MENJANA KEMENANGAN BA DALAM TAHUN 2004

JIJIK APAKAH AGAMA SEHINGGA IA MESTI DIPENCILKAN

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Rais Yatim berkata beliau akan mengemukakan satu kertas kerja berhubung isu penyalahgunaan agama dalam kegiatan politik daripada pandangan undang-undang kepada kabinet Rabu ini.

Katanya penyalahgunaan agama sangat serius dan tidak boleh dipandang ringan. "Sekiranya cadangan itu diterima oleh kerajaan maka Jabatan Peguam Negara akan menjalankan tugas meminda undang-undang berkaitan.

Kenyataan Rais Yatim disifatkan oleh tokoh agama tempatan sebagai sungguh mengelirukan. Persoalan yang ditimbulkan, apakah yang tidak kena dengan agama Islam sehingga ianya mesti dipencilkan? Bukankah agama Islam sudah lengkap dan bersifat syumul.

Kebanyakan pemimpin kerajaan BN berani mengeluarkan kenyataan agama biar pun mereka tidak memiliki sebarang kelulusan agama. Jika kenyataan itu jelas bercanggah atau mengelirukan. Namun apa yang sangat dikesalkan hampir setiap kenyataan itu lahir mengikut nafsu dan dari pengetahuan agama yang cetek.

Kenyataan Rais Yatim yang mahukan agama dipinggirkan dari kegiataan politik jelas menunjukkan bahawa politik lebih bersih dari agama. Maksud dari kenyataan Rais begitu jelas sehingga berjaya mengelirukan umat Islam.

Rakyat perlu berwaspada dengan sentimen anti agama sehingga aktiviti yang hendak dijalankan tidak boleh dikaitkan dengan agama. Perbuatan ini jelas mahu memisahkan agama dari politik .

Walau pun Rais menafikan pemisahan ini sebagai bukan bererti mengasingkan agama daripada politik, ianya tidak dapat melarikan diri dari hakikat melarang dan memencilkan agama dalam badan-badan politik  menerusi penguatkuasaan undang-undang.

Pemberita MR

 

Sampaikan pandangan serta informasi kepada mindarakyat@hotmail.com