MENJANA KEMENANGAN BA DALAM TAHUN 2004

Sokong Kempen Bebaskan Anwar!

Kempen membebaskan Anwar yang dilancarkan FAC (Free Anwar Campaign) semalam kena pada ketikanya menjelang keputusan perbicaraan Anwar minggu depan. Anwar yang menjadi mangsa konspirasi peringkat tertinggi elit pemerintah tentunya tidak mudah dilupakan meskipun sudah sejak sekian lama dipisahkan dari keluarga dan rakyat jelata. Semangat kentalnya untuk membuat perubahan, tanpa sedikitpun rasa takut dan bimbang menjadi pendorong buat generasi baru bagi menjatuhkan kerajaan BN pimpinan Mahathir.

Kempen itu patut diusahakan lebih giat lagi, terutama di peringkat dalam negeri, bagi menimbulkan kesedaran menyeluruh bahawa rakyat Malaysia sama sekali tidak pernah diam melihat kemungkaran besar di depan mata mereka.

Kebiadaban Mahathir dan konco-konconya harus diajar dengan peringatan keras yang cukup bermakna. Tekanan mesti dibuat pada setiap masa memaksa Mahathir menerima realiti bahawa Anwar tidak lebih seorang tahanan politik kerana sehingga kini tiada satu bukti konkrit menunjukkan Anwar boleh disabitkan kesalahan.

Tahiah buat Pengarah Sekretariat Kempen Bebaskan Anwar, Sdr Raja Petra Kamarudin! 

Laman web anda cuku menarik sekali. Pelayar internet disaran mengunjungi laman web berkenaan http://www.freeanwar.com



 

 

Sampaikan pandangan serta informasi kepada mindarakyat@hotmail.com