MENJANA KEMENANGAN BA DALAM TAHUN 2004

TUGAS POLIS MEMBELASAH RAKYAT?

Aduhai Polis yang akan diingati dalam sejarah Malaysia, Saya ingin berpesan....ada riwayat mengatakan (kalau boleh tolong sesiapa carikan di mana saya mendengar ini?)...di akhirat besok, binatang yang ditindas di dunia akan membalas binatang yang menindasnya dulu, begitu juga manusia. Jadi, jika kamu menghayun kan belantan kamu ke arah demonstrator aman, ingatlah belantan yang akan di hayunkan oleh demonstrator tersebut
di akhirat besok akan lebih bisa penangannya. Tidak adakah POLIS yang masih prihatin dengan hak rakyat? Masih bisu dan jadi pak turutkah semuanya? Tidak adakah belas kasihan untuk mereka yang hanya menunjukkan
perasaan dengan aman?

Dengar kabarnya dua orang telah di tangkap kerana berbual pasal Al-Ma'unah di pasaraya Ocean, Ipoh..... aduh.... nak bersuara pun tak boleh? Kenapa dengan Al-Maunah? Dah jadi AKTA RAHSIA RASMI bersama-sama kes-kes rasuah menteri kesayangan PMkah?

Wahai Polis, tugas mu untuk membela rakyat..bukan untuk menindas!

DAMAK

 

Sampaikan pandangan serta informasi kepada mindarakyat@hotmail.com