JIKA ANWAR DIDAPATI BERSALAH..
Sungguh ironis sekali putaran alam. Pernah ibu saya memesan semasa dulu...jangan sekali-kali berbuat tak elok pada seseorang, nanti kena
terpalit ke muka sendiri satu hari nanti. Dengan mata kepala kita sendiri,
kita telah melihat tuduhan terhadap DSAI dan di dapati bersalah oleh
mahkamah kangaroo.
Dan sekarang segala usaha di lakukan untuk menutupi
kesalahan yang paling besar lagi oleh Dr.M. Walaupun "kesalahan" DSAI
adalah tidak melibatkan duit tetapi telah di jatuhkan hukuman 24
tahun (4 tuduhan, 6 tahun berjalan serentak) kalau tidak silap.
Bagaimana
pula kesalahan Dr.M?
Pesan ibu bergema di kepala....
Dr. M sekarang tersepit, amat tersepit. Kalau di
nafikan tuduhan tersebut, ianya merupakan satu lagi kesalahan di sisi
undang-undang. Nak di telan, mati Dr. Siti, nak di muntah, mati Mirzan.
Kita harus kembali menekan untuk membawa kes ini dan mencanangkankan nya
kembali sehingga sebinggit-binggitnya sehingga Dr.M tak tidur lena
(sekarang pun dah tak senang duduk).
Pernah di tuduh ANWAR dengan isu rasuah 60 juta (yang entah kemana isu
nya...) dan akhirnya terbukti Dr. M dengan isu rasuah dan kroni-kroninya...
Pesan ibu berkumandang lagi.....
Keputusan mahkamah Ogos 1 untuk membawa Mahathir sudah pasti di tolak (aku
memang tak percaya mahkamah kangaroo).....
Bagaimana pula keputusan Ogos 4
nanti??
Hmmmmmm....harapan rakyat masih menggunung untuk suatu keajaiban
akan berlaku. Tetapi kita harus sedar.....kita di mana?? Kita merayu
kepada siapa?? Apakah Allah akan menyedarkan Ariffin Jaka untuk membuat
perubahan?? Mungkin terkilas di hati Ariffin Jaka untuk membuat keputusan
nya sendiri... tetapi...."too much is at stake".... dia tak mungkin mahu
hilang seperti Jaafar Putih!
Jikalau Anwar di dapati bersalah....apakah tuduhannya? "Meliwat AZIZAN si
drebar yang pelupa".....Sekali lagi aku meneliti pesan ibu.....Adakan akan
timbul skandal Dr. M di L*W*T?????
DAMAK