EPISOD RAW: LEBIH BANYAK MISTERI AKAN TERBONGKAR!!
Mahathir kini sedang mengharungi satu suasana
yang amat getir. Sauk tidak akan berakhir dengan satu kertas putih. Banyak lagi yang
akan muncul daripada Episod RAW itu. Contoh terbaik ialah isteri Sarjan Sagadevan ialah
seorang wanita yang bernama Nathaji Baygoon a/p Mohd. Ishak. Ini bererti beliau (Nathaji
) adalah seorang wanita Islam yang sudah murtad. Bagaimana dengan anak-anak beliau?
Apakah gerangan perasaan Mahathir bila dia mengetahui nama sebenar perempuan ini. Tidak
terlintaskah kepada hatinya bahawa wanita ini pernah dilahirkan sebagai seorang muslimat?
Apakah pentadbiran PDRM tidak dapat mengesan betapa isteri salah seorang warga polis
sudah lama murtad? Inilah virus yang terselindung yang tidak dapat dijangkakan
oleh pencetus drama Sauk. (Sila lihat Utusan Malaysia Julai 8 muka surat 4).
Sekarang
ini sudah ada satu kebangkitan bahawa Episod Sauk mesti dilenyapkan. Mahathir sendiri
sudah memberi arahan agar Episod ini di "Put in The Backburner". Kerana itu
kita lihat ia tidak lagi diberikan ruang muka depan. Kenapa? Kerana terlalu banyak
kesilapan drama itu. Tidak ramai yang menyangkakan betapa 'Bukit Episod' itu mampu
dicapai dengan kereta 'Kancil' sehinggalah ia didedahkan oleh Kemang Suasa.
Tiba-tiba pelawat datang menderu dan pihak SB
dan PDRM menjadi gelabah. Malahan apabila dipersoalkan kenapa Mahathir sendiri dan
juga Paklah tidak pernah pergi melawat tapak persembunyian dan gelanggang persilatan di
antara Amin dan Lt. General Zaini, tiba-tiba Attorney General membuat lawatan ke situ.
Secara tiba-tiba pula berita Sauk harus dibekukan. Kenapa? Kerana sudah timbul berita
angin bahawa Sagadevan dan Mathew a/k Medan memang 'mesti dikorbankan' untuk mudah
menempelak PAS dan Keadilan. Inilah episod yang dijangka panjang berjurai untuk
menggantikan Episod Kes Anwar Ibrahim.
Dalam hal ini kita perlu merakamkan
tahniah kepada Panglima Sauk yang mula-mula sekali mendedahkan betapa adanya satu
ciri-ciri sandiwara dalam Episod RAW ini. Apabila penulisan ini disokong oleh MGG
Pillai, Kuala Lumpur bergegar. Malahan ramai warga diplomatik yang mahu melawat
Bukit Jenalik pada 8 Julai. Kerana itu akhbar perdana diarahkan menulis betapa tempat
persembunyian Amin adalah satu tempat yang jauhnya sekitar 2 kilometer yang berliku
dengan beberapa gua yang mampu memudahkan sesiapa lari ke kawasan sempadan.
Kemudian
setelah Kemang Suasa menulis akan mudahnya menjejakkan kaki ke Bukit Jenalik itu maka
muncullah berita keesokan harinya betapa ramai penduduk Kampung Ngor dan Sauk yang
dibawa ke balai polis kerana membuat fitnah. Sebenarnya, Mahathir dan pihak
tertentu tidak mahu rakyat marhaen pergi ke bukit itu. Kerana dengan mengadakan lawatan
ke situ, akan terdedah segala pembohongan Episod Sauk itu.
Seperti yang MR
tuliskan dulu, Mahathir sudah di ambang kejatuhannya tetapi dapat terus bertahan kerana
adanya kuasa 'memerintah' yang ada padanya. Namun, kalau kita lihat KLSE hari ini ia
sudah jatuh bawah paras 800. Ini adalah satu petanda yang amat kurang baik kerana
pasaran mula sedar betapa selama ini Indeks itu dapat kerahan disebabkan harga minyak
yang naik mendadak dan mampu membantu ekonomi Malaysia. Tetapi, berapa keratkah insan di
negara ini yang sedar akan fenomena ini. Secara terperincinya kelemahan ekonomi dan
pembaziran Mahathir sudah ditebus oleh Allah dengan menaikkan harga minyak hampir dua
kali ganda dengan kadar perkiraan hasil mahsyul negara ini.
Namun, ia tidak dapat bertahan lama kerana
asas keyakinan pelabur yang sudah lembab. Kita mahu rakamkan semua ini secara saintifik dan realitinya dan bukan secara semberono. Kita perlu menganalisa setiap pergerakan
suasana negara ini daripada bentuk permainan 'santau angin' oleh para juak Mahathir
kepada permainan 'tembakan angin' oleh pihak tertentu yang sudah terlalu taksub kepada
kepimpinan syaitan.
Sebelum Bukit Jenalik ditutup untuk kerja tertentu
pihak kerajaan, rakyat marhaen mesti mengambil peluang ini pergi ke sana secepat.
Kemungkinan ini dilihat sebelum kerajaan mengambil tindakan menutupnya dengan alasan
mahu jadikannya sebagai bukti dalam perbicaraan nanti.
Tetapi, kita tahu yang sebenarnya kerajaan
tidak mahu rakyat tahu betapa kubu yang dibuat itu "digali oleh pihak tentera
sebaik sahaja Al-Ma'unah menyerah diri. Inilah di antara sebabnya kenapa Jaafar Putih
dibunuh. Bagaimanakah Jaafar Putih boleh menggali kubu dan kubur itu apabila tidak ada
cangkul dan skop yang ditayangkan sebagai bukti rampasan kepunyaan Al Ma'unah? Bagaimana
beliau mahu menggali lubang sedangkan peluru bersimpang siur di atas kepala seperti yang
diceritakan oleh Jeneral Penipu?).
Janganlah anda terperanjat kalau seminggu dua
ini ada helikopter yang terhempas kerana kerosakan enjin. Siapa penumpangnya nanti kalau
bukan seorang dua jeneral ATM kita?
Minda Rakyat