BERJIHAD DENGAN SEPENUH KEYAKINAN KEPADA-NYA!
From: "Love Me"
To: marhaintua@hotmail.com
Subject:
long time no hear...
Date: Thu, 27 Jul 2000 17:45:41 MYT
Hai MT..long time no
see/hear? episod sauk sememangnya... meletihkan penulis laman web. Bloody hell with that
bloody mamak (sorry my language) he really is the culprit in this matter. Saya
cuba bertanya dengan org kampung tentang isu itu samada mereka percaya atau tidak, rata2
mereka tidak percaya. Walaupun mereka tiada internet tetapi mereka ada keluarga terdiri
daripada askar dan keluarga di bandar untuk bertanyakan hal tersebut. Padan muka mamak
tu, semua orang tidak yakin dengan ceritanya. Tetapi saya rasa dia sedang merancang
sesuatu yang lebih jahat lagi (ini merupakan telahan saya saja). I bet he'll never
stop at this! huh disgusting!
Apa khabar MT sihat/busy? MT have you read
Hackerz Paradize's article about internet? hmmmmm... seram...saya nak masuk lamannya pun
merasa curiga..ntah2 suatu perangkap. Saya sudah cuba, tetapi bila dia suruh guna
proxy..saya stop, terus tidak jadi masuk. What say you about his laman? Is it o.k? Do
you know anything about this? I hope he is what he is.
Tun Teja
27/7/2000
Jawapan MT
Hai TT ydhg...
Terima kasih dengan pertanyaan nada. Saya sihat
walafiat. Masih lagi sibuk seperti biasa. Lebih menumpukan perhatian kepada penulisan
hebat-hebat seperti yang anda lakukan. syabas...!
Sememangnya kita harus berwaspada dengan setiap gerak langkah yang
mahu diolah. Seperti yang saya katakan, hanya dua laman web yang boleh diyakini ketika
ini. MR dan F-eU. Yang lain Wallahua'lam. Kerana itu saya tidak hiraukan sesiapa
sahaja yang menghubungi saya termasuklah Laman Reformasi dan Tranungkite. Saya tidak
menuduh mereka pun sudah terbalik ke seberang, tetapi sekadar berwaspada.
Namun, Allah SWT yang maha berkuasa dan menentukan segala-gala-Nya.
Dalam perjalanan berjihad ini, hanya kepada-Nya kita berserah dan memberikan keyakinan
dengan penuh taqwa. Teruskanlah menulis. Saya lebih selesa meneliti perjalanan Sauk
penulisan Kemang Suasa dan Panglima Sauk.
Salam hormat
-MT-