WARKAH DARI SEORANG SERIKANDI PERKASA!
Baru semalam saya menerima e-mail yang panjang penuh sopan dan tertib dari seorang rakan
serikandi (bermaksud ‘wanita’) seperjuangan. Selain dari mengucapkan terima kasih,
yang ketara “Adik ini” ingin menyampaikan rasa sedihnya kepada saya. (Nota: Jangan
salah anggap, beliau bukan sama sekali bercerita mengenai ‘kecewa dalam bercinta’.
Tetapi mengenai PERJUANGANnya)!
Pada hematnya, apa yang tercoret adalah rungutan
biasa, jika “Adek kita” ini tidak menyebut satu ayat pendek yang menjadi kandungan dan
nilai surat itu bertukar terus menjadi ‘luar biasa’. Akhiran suratnya itu jugalah yang
membuatkan saya terangsang dan memutuskan wajar menyampaikan mesejnya kepada saudara
reformis sekelian.
Tafsiran saya, kekuatan jiwa dan jati diri “Adek ini” bukan
setakat saya seorang saja yang harus menghayatinya, tetapi ia wajar disampaikan untuk
renungan, pegangan dan seterusnya untuk mencari alternatif bertindak bagi semua rakan yang
sama jiwa dengan beliau.
Apa yang menyentuh hati saya ialah ayat rengkas yang
menggulung surat panjangnya itu, iaitu: “Terima kasih ... I won't give-up!!!”.
Ini
membuatkan saya berkali-kali membacanya. Saya teliti dalam-dalam. Saya cuba memahami
keadaan yang dialaminya. Kekecewaannya semata-mata berpunca dari sikap seorang rakannya
yang sama-sama terpelajar seganding dengan beliau memberi kata-kata (ditafsirkannya)
berunsur ‘momokkan’ terhadap perjuangannya. Beliau sedih dan kecewa. Kesimpulannya,
‘perjuangan’ beliau tidak semudah itu dipatahkan. Katanya…”... I won't
give-up!!!”.
Berikut saya turunkan beberapa perenggan dari suratnya untuk tatapan
kita semua (dengan izin):
- Saya mendapat banyak emel yang menghentam saya, dan saya kira itu mestilah datangnya
dari mereka yang tidak senang dengan tulisan saya. Saya tak kisah sangat, w'pun
terdapat kata lucah dan sindiran tajam. Spt kata yg sering kita dengar, mesti sabar
dan kuat!
- Seorang teman (di sebuah Universiti - dan beliau ni kira-kira pensyarah baru juga..
muda lagi!), telah menasihati saya supaya jangan membuang masa dengan menulis di
cyber/laman-laman reformasi . Alasannya ialah, siapa yang mendengar? Mahathir dan
pemimpin BN tetap macam itu jugak, kalau p'raya pun mereka pasti menang jugak. Rakyat
akan tetap dikelabukan dengan duit dan projek dari kebenaran. Katanya, tidak akan
berlaku di mana seorang diktator akan jatuh ke tangan rakyat, begitu juga Mahathir.
Conclusionnya ialah, buang masa saya (dan yang lain-lain);
- Di tempat rakan beliau itu, “sudah semakin tidak kedengaran soal r4mc atau isu
DSAI, mereka sudah disumbat dengan pelbagai cerita daripada Kementerian, daripada BTN
dan UMNO sendiri”.
Dengan jiwa yang keras dan tegas, Adik ini berkata:
- saya rasa penglibatan ini adalah kerana saya melihat kezaliman di depan mata saya..
tak payahlah saya ceritakan betapa marahnya saya dalam isu ini dan tak mungkin saya
maafkan!
- Kerana saya terlibat dalam beberapa projek, saya tahu juga banyak sangat
penyelewengan berlaku. Perasaan marah selama ini akhirnya tidak dapat ditahan juga!
Walaupun hanya seorang wanita kerdil, tapi ia tak mampu menahan semangat dalaman saya
ini dari membiarkan Mahathir terus berseronok dengan kuasa yang ada padanya.
- Dihujung kata-kata itulah beliau menamatkan suratnya dengan terang dan nyata,
berkata: “TERIMA KASIH ... I WON'T GIVE-UP!!!”. (sengaja saya huruf-besarkan -
AS).
Ini membuatkan saya berkali-kali membacanya. Saya teliti dalam-dalam. Saya cuba memahami
keadaan yang dialaminya. Kekecewaannya berpunca dari sikap seorang rakan terpelajar yang
seganding dengan beliau memberi kata-kata momokkan mengenai perjuangannya. Beliau sedih
dan kecewa. Tetapi kesimpulannya tetap satu, iaitu ‘perjuangan’ beliau tidak semudah
itu dipatahkan. Katanya…”... I won't give-up!!!”.
Suatu
Penilaian:
- Perjuangan menegakkan Keadilan dan menumbangkan Kezaliman adalah amanah dan sunnah.
Pelakunya adalah mereka yang sanggup berjihad. Semua orang yang berminda sehat dan
tidak ‘polluted’ dengan ancaman ‘luaran’, pasti akan terus memperjuangkannya.
Kerana ini adalah naluri yang menjadi ‘jiwa’ yang tertanam di “bawah-sadar’
(conscience) seluruh manusia. Jika wujud sebarang kuasa luaran yang menegakkan
Kezaliman dan menumbangkan Keadilan, kita sudah dapat lihat pelbagai contoh dari
lipatan sejarah: Kezaliman bikinan tangan orang itu sendiri yang akan mempuruk dan
membenamkannya. Waimana segagah mana dianya, sehebat mana cengkamannya. Soalnya,
bagaimana ia harus dilaksanakan?
- Makin nampak, kini “tangan” itu sudah nekad. Sebagai seorang yang telah sampai
ke tahap “nekad”, seringkali ia sudah cukup bersedia. Dia tidak akan peduli
sebarang ‘undang-undang’ dan maruah dirinya. Pepatah Melayu menyebutkan, “Titik
ditampung, tercurah ditadah”. Itu pegangan seorang yang nekad. Seolah-olah,
kepadanya, undang-undang dan budaya tamaddun manusia boleh dihidup dan dimatikan
mengikut sukanya. Makin nampak “tangan” itu sudah terlalu jauh mencabar peradaban
manusia yang ditadbirkannya. Seolah-olah “tangan” itu sedang bertanya, “Apa
kalian boleh buat?”.
- Kata-kata rakan “Adik” itu wajar dinilai sebagai pandangan seorang perwira yang
merangsang. Walaupun kata-kata mudah ditafsir sebagai “momokan”, tetapi positifnya
mengandungi cabaran iaitu “tidak akan berlaku di mana seorang diktator akan jatuh ke
tangan rakyat, begitu juga Mahathir. Conclusionnya ialah, buang masa saya (dan yang
lain-lain)”. Bermakna, “seorang diktator TIDAK akan mengalah sebegitu mudah dan
jatuh menyerah ke tangan rakyat. Jika masih mahu berpegang kepada persepsi demokrasi,
“tangan” itu tidak memperakukannya. Jika perjuangan itu berlandaskan
kebijaksanaan, “tangan” itu akan menggunakan kekerasan pula. Sementara itu, kuku
“tangan” itu makin mencengkam dalam-dalam. Habis, apa daya anda?
- Yang amat merunsingkan, lambat laun, akan ramai lagi orang membiasakan diri dengan
“Kezaliman”. Akan lebih teranaiaya lagi jika orang mulai mentafsirkan “Kezaliman
itu adalah Keadilan”. Soalannya, “Apakah erti Keadilan jika kita yang
memperjuangkannya tidak mampu mencari satu alternatif terbaik selain dari yang ada
untuk menumbangkan Kezaliman itu demi menegakkan Keadilan yang jadi tuntutan massa”?
Hematnya, konklusi rakan “Adik ini” adalah benar, iaitu “akan buang masa saja”
mengandungi seribu makna. Mungkin beliau sudah nampak kerana “tangan” itu sengaja
‘membeli masa’ sementara menanti kukunya panjang dan mencengkam lebih dalam”.
Mungkin apa yang dilakukan selama ini tidak akan berkesudahan dengan apa yang diharapkan.
Itulah dia ‘cabaran’ untuk dipertimbangkan.
Kita harus malu dan tercabar dengan
kekuatan “Adik ini” dengan ayat pendeknya…”I WON’T GIVE UP”..!! Tepuklah dada
anda dan tanyalah selera anda pula. Selama manakah anda sanggup dicabar dan didayuskan
oleh “tangan” itu? Kita harus malu kepada diri sendiri jika semudah itu berkata
"I give up"..!!
Nah! Jika mahu tahu siapa “Adik kita” itu? Dialah
Dahlia, serikandi yang berjiwa perwira!! Jangan cuba perlekeh orang sepertinya.
Hormat
dari saya,
Amin Sapiro
|