HATI TPM YANG TELAH TERLUKA
Apabila membaca laporan dari Bernama tentang lawatan TPM ke Terengganu sungguh
memalukan. TPM tiba-tiba melatah meminta MB menarik balik fatwanya. Inilah ucapan yang
begitu mengaibkan TPM yang berkelulusan Pengajian Islam dari UKM pada satu masa dulu. Isu
ini hanya layak disebut oleh JKK kampung saja bukan orang nombor dua Malaysia. Sudahlah
begitu beliau salah menyebut ucapan itu sebagai Fatwa.
Kita tidak menyangka ucapan
ini dari TPM kerana isu MB Terengganu ini sudah lama dan rakyat hampir telah melupainya.
Apakah TPM sudah undur ke belakang ke tahun 70'an dulu. Apakah TPM
masih berkhayal hingga hari ini bahawa Terengganu masih di bawah pemerintahan ulama UMNO
ayah Wang? Agaknya TPM masih bermimpi atau pun TPM ingin menunjukan silap matanya di depan
para nelayan yang pada fikirannya nelayan mempunyai akal yang cetek dan sempit kononnya apa
yang disampaikan oleh menteri terus ditelan bulat-bulat.
Kalaulah unsur
'Fatwa' MB Terengganu itu dianggap membawa kepada perpecahan orang Islam takkan PAS boleh
merampas Terengganu pada pilihanraya baru-baru ini. Yang jelasnya UMNO berpecah kerana
ucapan itu dan rakyat Terengganu kembali bersatu di bawah pemerintahan ulama yang mendapat
pengiktirafan antarabangsa. Sebutkan negara Islam manakah yang tidak mengiktiraf keilmuan
MB Terengganu.
Rakyat Terengganu tentunya amat berbangga kerana ulama yang
memerintah yang bertanggung jawab terhadap rakyat dan pencipta-Nya. Lihatlah kesan dari
pemerintahan yang hanya berusia beberapa bulan. Bandingkan dengan Terengganu di bawah
MB dahulu. Islam perlu kepada pelaksanaan bukan untuk disebut sahaja. Sebagaimana idea TPM
yang tersongsang, pada TPM Islam tidak perlu kepada nama tapi perlaksanaan. Yakni Islam UMNO hari ini yang dipimpin oleh PM yang
menganggap hudud sebagai lapok.
'Fatwa' MB
Terengganu ini adalah ucapan beliau pada tahun 80'an lagi bukan fatwa tetapi ucapan biasa
oleh seorang ulama yang menekan unsur unsur kerosakan akidah di kalangan umat Islam pada
hari itu dan masa kini. MB Terengganu bertanggung jawab penuh dengan ucapan itu dan boleh
diperbincangkan pada bila bila masa maka apa perlunya menarik balik ucapan tersebut. Bukan
perkara baru perkara ini diungkitkan, persoalannya kenapa pihak yang berkuasa tidak
membawa kes ini ke tengah dan bincangkan. Bukan bermain dengan sandiwara politik atau hanya
sekadar melepaskan benci dan geram. Kenapa tidak diadakan muzakarah kerana ucapan itu yang
dikatakan membawa kepada sebab perpecahan umat pada pandangan TPM yang dangkal otaknya.
Atau
kenapa TPM tidak singgah saja ke rumahnya di Rusila minta penjelasan lanjut ucapan
itu tanpa mengira perbezaan politik . Tidakkah TPM juga berkelulusan ugama. Takkanlah tak faham
perkara perkara yang membatalkan akidah.
Penulis Fathi Aris Omar di dalam siri
artikel mencabar UMNO untuk membincangkan ucapan MB tersebut. Pandangannya,
sekiranya isu ini diketengahkan bukan menguntungkan UMNO tetapi menghancur-leburkan UMNO
dari bumi ini.
Kalaulah nak ungkit kisah kisah lama maka banyaklah arkib yang
boleh di uka oleh pihak PAS kepada masyarakat. Setakat salah laku Dr. Mahathir bermula
dari ucapannya kepada perlakuannya hingga kini yang merosakan umat barangkali. Pihak yang
berwajib tidak ada kerja lain cukup menyediakan kertas untuk mendakwa Mahathir di mahkamah
dan kes akan ditangguh dari tahun ke tahun.
Ucapan TPM sebenarnya bukan untuk
menyelesaikan masalah tetapi lebih kepada ucapan seorang politik yang sudah bebal dan
ketandusan idea kritis. Perpecahan masyarakat bukan boleh diselesaikan dengan tuduh
menuduh dan menganggap orang lain sentiasa salah selamanya. Tetapi mesti diselesaikan di
meja perundingan yang sudah banyak kali disuarakan oleh MB Terengganu sendiri.
Sayangnya
saranan beliau sentiasa disambut dingin oleh para pemimpin UMNO. Amat jelas kepada kita
UMNO lah yang menaja kepada perpecahan tetapi di dalam masa yang sama menuduh orang lain.
UMNO lah yang menggali lubang dan menimbus diri sendiri kemudian menuduh orang melakukan
kerja-kerja tersebut.
Kita tidak pasti kenapa tiba tiba TPM menyerang MB Terengganu
beregu dengan PM. Cuma satu saja andaian yang boleh dibuat mungkin hati TPM terusik dan
masih terluka kerana MB Terengganu pernah menyaran di dalam Parlimen tentang
ketidaksuaian melantik seorang Islam menjadi pengerusi hal ehwal babi. Bukan MB
Terengganu saja menyentuh hal ini tapi rata rata orang Islam bercakap TPM menjadi
pengerusi babi dilantik oleh Haji Mahathir. Sedangkan orang bukan Islam masih ramai di
Malaysia dan lebih layak untuk menjadi pengerusi kes binatang berkenaan. Moral TPM jatuh
tersangat rendah pada waktu itu.
Agaknya sebab inilah hati Abdullah Badawi terluka
hingga kini sehinggakan isu ini dihangatkan kembali. Jadi dendamnya terhadap MB dilepaskan
di Terengganu didalam lawatannya.
Bagaimana pulak kalau rakyat bertanya layakkah seorang
Islam yang akil baligh bertaraf Timbalan Perdana Menteri berkelulusan ugama
dari UKM dijadikan pengerusi babi oleh Hj Mahathir?
Noreen