Filem Yang Memecahkan Kotak
Pejabat di Putrajaya
Berikut adalah senarai filem yang mendapat
sambutan hangat di Bolehwood. Filem yang penuh emosi, suspen-thriller, kejar mengejar,
tembak-menembak, tumbuk-menumbuk, belit -membelit dan tipu-menipu, tanpa kesan khas dan
stuntman.
Aksi semulajadi para pelakon Bolehwood yang tidak
mampu ditandingi oleh Arnold Susahnak-eja, Sibester stay-alone dari Hollywood maupun
Shah Rukh Khan di Bollywood. Jangan ketinggalan menonton filem arahan dan lakonlayar
pengarah terkenal Bolehwood, Pharoah Khan (baca Paruh Khan).
Filem Top 10 millenium bug:
TAJUK |
TAYANGAN |
1. Peristiwa
Memali |
2 September 1994 |
2. Runtuhnya Empayar
Arqam |
2 September 1998 |
3. An Wars |
19 November 1985 |
4. Tragedi
September |
20 September 1998 |
5. Rocky Noor |
21 September 1998 |
6. Justice Paul |
14 April 1999 |
7. Misteri Arsenik |
September 1999 |
8. Black 14 |
15 April 2000 |
9. Sandiwara Sauk |
2 - 6 Julai 2000 |
10. Riffinator 2 |
The Judgement Day Ogos 2000 |
11. PAS - Satu Penilaian
Semula |
Akan datang |
Siapa direktor Pharaoh
Khan??
Beliau ialah Mahaday Kutty berasal dari Apanama,
India. Beliau memilih nama komersil & glamour kerana ingin mengikuti idolanya
Shah Rukh Khan dan juga tertarik dengan kartun berhidung besar macam paruh helang
yang terdapat dalam akhbar DiHaramkah? Disitulah timbul idea untuk menukar nama
glamournya kepada Paruh Khan atau ejaan komersilnya Pharaoh Khan.
Kebanyakan filemnya menjadi sebutan ramai dan
bertaraf dunia. Malah sebuah pertubuhan Arm No telah membeli hakcipta filem An Wars
untuk ditayangkan setiapkali perhimpunan agung dijalankan.
Menurut satu sumber, filem terbaru arahannya PAS
-Satu Penilaian Semula adalah hasil desakan dan idea peminat-peminat yang
mengikuti perhimpunan agung tersebut dan bakal ditayangkan tidak lama lagi.
Papa Juwie…..auwww