MENJANA KEMENANGAN BA DALAM TAHUN 2004

SYABAS BUAT REFORMIS DI RTM

Sdra webmaster,
Kita sepatutnya berterima kasih kepada RTM yang telah menyiarkan filem "In the name of the Father" yang ditayangkan baru-baru ini. Syabas kepada reformis-reformis dalam RTM. Rupa-rupanya ramai rakyat sudah naik muak dengan segala adegan adegan yang cuba dimainkan oleh puak-puak tertentu. Memang siaran filem tersebut bertepatan dengan masa dan ada mesej-mesej tertentu yang ia cuba timbulkan.

Terpulanglah kepada kita memikirkan. Yang jelas dalam filem tersebut, desakan-desakan dari rakyatlah yang tak henti-henti berdemonstrasi yang memaksa pihak-pihak tertentu untuk membuka kes itu semula. Yang menarik perhatian saya dalam filem tersebut ialah apabila hakim boleh menempelak peguambela dan berkata, jangan cuba membuat ucapan politk dalam mahkamah. Tak ubah seperti apa yang dilakonkan oleh Arifin Jaka dalam mahkamah kita baru-baru ini!

Untuk para reformis dalam RTM, teruskan kerja-kerja murni anda. Kami tahu anda juga sudah boring dengan bos-bos anda yang asik nak mengampu dan memuaskan selera pihak-pihak tertentu sehingga sanggup mengorbankan prinsip .Allah swt akan memberkati segala usaha anda. Insya-Allah!

RAKYAT PRIHATIN

 

Sampaikan pandangan serta informasi kepada mindarakyat@hotmail.com