BILA RAKYAT SUDAH TAK PERCAYA LAGI
Oleh Pena
Suasa
BAGI penyokong dan pendokong Barisan Alternatif
(BA), perkembangan terbaru berkisar tentang keyakinan rakyat terhadap media massa
kebangsaan amat menyeronokkan.
Tiada siapa mahu percaya, walaupun membaca dan
menonton TV, apa yang mereka laporkan, termasuk kenyataan Perdana Menteri, Dato’ Seri
Dr. Mahathir Mohamad.
Paling baru, ramai yang kasihan dengan kehadiran
Chamil Wariya dari TV3 dan Dato’ Khalid Mohamad dari Kumpulan Utusan yang hanya duduk
sebagai panel wawancara dengan Perdana Menteri, sementara pengerusinya, Prof. Firdaus
yang kononnya tokoh ilmuan yang tidak dihormati.
Chamil dan Khalid tidak lagi boleh di kehadapankan
kerana “mereka sudah tidak bernilai” di mata umum. Mungkin juga Dr. Mahathir tahu
bahawa jika Chamil dan Khalid yang menyoalnya, tiada siapa yang percaya soalan itu
datangnya dari mereka berdua.
Malangnya, kehadiran Dr. Firdaus juga cukup
melecehkan kerana “cuba memimpin” jawapan yang sudah diatur begitu rupa.
Lebih menjadikan media massa arus perdana tidak
bernilai ialah apabila seorang budak bernama Astora Jabat menulis dan bersoal jawab
dalam hal-hal agama.
Apakah sudah kurang ulama, pakar agama dan
tokoh-tokoh besar untuk mengisi ruangan agama menyebabkan budak bernama Astora ini perlu
diberikan peranan untuk menulis dan menjawab soal-soal agama yang dia tidak tahu
apa-apa.
Di sebuah akhbar mingguan, yang dipunyai seorang
AJK Umno bahagian pula memberikan tugas menulis soal-soal agama kepada seorang budak
pondan beragama Hindu. Amatlah malang bagi negara Malaysia, yang berketuakan Dr.
Mahathir, macam-macam perkara pelik berlaku.
Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi yang lemah pula
tidak langsung berani berhadapan dengan kenyataan. Dia lemah menyebabkan dia jadi zalim,
lebih zalim dari Dr. Mahathir.
Di tangannya sebagai Menteri Dalam Negeri, Majalah
Detik sudah diharamkan. Begitu juga dengan Mingguan Eksklusif. Sebelum itu, Panji
Masyarakat dan paling baru, sebuah majalah lucah Kemelut. Abdullah hanya nampak Detik,
Eksklusif dan Panji Masyarakat yang mengancamnya. Dia tidak peduli kepada kebebasan dan
hak rakyat menulis dan mendapatkan maklumat. Dia bimbang, media ini akan menyebabkan dia
tidak dapat menjadi Perdana Menteri.
Dalam banyak-banyak majalah lucah, pegawai KDN
hanya nampak kelucahan melampau dibawa oleh Kemelut. Padahal, banyak lagi majalah lucah
yang tidak dikenakan tindakan. Mungkin tauke majalah-majalah lucah tersebut menghantar
pegawai-pegawai KDN ke luar negeri saban tahun menyebabkan mereka ‘tutup sebelah
mata’ terhadap majalah-majalah berkenaan.
Rakyat Malaysia mungkin dapat menyaksikan
kezaliman Abdullah jika mereka terus memberikan sokongan kepada Barisan Nasional (BN)
dalam pilihan raya umum akan datang.
Ingat! Orang lemah akan menjadi zalim jika dia
dapat sesuatu kedudukan. Dia amat sayangkan kedudukannya itu menyebabkan dia buat apa
sahaja, termasuk menyekat apa-apa sahaja yang menjadi halangan dan rintangan kepadanya
bagi mencapai keselesaan.
Orang seperti ini perlu disekat kemaraannya. Dia
tidak akan berjaya menjadi Perdana Menteri kalau BN boleh dikalahkan. Jika tidak, akan
bermaharajalelalah manusia yang bernama Abdullah Ahmad Badawi ini.
Dr. Mahathir ketika melantiknya menjadi Timbalan
Perdana Menteri bukan kerana kemampuannya tetapi kerana Umno sudah ketandusan pemimpin.
Selain Abdullah, Najib Tun Razak. Najib tidak
boleh dilantik menjadi timbalan kerana Dr. Mahathir merasakan Najib tidak begitu setia
dengannya. Najib juga dipercayai “calon” Timbalan Perdana Menteri kepada Dato’
Seri Anwar Ibrahim jika Anwar terlepas menjadi Perdana Menteri dahulu.
Sedaya upaya, carilah jalan supaya Abdullah tidak
menjadi Perdana Menteri. Dia seorang yang bertopengkan agama tetapi tidak mendekati
Islam secara betul. Kehidupan sehari-hariannya boleh dinilaikan sebagai kehidupan
seorang sekular yang tidak datang dari keluarga ulama.
Abdullah akan menjahanamkan nama baik keluarganya.
Abdullah akan menjahanamkan nama baik agama Islam. Abdullah adalah ‘pak turut’
kepada Dr. Mahathir atau ‘habibie’ Malaysia.
Penasihatnya, Datin Seri Hendon Mahmood Ambak.
Nilaikan sendiri siapa Hendon dan apa latar belakangnya. Seorang lagi penasihatnya kini
ialah Tengku Adnan Mansor si tauke TOTO. Jahanam Malaysia. Jahanam Islam dan jahanam
Melayu.