Saudara webmaster,
Saya cadangkan agar MINDA
RAKYAT dapat memaparkan kenyataan-kenyataan pihak BN & yg. sewaktu dengannya sebelum
4 Ogos 2000. Nanti selepas
4 Ogos 2000, saudara
kumpulkan lagi. Sama-sama kita lihat dan nilai bagaimana kenyataan-kenyataan mereka
JELAS BERSIFAT JAHAT dan Pengecut.
Saya bercadang demikian kerana
telah MUAK dengan sikap mereka dalam menangani tarikh-tarikh bermakna bagi kita.
Saudara Pena Suasa ada menulis dalam Pemantau II
"Kenyataan-kenyataan
pihak berkuasa disiarkan dengan harapan demonstrasi tidak berlaku tetapi apabila
segelintir atau sebilangan kecil sahaja yang menghadiri demonstrasi itu, maka mereka
(media massa) akan menulis pula, "kumpulan reformasi semakin kecil dan tidak
mendapat sambutan".
Rasional cadangan :
- Biar mereka yang mahu
berfikir dapat memikirkannya dengan saksama.
- Supaya mereka tidak
mengulangi perkara lama yang meloyakan sbb orang lain nampak itu.
terima kasih web
master.
GETARAN JIWA
Nota Webmaster: Akan
diusahakan, insya-Allah. Bagaimana jika saudara melaksanakan tugas ini dan
menghantar kepada saya untuk dikemaskinikan?