70% tentera tentang kerajaan BN!
Sumber-sumber
yang dekat dengan pemimpin tertinggi Umno mendakwa, hasil kajian terbaru pihak tentera,
lebih 70 peratus anggota keselamatan itu tidak menyokong Barisan Nasional, sebaliknya
menyokong Barisan Alternatif. Elit pemerintah Umno kelam-kabut mendengar keputusan risikan
berkenaan. Tidak hairanlah undi pos membabitkan pasukan keselamatan dalam pilihan raya
kecil Teluk Kemang memihak BA.
Hasilnya, pihak atasan sedang mencari formula
penyelesaian untuk menarik semula sokongan tentera kepada BN. Fenomena tentera memihak
pembangkang dan marah dengan kerajaan BN melonjak selepas tragedi pemecatan Anwar Ibrahim
sebagai TPM dan pelbagai peristiwa ekoran itu. Ramai bekas tentera kini secara terbuka
menyokong BA tanpa bimbang lagi.
Beberapa bekas panglima tentera mengisytiharkan masuk
parti-parti BA, dan ini menyuntik semangat baru buat anggota yang masih bertugas.
Menurut
sumber itu lagi, kerajaan kini cukup berhati-hati membuat lantikan baru khususnya pada
jawatan tinggi tentera.
Detikdaily