MENJANA KEMENANGAN BA DALAM TAHUN 2004

Haram tukar kerajaan (zalim-rasuah-penipu) BN – Fatwa tipuan Hamid Othman

Mendengar leteran dan khutbah yang membosankan dari Hamid Othman dan Timbalan Ketua Pengarah IKIM, Dr Monir dalam siaran TV1 malam tadi, membuatkan saya tertanya-tanya, siapa sebenarnya yang memperalatkan istilah-istilah Arab dan agama untuk mencapai kepentingan politik.

Hamid sudah membiasakan dirinya menyebut sesuatu hujah dalam bahasa Arab dan mengutip satu dua pandangan ulama dari kitab-kitab di tangannya, juga dalam bahasa Arab. Ini tentu bertujuan untuk menambahkan rasa yakin penonton kepadanya sedangkan sebenarnya penonton tidak mudah untuk ditipu.
Mereka berdua cuba memaksa satu kesimpulan kepada penonton bahawa kerajaan BN yang korup, pembohong dan taik rasuah itu adalah sebagai Negara Islam dan haram untuk ditentang. Pooorah, mana hujah yang dikelentongnya.

Macam-macam istilah seperti bughah (penderhaka) yang mahu dilabelkan kepada mana-mana orang yang menukar kerajaan yang ada. Bukankah Islam membenarkan, malah menggalakkan, untuk ditukar kerajaan yang mempunyai ciri-ciri munafik, zalim dan tidak berperikemanusiaan seperti BN. Bolehkah kita terus angguk dan menyokong kerajaan rasuah yang siang malam memunggah hasil kekayaan untuk diri dan kroni masing-masing? Sebenarnya Hamidlah yang mencemarkan nama Islam kerana sewenang-wenangnya bertindak bodoh memperalatkan agama.

Berhentilah Hamid, ingat Tuhan sikit.

Detikdaily

 

Sampaikan pandangan serta informasi kepada mindarakyat@hotmail.com