebuah parti yang memperjuangkan Islam barulah terasa kita berpijak dibumi yang nyata. Kalau tidak selama itulah kita bagaikan "Cakap tak serupa bikin" bahkan berceramahpun rasa bersalah dan berdosa kerana seolah-olah kita berbohong pulak. KAWAN : Betul kata ustaz tu. Ustaz tau saya dah meluat dengan UMNO ni. Ustaz tau, sebenarnya saya adalah "Ketua Cawangan UMNO" di kampung ini (sayapun tak tahu selama ini yang beliau adalah ketua cawangan UMNO di kampung ini), dibawah saya ada 50 orang, kesemua kami cukup meluat dengan UMNO. Ustaz tau, baru-baru ni masa pilihan raya yang lepas, kami hanya diberikan RM :5.00 sahaja seorang untuk satu malam berjaga hingga kesiang. Ini termasuk budak-budak yang pasang poster, dengan saya sekali cuma dapat lima ringgit. Apa saya kata bila budak-budak muda yang pasang poster kata "alah takkan lima ringgit sahaja, kami hisap rokok sekotak Dunhill dah RM:3:50, sampai pagi mana cukup satu bungkus". Saya pun kata dengan diaorang, bahawa saya sendiri dapat lima ringgit, sumpah mati. Akhirnya, untuk minum-minum sepanjang kempen saya terpaksa keluarkan duit kocek sendiri. Boleh kata semua orang-orang sayapun betul-betul dah meluat dengan UMNO ni (beliau lalu menyebut beberapa nama yang saya kenal). Jadi kalau ustaz kata baik masuk PAS saya sendiri setuju, dan kawan-kawan saya yang lain memang tunggu isyarat dari saya saja. Ana : Hah! kalau betul engkau nak masuk Ahli PAS yang itu saya boleh uruskan. Alah setakat masuk ahli saja takkan itu pun kita nak takut. Jadi begini, cuba jumpa dan bincang dengan kawan-kawan, apa-apa perkembangan nanti kita bincang semula, o.k ? KAWAN : O.k. Insya Allah ustaz. Jangan takut, saya akan uruskan. Ana : Eh! saya ni nak ke pasar malam ni. Esok kita jumpa lagi. Assalamu'alaikum! KAWAN : Wa'alaikumussalam! Catatan : Apa yang harus saya lakukan bila kawan kita tadi berjumpa semula dan memberi tahu mereka 50 orang ingin mengisyitiharkan keluar parti UMNO dan masuk PAS. Keahlian saya pula selama ini masih rahsia, tidakkah perkara ini akan menimbulkan masalah yang besar pulak nanti kepada diri saya ? Kepada PAS Sabah tolong beri sedikit komen. Sekian Terima(lah) Kasih, AZHARI(S) AHAD18JUN2000/10:50PM |
Sampaikan pandangan serta informasi kepada mindarakyat@hotmail.com
TheCounter.Com |