MENJANA KEMENANGAN BA DALAM TAHUN 2004

Ho Chin Minh  High Exposure: A View From The East

HO CHIN MINH: SATU DAKAPAN
Versi Asal From The East: An embrace ( By Nguyen Trinh Thi)

Ketika saya masih seorang anak gadis, saya selalu suka membaca cerita mengenai Uncle Ho. Kerap juga saya menangis kalau tersiar berita Uncle Ho sakit ataupun hampir akan mati. Saya amat menyayanginya seolah-olah beliau adalah datuk saya sendiri.

Itulah kisah dua puluh tahun yang lampu. Ho sudah tidak ada lagi. Saya pun tidak lagi membaca mengenainya sebelum saya memasuki sekolah menengah lagi. Kisah The beatles sudah menggantikan tempatnya.  Sekali sekala ada juga orang yang berbincang mengenainya  ketika mereka duduk meminum teh. Tidak ada sesuatu mengenainya yang akan menarik perhatian saya. Namun saya masih lagi memendam rasa hormat terhadapnya. Siapakah agaknya yang menangis kalau dia mempunyai seorang isteri simpanan ataupun telah melakukan sesuatu yang lebih menakjubkan dalam usianya. Yang betulnya beliau adalah seorang manusia biasa dan dia masih lagi merupakan seorang pejuang bangsa.

Satu hari saya berbincang dengan ahli keluarga saya di Hanoi mengenai Ho. Untuk selama beberapa minggu, semua TV program menyiarkan kisah Ho untuk menyambut hari jadinya yang ke-110.  Walaupun namanya tidak pernah disebut dalam perbualan keluarga kami, saya telah menanya mereka. "Apakah kau sayang HO?". Mereka tidak perlu berfikir untuk menyebut "Ya!"


Datuk saya telah menerima pendidikan daripada orang Peranchis. Hidupnya pun mewah kerana mereka. Dia menjadi seorang miskin setelah Ho menang peperangan dan menendang Peranchis keluar. Namun datuk  saya kata Ho adalah seorang wira. "Aku tidak nampak sesiapa lagi yang mampu menang dan mendapatkan kemerdekaan daripada orang Peranchis." Demikian kata datukku dengan penuh kebanggaan. "Ho berjaya melakukannya. Tahukah kau apa ertinya itu? Kini kita adalah rakyat yang merdeka". Ho adalah tiga daripada pejuang agung yang amat dihormati oleh datuk aku. Beliau diletakkan setaraf dengan Ngo Quyen dan Le Loi.  Mereka ini adalah dua raja yang pernah memerdekakan Vietnam daripada penjajahan China pada abad ke -10 dan ke-15 dulu.

Pamanku amat bersetuju dengan pendapat datukku tetapi dia berkata kini Ho adalah lambang sejarah sahaja dan merupakan seorang pemimpin zaman silam. Dia bercerita bagaimana watak Ho beransur pudar daripada tahun 80-an apabila ekonomi Vietnam  menjunam. Pada ketika itu paman memang berkhidmat dengan kerajaan. Beliau melepaskan jawatannya apabila kerajaan mula melepaskan dasar memberi subsidi kerajaan untuk  membiarkan ekonomi bebas. Pamanku membandingkan Ho di waktu perang dulu dengan Fidel Castro ketika revolusi Cuba. Ho menjadi pusat solidariti kerana ia mempunyai tarikan sebagai seorang individu.

Adikku berkata betapa dia mengkagumi kegigihan Ho dan mahu mempelajari kualiti perwatakannya. "Aku tidak peduli dengan matlamatnya dulu dan tidak kisah samada yang dilakukannya itu betul ataupun salah," kata adikku. Dia baru sahaja lulus daripada sebuah maktab dan sedang menguruskan sebuah kedai alat muzik di Hanoi.  "Yang pentingnya dia lakukan apa yang perlu untuk mencapai matlamatnya."

Sepupuku yang berumur sembilan tahun pernah mengingatkan aku ketika belajar di sekolah rendah dua puluh tahun yang lalu. Apabila aku tanyakan samada dia sayangkan Uncle Ho, dia menganggukkan kepalanya tanpa berfikir panjang lagi. Dia menganggapnya sebagai jawapan yang baik dan harus menerima markah yang tinggi kerana jawapan demikian. Tetapi apabila saya tanyakan kenapa, dia mula berfikir panjang dan tidak mampu memberikan jawapannya. Ketika aku berumur seperti dia itu, tentu sekali akan telah mampu menimba ilmu yang lebih banyak daripadanya dan mampu memberikan jawapannya seperti "Saya sayangkan Ho kerana dia adalah seorang insan yang baik."

Sepupuku itu hanya tersenyum sambil tersipu-sipu. Dia belum lagi mempelajari jawapan itu di sekolahnya lagi.


Diterjemahkan oleh: -MT-
29.7.00

 

Sampaikan pandangan serta informasi kepada mindarakyat@hotmail.com