MENJANA KEMENANGAN BA DALAM TAHUN 2004

PERHIMPUNAN 4 OGOS: ADAT BERADAT

CUCU DATOK BAHAMAN

Walaupun begitu, anda ke sana adalah sebagai seorang pendekar, bukan dari jenis puaka penakut dan bacul pengecut !!!

Pantang Melayu memulakan kejahatan ...
Buat baik berpada-pada ...
Buat jahat jangan sekali ...

Ingat !!!!
Kita ke sana adalah bertolak dari kesedaran dari dalam diri tentang betapa keadilan telah diperkotak-katikkan sedangkan kezaliman menguasai keadaan...
Kita hadir bukan kerana mendewakan Anwar atau diupah atau dipengaruhi oleh sesiapa ...
Kita sedar perasaan simpati yang mendalam, kepekaan yang tinggi dan tahap prihatin yang memuncak mendorong kita untuk ke mahkamah sekadar untuk mendengar keputusan yang akan dijatuhkan....
Kita pergi sebagai seorang individu yang daif dan lemah dalam menghadapi keangkohan dan kebejatan 'taughut' ...
Namun itu tidak pernah mendorong kita untuk berputus asa, berlepas tangan atau berlapang dada, apa tah lagi untuk menyerah kalah serta mundur kebelakang atau meninggalkan perjuangan ini ....
Dalam menegakkan keadilan dan menentang kezaliman kita tidak pernah kenal erti takut dan gentar, letih dan kecewa, berpantang mati sebelum ajal ....
Sayugia diingatkan, kami anak-anak merdeka tidak akan mengiyakan sebarang tekanan, penindasan, halangan dan rintangan, serta sebarang pencabulan ke atas kebebasan dan kemerdekaan anak watan ...
Dengan niat yang ikhlas kita menuju ke pintu "keadilan"....
Ingat kawan-kawan...Jangan sekali-kali mencetuskan kekacauan ...
Segala bentuk penindasan, kekajaman dan kezaliman ..
Pastinya akan kita tangani dengan "bijaksana"
Tanpa mengira siapakah mereka ... kita tidak akan terus-terus bersikap defensif, mengalah dan mengelak ...
Ingat !!!!!!
Sekiranya ada sesiapa menghalang kebebasan kita ... ayuh kita bangun bersama-sama, serentak, senada dan sekata ...
Kita tidak mahu sesiapa di antara kita ditangkap, dikasari, dipukul, dihina, disepak diterajang, dihalau dan dihambat, dibedal dan dirembat ....
Kalau ini berlaku ... ayuh kita bangun untuk kita memberikan 'pengajaran' yang setimpal dan ingat mereka yang cuba menganggu kestabilan .... kami anak-anak merdeka kalau menyelok perkasam pasti akan sampai ke pangkal lengan ...

INGAT KALAU KAMU DITUGASKAN UNTUK MENJAGA KEAMANAN ... TERUSKANLAH TUGAS TERSEBUT KERANA KAMI JUGA SANGAT MENGHARGAI KEAMANAN ... JANGAN SESEKALI UNTUK BERTINDAK MENGIKUT SESUKA HATI ... BURUK PADAHNYA ... SARANG TABUAN JANGAN DIJOLOK !!!!

AYUH KITA KE SANA BERAMAI-RAMAI TANPA RASA TAKUT DAN BIMBANG .......

ANDAI KATA MEREKA MEMULAKAN KEKACAUAN... BANTULAH DIRI INI UNTUK MENGHADAPI MEREKA SECARA DEPAN DAN TERBUKA ...INSYA-ALLAH !!!!!

 

Sampaikan pandangan serta informasi kepada mindarakyat@hotmail.com