MENJANA KEMENANGAN BA DALAM TAHUN 2004

LAGU REFORMASI UNTUK DINYANYIKAN PADA PERHIMPUNAN 4 OGOS

Lagu Pertama Reformasi 4 Ogos (1) 

Lagu-lagu dalam siri ini akan dinyanyikan dalam perhimpunan reformasi pada 4 Ogos 2000, jam 8:15 pagi di perkarangan Mahkamah Tinggi, Kuala Lumpur. Sila CETAK, EDARKAN dan BAWA untuk kita nyanyikan sama-sama 

SUARA RAKYAT 

(Nota: Nyanyi ikut rentak lagu "Oh, my Darling, Climentine" seperti dinyanyikan oleh kumpulan Pengakap atau Anak Serigala) 

Suara rakyat (ulang 2 x) 
Suara rakyat laungkan 
Kita bangun (ulang 2 x) 
Kita bangun dan lawan 
Bersatulah semua bangsa 
Buangkanlah prasangka 
Jangan kita terpedaya 
Tipu helah penguasa 
Kesamaan, serataan 
Agihan kekayaan 
Hak asasi manusia 
Janganlah diperkosa 
Perjuangkan kebenaran 
Tentanglah kezaliman 
Hapuskanlah penindasan 
Teguhlah keadilan 
Tegakkanlah demokrasi 
Untuk rakyat Malaysia 
Agar hidup aman damai 
Bahagia sejahtera 

(Nota untuk rangkap di bawah: rentak sama, suara nyaring, tetapi perlahan-lahan) 

Suara rakyat (ulang 2 x) 
Suara rakyat laungkan 
Kita bangun (ulang 2 x) 

Kita bangun dan lawan


Lagu Kedua Reformasi 4 Ogos (2) 

Lagu-lagu dalam siri ini akan dinyanyikan dalam perhimpunan reformasi pada 4 Ogos 2000, jam 8:15 pagi di perkarangan Mahkamah Tinggi, Kuala Lumpur. Sila CETAK, EDARKAN dan BAWA untuk kita nyanyikan sama-sama 

JOM KITA REFORMASI 

(Nota: Nyanyi ikut rentak lagu "Jong, Jong Inai") 

Jong, jong inai mak ipong raja wali 
Sepak tunggul inai 
Berdarah ibu kaki 

(Nota: Ulang rangkap di atas 2 x) 

Jom, jom kita 
Jom kita reformasi 
Kita reformasi jangan henti-henti 

(Nota: Ulang rangkap di atas 3 x) 

Jangan kita takut jangan kita tunduk 
Lagi kena tekan, lagi kita lawan


Lagu Ketiga Reformasi 4 Ogos (3) Lagu-lagu dalam siri ini akan dinyanyikan dalam perhimpunan reformasi pada 4 Ogos 2000, jam 8:15 pagi di perkarangan Mahkamah Tinggi, Kuala Lumpur. Sila CETAK, EDARKAN dan BAWA untuk kita nyanyikan sama-sama. 

LAGU DEMOKRASI 

(Nota: Nyanyi ikut rentak lagu "Lagu Tiga Kupang") 

Kita nyanyi-nyanyi 
lagu demokrasi 
tanpa hipokrasi 
tumbangkan tirani

* Tirani* yang berkuasa 
telah memperkosa 
telah memenjara 
hak rakyat jelata 

Penguasa gila kuasa 
harta habis semua dikebas kroni mereka 
rakyat menderita 
Menderita rakyat semua 
dikorporat oleh bangsat-bangsat 
untuk suku-sakat ------ 

* tirani (tyranny) = kezaliman

 

Sampaikan pandangan serta informasi kepada mindarakyat@hotmail.com