MENJANA KEMENANGAN BA DALAM TAHUN 2004

LING CUBA MENCARI SIMPATISME,  PM  BERTINDAK SEBAGAI PENJAJAH

Oleh :  Mohd Suffian Salleh

Lakonan Ling bukanlah sesuatu yang baru. Sejak adanya tuduhan dan bukti yang jelas betapa anaknya yang berusia 28 tahun mengumpul hutang berjumlah hampir 1.8 billion  dan terpaksa pula menjelaskan hutang hampir RM700,000  sebulan ,  Ling berlakon untuk meletakkan jawatannya. Dengan kehilangan hampir 140 juta duit kutipan bagi membela nasib penternak khinzir , Ling masih boleh menyalahkan dan menasihati orang lain agar mematuhi peraturan. Cadangan Ling tak ubah seperti ungka menyuruh anaknya diam , walaupun ianya bukanlah seekor ibu yang baik. Cakapan Ling yang dimuatkan dalam akhbar yang meloyakan , mungkin sebagai satu latihan untuk membolehkan bangsa Cina menjadi PM nanti. PM yang lama sentiasa mengasuh anak buahnya sesuatu yang baru agar dapat menonjolkan  betapa demokrasinya Malaysia yang serba boleh ini. Saingan dari parti-parti alternatif dan desakan badan antarabangsa nampaknya tidak menghiraukan PM , malahan ianya berjaya pula membutakan mata pendokongnya yang setia membabi buta.

Selain dari jenis dan bangsa Ling , banyak lagi yang sealiran dengan Ling ini. Kerja orang macam Ling ini tak lain, selain dari menarik jarum dalam tepung. PM kita bukan tidak menyedarinya. Malahan merasakan sedikit tekanan apabila usaha bagi  membolehkan kaum lain untuk menduduki kerusi PMnya yang tidak berapa lama lagi akan ditinggalkannya. Pelapis barunya dari kalangan bangsa lain sedang bersedia untuk meletakkan diri mereka bagi  menggantikan tempatnya, meski pun Pak lah bukanlah seorang calon yang begitu sinonim dengan nama pengganti PM nanti. Bangsa Melayu makin marah akan kenyataan ini dan penyokongnya kerap ditempelak apabila penyokong parti lawannya mula mengungkitkan kenyataan ini sebagaimana  Mursyidul Am PAS mula  menyatakan nya terlebih dahulu.

Lakonan dan jenaka ini bukanlah mudah untuk disesuaikan dengan plot drama yang sudah diketahui penghujungnya. PM belum lagi mengeluarkan arahan agar semua anggota polisnya mengawal  semua rakyat dari menyokong insan yang berada di Sungai Buloh , dihari keputusan yang jelas memihak kepada plot cerita PM dan kuncunya. Meskipun rakyat tahu, namun rakyat hanya boleh bersembang di bawah-bawah pokok dan kedai-kedai kopi sahaja. PM tahu bahawa rakyat yang kenyang agak sukar memberontak, malahan kesenangan sedikit sebanyak ini sebenarnya hanyalah sebagai satu petunjuk bahawa Malaysia sebenarnya boleh melakukan apa sahaja kepada  rakyatnya dan  memperbodohkan rakyatnya dengan  berbagai drama-drama yang agak canggih meskipun jalan kesudahan ceritanya disedari rakyat ramai. Sebagaimana Ling cuba menasihati bangsa Melayu dalam akhbar Melayu, Ling secara sedar atau tidak cuba pula menjadi tuan kepada bangsa Melayu agar mendengar arahan yang diberikan kepada mereka.

Ketika akan berlakunya peristiwa “Malam Gerhana 14” yang lepas, PM telah mengarahkan keseluruhan jentera  yang sentiasa patuh kepada Raja. Ini menunjukkan bahawa kredibiliti Raja telah diperlekehkan oleh PM.  Walaupun demikian dengan tiadanya kuasa Raja Melayu yang telah dipatungkan oleh PM, ianya tak lebih dari satu dasar yang dijalankan  pemerintah Inggeris suatu ketika dahulu. Rakyat harus sedar, betapa cara inilah yang diperlakukan kepada bangsa pribumi ketika pihak penjajah mula memerintah. Retorik dari semua ini sebenarnya menyerlahkan lagi bahawa Barisan Nasional memang sentiasanya boleh selagi menganut fahaman penjajah ke atas pribumi. Selagi perut rakyatnya kenyang, selagi itulah PM akan berlakon bersama-sama dengan Medianya.

Nama anggota pasukan di Raja sebenarnya adalah sebagai lambang bagi menjatuhkan lagi kredibiliti pasukan polis tersebut, dan kredibiliti Raja. Kini menjelang penghukuman kepada insan yang berada di Sungai Buloh ini, PM mula merasa cemas dan mengarahkan penggantinya , untuk melakonkan sandiwara untuk menasihati bangsa Melayu. Betapa takutnya PM  dengan demonstrasi yang berlaku dijalankan sebenarnya hanyalah sebagai satu petanda bahawa hanya dengan demontrasilah jatuhnya regim Suharto dan Marcos di ASEAN ini. Atas alasan ini , PM sekarang mencari jalan mudah dengan menakutkan orang ramai bahawa kejadian di Sauk adalah angkara parti pembangkang dan berkemungkinan ianya adalah untuk mencetuskan huru hara.  Dalam masa yang sama Ling cuba pula muncul sebagai hero menasihati rakyat betapa demonstrasi yang cuba dijalankan secara aman digambarkan dengan cara yang amat buruk. Inilah cara bagaimana parti ajaran sesat ini mengabui mata rakyatnya. Meskipun demikian rakyatnya masih patuh untuk tidak melakukannya dengan cara yang sebegini , sama ada  kerana takut atau masih kekenyangan.

Tindakan ala penjajah ini lebih sofistikated lagi, dengan mempunyai semua kemudahan dan dapat pula mempengaruhi fikiran rakyatnya. Sebagaimana yang cuba dilakukan oleh penjajah Inggeris ke atas bangsa Melayu , begitu jugalah yang cuba di jalankan oleh PM kepada  penduduk di negara yang serba boleh ini. Dengan cara yang demikian ia bukan sahaja menggambarkan betapa usaha sebegini lebih berjaya untuk cuba menakutkan bangsa lain dan dalam masa yang sama mengancam kaum pribumi sendiri. Selama ini kaum pribumi menganggap Perdana Menteri dan Timbalannya adalah hak mutlak kaum pribumi. Kaum lain belum diterima   bagi menjawat dua jawatan tertinggi dalam kerajaan ini. Mungkin di suatu hari yang lain pula, PM akan mula mengatakan bahawa  berkemungkinan jika bangsa asing mengahwini golongan diRaja , pastinya mereka juga boleh menjadi Yang Di Pertuan Agong bagi negara ini. Ini tidaklah mustahil jika golongan Raja-Raja Melayu cuba mencampuri urusan politik PM. Maka dengan itu lebih baik golongan Raja-Raja Melayu duduk diam dengan segala kesenangan yang melimpah ruah dari memikirkan soal keadilan dan kezaliman. Apa yang zalim jika masih boleh menyuap nasi 3 kali sehari ????  Inilah yang dibolehkan oleh PM kita.

 

Sampaikan pandangan serta informasi kepada mindarakyat@hotmail.com