TAMATKAN SAJA BICARA EPISOD SAUK
Ini adalah kali pertama saya
menulis ke ruangan ini. Setiap hari saya melayari laman-laman pro reformasi. Pendapat
saya cukuplah setakat ini kita terlalu membicarakan tragedi ala filem hindustan di
Sauk.Jangan biarkan Mahathir merasakan beliau telah berjaya mengalihkan tumpuan rakyat
terhadap beberapa isu penting yang boleh menconteng lebih banyak arang ke muka
beliau.
Nah! sekaran marilah kita
kembali ke isu pokok penyelewengan dan rasuah regim mahathir dan kuncu-kuncunya dengan
menampilkan lebih banyak bukti. Kita desak majlis Raja-Raja agar bertindak segera
untuk menyelamatkan sistem kehakiman yang makin tercemar.
Bangkitkan kembali isu
perbicaraan DSAI sebab ini adalah isu pokok pencetus reformasi. Masih ramai rakyat
yang belum sedar. Dengan kempen beli komputer yang baru dilancarkan lebih ramai
pengunjung baru akan melayari laman pro reformasi. Jadi isu lama harus dibangkitkan
kembali untuk renugan yang baru dan yang lama. sekian. Maaf kerana tidak tersusun.
Doktor swasta
Nota webmaster:
Oleh kerana
inilah yang kali pertama saya harap ada kali kedua dan seterusnya. Pandangan anda
memang baik. Namun saya ingin jelaskan satu perkara, kadangkala makanan itu tidak enak
untuk dijamah panas-panas, disimpan sejuk baru menyelerakan. Dan adakalanya makanan
itu dimamah pelan-pelan sehingga terasa keenakannya. Terpulanglah kepada mereka untuk
menulis asal sahaja mereka menulis dengan keikhlasan ...